Tuesday, November 29, 2016

Roti Jala Dan Kari Ayam

Rajin la konon ari ni .. hehe .. sebenarnya kari ayam semalam ada lebih .. jadi watkan roti jala la ... cam sedap gitu rasanya makan roti jala ngan kari ayam kannn .. hehe ... jom layan

Roti Jala

Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar garam
1 biji telur
4 cawan santan cair
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara membuatnya:
  • Blendkan semua bahan sehingga sebati
  • Jika adunan nampak seperti pekat dan kuarnya putus-putus pada acuan boleh tambah air sedikit
  • Gunakan kuali non-stik untuk memudahkan kerja menjala


Kari Ayam
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong sedang dan rebus hingga empuk
1/2 biji bawang besar - hiris 
3 ulas bawang putih - ketuk
1/2 inci halia - ketuk
1 peket rempah penumis - yg rm 0.50sen
3 sudu besar serbuk kari - campurkan air utk jadikan pes 
2 sudu besar lada blend
1 kotak santan
Garam dan serbuk perasa

Cara membuatnya:
  • Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah penumis hingga garing kekuningan
  • Masukkan lada blend hingga lada garing
  • Masukkan pes kari dan biarkan mereneh hingga pecah minyak
  • Masukkan air rebusan ayam bersama ayamnya sekali
  • Biarkan sebentar sehingga bahan meresap pada ayam
  • Bila kuah mula memekat, masukkan santan 
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  • Gaul sebati
  • Biarkan seketika
  • Angkat dan hidangkan 

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...