Saturday, November 05, 2016

KDrama : Gu Family Book (2013)



 Di dalam kisah-kisah lagenda dari Korea, aku rasa gumiho adalah makhluk yang paling terkenal sekali dan selalu keluar dalam drama tv. Menurut masyarakat Korea, gumiho adalah makhluk mengerikan jelmaan dari musang yang ekornya ada sembilan.

Dan, Drama Gu Family Book ini juga adalah mengisahkan makhluk yang digelar gumiho. Kebiasaannya gumiho adalah makhluk yang berjantina perempuan, namun berbeza dalam drama Gu Family Book ini iaitu gumiho berjantina lelaki.

Seperti di dalam kisah-kisah lagenda rakyat mengenai gumiho ini, walaupun makhluk ini ganas lagi mengerikan dan makan orang, tapi sebenarnya makhluk ini mempunyai cita-cita yang murni iaitu menjadi manusia. Dan menjadi kebiasaan cita-cita gumiho akan gagal oleh sebab dihalang oleh manusia yang lebih jahat dari gumiho.

Semua itu adalah jalan cerita yang biasa dalam cerita gumiho, namun apa yang menarik kali ini ialah watak utama drama ini yang dilakonkan oleh Lee Seung Gi aiaitu Kang Chi, adalah setengah gumiho dan setengah manusia.

Ibu Kang Chi adalah seorang manusia yang lari dari rumah gisaeng (bukan ginseng) iaitu rumah perempuan penghibur yang mungkin boleh disamakan dengan GRO pada  masa kini, agaknya. Ibu Kang Chi, Seo Hwa adalah anak salah sorang menteri yang telah diperangkap oleh kawan karibnya sendiri Gwan Woong, dan dituduh sebagai penderhaka lalu dihukum bunuh. Seo Hwa dihukum menjadi gisaeng.

Gwan Woong ni memang jahat. Hasil pengkhianatan terhadap kawannya sendiri, dia dinaikan pangkat jadi menteri. Dari mula cerita sampai keakhir, dia punya jahat memang menyakitkan hati pasal dia sentiasa lepas dari kejahatannya.

Semasa Seo Hwa lari kedalam hutan dan diburu oleh polis, dia telah diselamatkan oleh  seekor gumiho iaitu Wol Ryung. Wol Ryung sebelum ini, telah lama memerhatikan Seo Hwa dan juga menaruh hati padanya. Peluang itu terus diambil untuk memikat Seo Hwa dan mengahwininya.

Panas memang tak ke petang bila hujan ditengahari. Tiga bulan selepas itu, dengan arahan Gwan Woong, polis berjaya menjejak lalu menangkap Seo Hwa. Wol Ryung pula telah terlanggar pantang untuk tidak membunuh orang (dalam usahanya untuk menjadi manusia) dalam 100 hari. Lalu pecahlah rahsia bahawa Wol Ryung bukan manusia.

Seo Hwa yang tidak menyedari bahawa Wol Ryung benar-benar cintakan dia, telah menolong polis menjejak Wol Ryung. Akhirnya Wol Ryung telah berjaya dibunuh oleh Pyeong Jun, seorang pegawai polis berpangkat tinggi.

Rupa-rupanya Seo Hwa sedang mengandungkan anaknya bersama Wol Ryung. Kerana ketakutan, dia telah berusaha untuk menggugurkan kandungannya tapi gagal. Pada hari dia bersalin, semasa Seo Hwa hendak menikam bayi yang baru lahir itu, tiba-tiba dia ternampak bahawa bayinya itu hanya seorang bayi comel yang normal,  bukan bayi mahkluk hodoh. Dia pun tak jadi membunuhnya tetapi menyerahkannya kepada seorang sami yang merupakan kawan karib suaminya, So Jung.

Geram dengan Gwan Woong yang telah memusnahkan keluarganya, Seo Hwa telah cuba membunuh Gwan Woong. Tetapi sebaliknya dia pula yang terbunuh. Orang jahat memang selalunya terer dan bertuah.

Dalam pada itu So Jung telah menghanyutkan bayi Seo Hwa di sebatang sungai lalu dipungut oleh Park Moo Sol, seorang ahli perniagaan. Bayi itu telah dinamakan Kang Chi.

Dua puluh tahun selepas itu... (tengok sendiri la .. lagi best ... hehehe)




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...