Wednesday, November 16, 2016

Jemput-Jemput Bawang

Tak de idea nak masak sarapan .. hari-hari masak sarapan .. anak-anak sekolah nak sarapan dulu .. walau tak bawak bekal .. kena makan sebelum gi sekolah ... dah dibiasakan ... jadi anak-anak pun biasa dah makan dulu sebelum gi sekolah ... alas perut sebelum makan waktu rehat kat sekolah ... sarapan tu penting tauuuu

Jemput-Jemput Bawang

Bahan-bahan:
1/2 kilo tepung gandum
1/2 biji bawang besar - racik kecik
1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
1 genggam ikan bilis - racik kecik
1 biji telur
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:
  • Satukan semua bahan dalam mangkuk
  • Gaul sebati
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bancuhan menjadi sedikit likat
  • Panaskan minyak masak dalam kuali
  • Kaupkan 1 sudu besar bancuhan ke dalam kuali
  • Ulang hingga bancuhan habis
  • Hidangkan bersama sos cili atau sambal tumis

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...