Tuesday, December 25, 2012

Lirik Lagu 'Pedoman - Nora & VOU (Voice Of Ummi)'



Pedoman - Nora & VOU (Voice Of Ummi)
OST Cerekarama Jalan Pintas Ke Syurga

Sunday, December 23, 2012

Sinopsis Cerekarama 'Jalan Pintas Ke Syurga'

Cerekarama malam tadi yang ditayangkan di TV3 sungguh menyentuh kalbu .. tak perasan airmata mengalir ... nasib baik tengok sorang-sorang .. kalau anak-anak ada .. harus kena gelak ngan diaorang .. hahaha ... ok .. cite malam tadi memang sedih ... kisah tentang seorang anak yang dambakan kasih sayang dari ibu dia .. tapi malangnya ibu dia tak sayangkan dia ... dia dilahirkan setelah ibunya diperkosa oleh beberapa orang pekerja asing warga Bangladesh ... si ibu pernah mencuba untuk membuang anak itu tetapi tidak berjaya ... mereka dipelihara oleh Haji Musa dan isterinya sehingga timbul fitnah orang kampung yang menyatakan anak itu adalah hasil perhubungan si ibu dengan Haji Musa .. kerana itu Haji Musa memberi mereka sebidang tanah di bawah nama si anak ... haaaa .. best tak intro ... best kannn .. so .. jom layan sinopsis cerekarama Jalan Pintas Ke Syurga ni ...


Wednesday, December 12, 2012

Sinopsis Cerekarama 'Salahkah Aku'

Cerekarama ni ditayangkan pada bulan oktober yang lepas .. aku terlepas tonton ... hehe ... hari ni baru berpeluang menontonnya ... kisah seorang lelaki yang boleh dikatakan warak .. berkahwin dengan seorang wanita yang gemar bersosial ... kehidupan malamnya diisi  di kelab-kelab bersama kawan-kawan wanitanya  ... segala teguran dan kata-katanya tidak pernah diendahkan ... sehingga dia buntu memikirkan cara untuk menarik isterinya itu ke jalan yang diredhai oleh ALLAH ... akhirnya, si suami mengambil keputusan untuk masuk ke dalam dunia sosial si isteri dengan harapan dia dapat menarik isterinya kembali ke pangkal jalan tetapi malangnya, si suami pulak yang tersasar dari landasannya ... haaaa ... best tak intro .... layan jek la kan sinopsis cerekarama Salahkah Aku ni ...


Tuesday, December 11, 2012

Sinopsis Filem 'Istanbul Aku Datang'

Baru berpeluang menonton filem Istanbul Aku Datang ... best jugak ceritanya ... cerita yang sempoi ... tak de yang perlukan kita berfikir berat sebab jalan ceritanya straight jek ...membariskankan pelakon hebat seperti Lisa Surihani sebagai teraju utamanya yang bergandingan dengan Tomok sebagai kekasih hatinya ... juga Beto Khusairy sebagai lelaki kedua yang mencuri hati si gadis ....  kisah seorang gadis yang datang ke Istanbul dengan satu misi iaitu merancang untuk bertunang dengan kekasihnya ... bermacam-macam kejadian yang menimpanya di sana .. tetapi berbekalkan keyakinan dan semangat yang tinggi ... gadis itu dapat mengatasinya ... haaaa ... tu baru intro ... berjayakah gadis itu mencapai impiannya .. jom layan sinopsis filem Istanbul Aku Datang ...


Monday, December 10, 2012

Sinopsis Telemovie 'Cinta Halal'

Malam tadi tengok cerita ni ... orang lain riuh tengok bola ... Malaysia lawan Thailand ... aku pulun tengok cite  melayu yang disiarkan kat TV3 ... hehe .. al maklum ler ... hantu cerita melayu la kata kann ... hehe ... cerita malam tadi bertajuk Cinta Halal ... mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang agak kasar sikap dan perlakuannya ... kiranya bukan gadis melayu terakhir la .... kerja tak pernah kekal .. asik diberhentikan kerja aje ... semua kerana sikapnya yang tidak sensitive pada pekerja dan majikannya .... mak dia mintakkan kerja kat tempat mak dia kerja ... tapi dia harus memakai pakaian yang bersopan dan menutup aurat kerana syarikat tempat mak dia bekerja tu memang menutamakan penampilan muslimah sesuai dengan perniagaan mereka iaitu menampilkan produk halal .... kat situ Ismi bertemu dengan Mukhriz ... Ismi jatuh cinta pandang pertama dengan Mukhriz walaupun tahu yang Mukhriz tu anak bos tempat dia bekerja ... macam-macam cara dia gunakan untuk mengorat Mukhriz ... sampai rimas Mukhriz dibuatnya ... haaaaaa ... best tak intro ... jom layan sinopsis Cinta Halal ...


Sunday, December 09, 2012

Sinopsis Cerekarama 'Cinta Dari Syurga'

Baru lepas tengok cerekarama kat tv3 ... cerita yang penuh dengan pengajaran ... kisah pergolakan rumahtangga .. delima seorang isteri yang tidak mampu memberikan apa yang diingini oleh suaminya ... tambahan pula suaminya tidak mencintai dirinya ... suaminya masih mengingati kekasih lamanya ... si isteri pasrah dan melakukan pengorbanan terbesar dalam hidupnya ... dia mengizinkan suaminya berkahwin dengan kekasih lamanya ... dia berharap suaminya akan dapat berlaku adil tetapi apa yang diharapkannya tidak berlaku ... dirinya tersisih dan dipinggirkan ... haaaa ... best tak intro ... hehe .. jom la layan sinopsis cerekarama Cinta Dari Syurga ni ....


Thursday, December 06, 2012

Wednesday, December 05, 2012

Lirik Lagu 'Rapuh - Opick'



Rapuh - Opick

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Demam Durian Crepe ...

Ini lah dia durian crepe ...

Hari-hari orang cite pasal kesedapan durian crepe ni ... masing-masing teruja untuk mencubanya termasuklah aku ... setelah bertanya ke sana ke mari ... akhirnya ... dapat jugak la aku merasa keenakkan durian crepe ... memang enak ... sedap .. lazat hingga menjilat jari .... peehhhh ... cam tu la rasa kesedapan durian crepe ni ....

Tuesday, December 04, 2012

Lirik Lagu 'Untuk Dia - Sleeq & Najwa Latif'



Untuk Dia - Sleeq & Najwa Latif

Meh Daftar Pemilih ... Cepat ... Cepat ...

 Pejabat Pos Bandar Penawar ...

Hari ni gi pejabat pos ... hajatnya nak beli setem aje ... untuk urusan pengeposan surat menyurat en.suami ... bila dah ada dalam pejabat pos ni ... terus terfikir nak mendaftar sebagai pemilih ... hehe ... dah layak sangat kalau nak mendaftar pun ... hehe ... memandangkan kat pejabat pos ni boleh mendaftar sebagai pemilih ... buat jek la kat sini ... dah terlanjur beratur ... sekali jalan sudah ... hehe

Monday, December 03, 2012

Lirik Lagu Muara Hati - Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza (OST Adam & Hawa)



Muara Hati - Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza
Ost Adam & Hawa

Sunday, December 02, 2012

Saturday, December 01, 2012

Lirik Lagu 'Please Forgive Me - Elly Mazlein (OST Putera Rayyan)'



Please Forgive Me - Elly Mazlein
Ost Samarinda 'Putera Rayyan'

Friday, November 30, 2012

Sunday, November 25, 2012

Saturday, November 24, 2012

Thursday, November 22, 2012

Wednesday, November 21, 2012

Sinopsis Korean Drama 'Arang And The Magistrate - Episod 15'


Arang And The Magistrate
Episod 15

Sinopsis Filem 'Aku Terima Nikahnya'

Filem yang mengandingkan pelakon hebat Adi Putra dan Nora Danish ... kemelut rumahtangga Nurul Arlisa setelah suami dia, Johan ditimpa kemalangan dan hilang ingatan ... ingatan Johan terhenti sewaktu dia berumur 31 tahun ... dan pada waktu itu Johan belum mengenali Arlisa ... kesungguhan Arlisa dan kesabarannya dalam melayani Johan cukup mengharukan ... touching habis beb ... jom layan sinopsis filem Aku Terima Nikahnya ni ....


Tuesday, November 20, 2012

Sinopsis Filem 'Datin Ghairah'

Enjoy gak tengok cite ni ... Aaron Aziz pegang 2 watak ... watak perempuan semua pakai baju seksi-seksi ... hehe ... lakonan mantap dari Maria Farida dan Aaron Aziz sebagai teraju utamanya ... Faizal Husin pegang watak penjahat ... menjadi dia kalau bawak watak jahat-jahat ni ... memek muka dia sesuai jadi jahat ... haha .... mengisahkan tentang Datin Ghairieyah yang kematian suami dia Dato Mahfuz ... Dato Mahfuz disahkan hilang di laut setelah bot yang dinaikinya meletup di tengah laut ... sejak tu Sufian mendampingi Datin Ghairieyah ... Sufian hanya mahukan harta dan wang Datin Ghairieyah sahaja ... Datin Ghairieyah mempunyai 2 orang anak perempuan ... Emelia dan Emelda ... macam-macam berlaku dalam keluarga Datin Ghairieyah semenjak kematian Dato Mahfuz ... so .. jom layan filem Datin Ghairah ni ...


Tuesday, November 13, 2012

Monday, November 12, 2012

Friday, November 09, 2012

Thursday, November 08, 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Tahun 2012


Hari ini ... tanggal 18hb November 2012 ... Sekolah Kebangsaan anak ku mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan bagi Tahun 2012 ... bagi mengiktiraf kejayaan para pelajarnya ... dan syukur alhamdulilah ... anak ku Muhammad Nazrin Hakimi berjaya mendapat tempat kedua di dalam kelasnya ... mama bangga dengan Ayen ... hehe

Tuesday, November 06, 2012

Doa Untuk Kebahagian Dunia Dan Akhirat


Mari kita amalkan doa yang sungguh mudah ini untuk kebahagian di dunia dan akhirat ... semoga dengan perbanyakkan berdoa kita akan memperolehi ketenangan dan kebahagian dalam menempuhi kehidupan ini .... semoga kita mendapat keredhaan dari-NYA ....

"Anda buat ... Anda dapat" - Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Sunday, November 04, 2012

Sinopsis Cerekarama 'Tiada Jalan Ke Sana'

Malam minggu datang lagi ... setiap malam minggu tengok cerekarama ... kali ni tengok sorang-sorang ... anak-anak dah tidur ... awal diaorang tidur ... penat main siang tadi la tu ... hehe ... kisah malam ni tentang sepasang suami isteri yang dapat menunaikan ibadah haji ... tapi diaorang cam tak teruja nak pegi .. lebih pentingkan urusan perniagaan mereka ... buat kuih ... jual barangan dari katalog ... buat bunga telur ... sibuk bebeno ... sampai dah kena uji dengan ALLAH pun masih tak sedar ... buat lagi ... lagi kemaruk nak gantikan rezeki yang dah hilang ... tak hirau langsung pasal nak menunaikan haji ... sembahyang jemaah kat surau tak ikut ... kursus haji pun tak ikut ... persediaan zahir dan batin untuk menunaikan haji tak de langsung .. suami dia ada jugak terniat nak buat persiapan ke Mekah tapi terpaksa ikut kata isteri dia ... tak reti membantah langsung ... kena queen control gituuu ... layan jek la sinopsis cerekarama Tiada Jalan Ke Sana ...

Saturday, November 03, 2012

Friday, November 02, 2012

Sinopsis Cerekarama 'Hero Kampung'

Cite kelaka ... lakonan mantap Zul Yahya, Emelda Rosmila, Liza Abdullah, Wan Maimunah, Munir dan ramai lagi ... kisah seorang pemuda bernama Eddy yang perasan hensem padahal suam-suam kuku jek .. haha ... si Eddy ni minat gile kat seorang awek cun ... nama dia Suhaila ... macam-macam cara dia gunakan untuk mengorat Suhaila tapi tak dilayan ... jadi, jom layan sinopsis cerekarama Hero Kampung ni ...


Sinopsis Korean Drama 'Arang And The Magistrate - Episod 8'


Arang And The Magistrate
Episod 8

Thursday, November 01, 2012

Wednesday, October 31, 2012

Sinopsis Cerekarama 'Ajaibnya Cinta'

Cite yang sangat lawak ... berdekah-dekah kami anak beranak ketawa ... sarat ngan lagu hindustan ... lagu-lagu lama ... dari filem Bobby ... hehe ... kisah tentang Effendi (Johan Ashari) yang kaki pecah rumah ... ada awek nama Musliha (Nur Anzalna Nasir) ... awek cun oooo ... tu yang membuatkan Ramli (Qhusairi Razali) tidak puas hati dengannya ... dia tidak faham kenapa Musliha buleh jatuh cinta pada Effendi sedangkan semua orang tahu yang Effendi tu kaki pecah rumah orang ... introoo jek ni ... layan jek la sinopsis cerekarama Ajaibnya Cinta ni ...



Sinopsis Samarinda 'Saiful Nita'

Berakhir sudah slot Samarinda Saiful Nita yang ditayangkan di tv3 ... malam tadi episod akhir ... aku sukee cite ni .. walaupun pelakon lelaki dia si Aidil Aziz tu nampak kaku dan pelakon perempuan dia si Kilafiry tu nampak over ... jalan cite dia tetap best ... hehe ... permulaan cite dah tau yang si Nita ni tak sukakan si Saiful ... dah bertunang pun tak suka jugak .. asik meroyan nak mintak putus jek ... pastu boleh pulak jumpa balik pak we lama ... pak wa lama dah cerai pulak tu ngan isteri dia ... lagi la meroyan  si Nita suh Saiful putuskan pertunangan mereka ... Saiful pulak terberkenan ngan Netty ... Netty ni pelayan kat kelab malam ... Saiful suka Netty sebab dia tak macam Nita yang suka memberontak dan bersikap kasar terhadapnya ... haaaa ... itu intro ... drama Saiful Nita ni ada 25 episod ... jadi, jom layan sinopsis samarinda Saiful Nita ni ...


Tuesday, October 30, 2012

Monday, October 29, 2012

Sinopsis Telemovie 'Hilangnya Doa Seorang Ibu'

Malam tadi tengok salah satu cerita yang tercalon dalam Anugerah Skrin di tv3 ... tajuknya Hilangnya Doa Seorang Ibu ... best citenya ... banyak pengajaran yang terselit didalamnya .... Laila yang di kurniakan rezeki yang melimpah ruah ... dia rajin bersolat dan melakukan sedekah ... tetapi sikapnya yang suka berkira dengan adik-beradiknya ... sikapnya yang tidak tahu menjaga perasaan orang lain membuatkan ramai yang membencinya .... cakapnya main lepas sahaja ... bukan sahaja dengan adik beradiknya ... staf-staf di pejabatnya juga menjadi mangsa mulut celuparnya itu .... intro dah best kannn .. jom kita layan sinopsis pulak ...

Sinopsis Korean Drama 'Arang And The Magistrate - Episod 5'

Arang And The Magistrate
Episod 5

Sunday, October 28, 2012

Sinopsis Cerekarama 'Satu Pengorbanan'

Malam tadi tengok cerekarama kat tv3 ... sempena hari raya korban ... cerekarama berkisar tentang pengorbanan ... cite yang penuh dengan pengajaran dan teladan ... pergolakan dalam sebuah keluarga ... hanya kerana seorang lelaki hubungan 2 beradik menjadi kucar kacir ... si adik yang terlalu mengikut perasaan sehingga menyebabkan si kakak dan seluruh keluarganya menanggung akibatnya ... setelah datang musibah, penyesalan mulai dirasakan si adik ... kembali mencari keluarga yang ditinggalkan ... malangnya dalam pencariannya ... si adik kehilangan suami yang amat dicintainya ... best tak intro ... hehe ... jadi, jom layan sinopsis cerekarama Satu Pengorbanan ni ...


Friday, October 26, 2012

Thursday, October 25, 2012

Tuesday, October 23, 2012

Sunday, October 21, 2012

Sinopsis Korean Drama 'Arang And The Magistrate - Episod 1'

Tengok cite lagi ... cite korea pulak ... lebih tepatnya drama korea ... best sangat cite ni .. mengisahkan tentang roh seorang perempuan yang mati dibunuh ... dia tak tau kenapa dan bagaimana dia mati ... roh dia berkeliaran di dunia .. jadi hantu ler kiranya ... dia nak tau sangat macam mana dia buleh mati ... jadi dia mintak tolong dengan seorang bomoh perempuan untuk menolongnya ... disebabkan bomoh perempuan itu tidak dapat melihat dia .. hanya dengar suara dia jek ... jadi hantu ni nama dia Arang sebab dia mati dalam sebelum berkahwin ... hantu gadis .. hehe ... Arang berjumpa dengan seorang lelaki yang berkebolehan untuk melihat dan bercakap dengan hantu ... haaaa ... intro pun dah best kannn .. opss lupa .. kali ni aku wat episod by episod ... drama ni panjang sangat .. tak larat nak menaip panjang-panjang untuk satu posting ... hehehe ... jadi, jom layan sinopsis drama korea Arang And The Magistrate ni

Saturday, October 20, 2012

Sinopsis Filem 'Seru'

Tengok cite lagi ... mood tengok cite ... abislah dapur tak berasap .. hahaha ... ari ni tengok filem Seru ... ini bukan cite hantu ... cite tentang pembunuhan kejam yang dilakukan untuk menghidupkan orang mati ... pemujaan yang dilakukan oleh kaum asli ... walaupun cite ni bukan cite hantu tapi tetap seram jugak ... jom layan sinopsis filem Seru ni ....


Friday, October 19, 2012

Sinopsis Korean Drama 'Rooftop Prince'

Mood tengok cerita ... kali ni tengok drama korea ... tajuk dia Rooftop Prince ... cerita komedi romantik ... seronok ... lawak ada ... serius ada ... sedih ada .. geram ada ... menyampah ada ... drama ni ada 20 episod ... amik masa 3 ari baru abis tengok ceritanya ... dasyat tak???? hahaha ... drama ni mengisahkan tentang seorang putera mahkota dari zaman dahulu yang menyiasat tentang kematian puteri mahkota kesayangan dia ... putera mahkota bersama 3 orang bawahannya menyiasat setiap bukti yang diaorang tahu dan tiba-tiba mereka di perangkap ... dalam usaha menyelamatkan diri dari dibunuh ... putera mahkota dan pengikutnya termasuk ke dalam dunia moden iaitu 300 tahun dari zaman mereka dahulu ... haaaaa ... best tak intro dia ... best sangat tau ... drama wajib tonton ni bagi pengemar drama korea ... lagi-lagi bila melihat kehenseman 4 watak utama drama ni ... hahaha ... sabo jek  la ... so ... jom layan sinopsis drama korea Rooftop Prince ni ...

Wednesday, October 17, 2012

Sinopsis Filem 'Rasuk'

Lagi filem seram ... saje nak bagi seram-seramkan diri .. hahaha ... filem Rasuk ni dibintangi oleh Iqram Dinzly selaku hero dan Fouziah Gous heroinnya ... mengisahkan tentang dendam tentera jepun yang dipermainkan oleh seorang gadis yang bernama Melati di masa zaman penjajahan Jepun dahulu ... Melati berpura-pura mengoda tentera jepun itu ... sebenarnya Melati disuruh oleh orang-orang kampung berbuat demikian untuk menghapuskan tentera jepun yang kejam di kampung itu .... setelah orang kampung berjaya menangkap tentera jepun itu, dan mahu membunuhnya, tentera jepun itu bersumpah akan membinasakan keturunan Melati .... bermacam kejadian aneh dan menyeramkan terjadi di rumah pusaka itu ... penjaga rumah itu yang setia menjaga rumah itu tahu asal usul kejadian itu tetapi tidak mahu menceritakannya kepada pewaris rumah itu ... haaaaa ... meremang bulu roma ... tapi ni cerita seram bukan cerita hantu ... hehe .. kalau ada pun hantu jepun .. hehe ... oh tak lupa ... hantu rambut cantik (Fouziah Gous) ... hahaha ... jadi ... jom layan sinopsis filem Rasuk ni ...


Friday, October 12, 2012

Sinopsis Cerekarama 'Aku Mahu Terbang'

Mood tengok cerita ... hahaha ... tengok cite Aku Mahu Terbang ... cite ni pernah ditayangkan di tv3 melalui slot cerekarama ... kisah mengenai seorang budak lelaki yang bernama Mohd. Rezki Bin Mohd Amin ... yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang juruterbang ... walaupun bermacam cabaran yang terpaksa dia lalui, dia tetap berusaha untuk merealisasikan impiannya itu ... sooo ... jom layan sinopsis Aku Mahu Terbang ni ...


Sinopsis Filem 'Santau'

Follow filem seram .. hehe ... mood nak tengok cite seram jek sejak akhir-akhir ni ... hari ni tengok filem Santau ... sebenarnya dah beberapa kali tengok .. kat tv pun dah ditayangkan beberapa kali ... tapi baru ari ni tergerak nak buat sinopsis dia ... Santau ni mengisahkan sepasang suami isteri yang terkena ilmu santau ... bermacam kejadian aneh dan pelik serta yang menakutkan terjadi pada mereka ... semuanya bermula setelah Halim berpindah ke rumah baru mereka ... isterinya, Nina yang paling teruk terkena santau ... banyak babak yang mengundang seram ... cite ni memang dapat meremangkan bulu roma lah kiranya ... jadi ... jom layan sinopsis filem Santau ni ...


Thursday, October 11, 2012

Sinopsis Filem 'Jangan Pandang-Pandang'

Jangan Pandang-Pandang ni filem komedi seram ... lakonan Zizan raja lawak ... memang berdekah leer tengok cite ni ... dalam cite ni ada macam-macam hantu ... yang lawak tu, hantu bapok pun ada ... hahahaha ... ada jugak adegan yang seram tapi tak banyak ... semuanya menjurus kepada lawak-lawak belaka ... hantu pun buat lawak jugak ... hahaha ... jadi, jom kita layan sinopsis filem Jangan Pandang-Pandang ni ....


Wednesday, October 10, 2012

Sinopsis Filem 'Keramat'

Hari ni baru berkesempatan nak tengok cite Keramat ni ... ada jugak part yang tak berapa nak faham .. tengok jek la sampai habis .. pastu fikir sendiri kaitan-kaitan babak yang tak berapa nak berkait tu ... hehe ... ni cite tentang pengamalan ilmu hitam ... tentang sebatang tongkat yang bernama tongkat keramat ... barang siapa yang membuka keramat orang yang disekelilingnya pasti nyawa menjadi galang gantinya ... sooo ... jom layan sinopsis filem Keramat ...


Monday, October 08, 2012

Lirik Lagu 'Aku Yang Tersakiti - Judika'



Aku Yang Tersakiti - Judika

Pernahkah kau merasa
Jarak antara kita
Kini semakin terasa
Setelah kau kenal dia

Sunday, October 07, 2012

Sinopsis Filem 'Jangan Pandang Belakang Congkak 2'

Hari ni nak buat sinopsis filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 ... sambungan kepada filem Jangan Pandang Belakang Congkak ...menampilkan Mazlan Pet Pet dan Cat Farish sebagai teraju utama ... Nora Danish sebagai heroin ... watak jahat dipegang oleh Azli Senario dan Lisa SuriHani ... citenya memang kelaka ... mengisahkan 2 orang pemuda yang ingin membuang saka yang menghantui hidup mereka ... saka yang diturunkan oleh datuk mereka, Pak Sudir ... Tok Moh dan Mustika berhasrat untuk mengambil saka Pak Sudir untuk membuatkan mereka sentiasa kekal muda ... tak tahan dengan gangguan, Punai dan Chad meminta pertolongan bomoh, Wak Ketari ... memang lawak ... berebut pulak tu nak mengurat anak Wak Ketari yang bernama Seha ... jadi, jom layan sinopsis filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 ni ...

Saturday, October 06, 2012

Lirik Lagu 'Dil Se - Chaiyya Chaiyya'



Dil Se - Chaiyya Chaiyya

Jinke sar ho ishq ki chaaon
Paaon ke neeche jaanat te hogi
Jinke sar ha ishq ki chaaon

Jalan-Jalan Time ...


Masa untuk berjalan ... gituuuu ... ni cite minggu lepas ... baru nak wat entry ... hahaha ... pegi mana?? .. mana lagi kalau tak ke Pasaraya Giant ... anak-anak suka ... sebenarnya gi wat check up kuda putih kami ... dah tiba waktu kena check up .. jadi, en.suami tinggalkan kami kat Giant ... dia sorang jek yang pegi anto kuda putih wat check up ... sian en.suami kena tunggu sampai kuda putih siap ... dia malas nak jalan kaki ... agak jauh jugak la tempat check up kuda putih tu dari giant ... aku ngan anak-anak jek la yang pusing-pusing giant ... hehe ... sukeeeee

Sinopsis Cerekarama 'Bedah Tong Gas'

Nak buat sinopsis cerekarama tajuk Bedah Tong Gas ... aritu dah buat sinopsis Bedah Tong Gas Nak Raya .. masa musim raya ari tu ... kelaka cite ni ... keras perut ketawa ... pulak tu tengok sambil kerja ... kena kontrol la ketawa ... hahaha ... cite mengenai Bedah yang mewarisi perniagaan arwah ayah dia ... menjual tong gas ... bayangkan perempuan muda yang kurus kering  .. mengangkat tong gas dan menghantar gas rumah ke rumah dengan motosikal ... hehe ... pastu ada 2 orang jejaka kampung yang sedikit nakal asik nak mengacau Bedah ... padahal dia suka kat Bedah ... tapi tak tau cara ... tu yang suka mengacau ... hehe ... jom la layan sinopsis Bedah Tong Gas ni ...


Friday, October 05, 2012

Lirik Lagu 'Har Dil Jo Pyar Karega'



Har Dil Jo Pyar Karega

Usse hasna bhi hoga
Usse rona bhi hoga
Usse paana bhi hoga
Usse khona bhi hoga
Subha shyaam tanhaai mein aahe bharega
Har dil jo pyar karega

Thursday, October 04, 2012

Lirik Lagu Ku Pilih Hati Mu - Ussy Feat Andhika Pratama (OST Saiful Nita)



Ku Pilih Hati Mu - Ussy Feat Andhika Pratama
OST Saiful Nita

Ku pilih hati mu tak ada ku ragu
Mencintaimu adalah hal yang terindah
Dalam hidup ku oh sayang
Kau detak jantung hati ku

Wednesday, October 03, 2012

Sinopsis Novel 'Setelah Hati Di miliki'

Lama tak buat sinopsis novel .... sebab dah lama tak beli novel ... minggu lepas beli sebuah novel ... hasil karya novelis Rozita Abd. Wahab ... best jalan ceritanya ... mengundang air mata ... perjalanan kehidupan seorang wanita bernama Auni Filzah ... kehidupan yang penuh dengan liku-liku ... baru nak mengecapi bahagia ... dugaan datang ... memusnahkannya ... tapi yang best happy ending ... bahagia setelah derita ... cam tu la ... jadi, jom layan sinopsis novel Setelah Hati Di miliki ni ....

" Musnah sebuah harapan, berderai segala impian ... "

Thursday, September 27, 2012

Cerekarama 'Bahrin Tangkai Jering'

Tengok tajuk pun dah tau cite lawak ... memang lawak sangat ... sampai keras perut ketawa ... anak-anak pun gelak tak hinggat ... sampai abah dia naik tanya kenapa bising sangat ... hahaha ... lakonan hebat dari pelakon handalan .. watak Bahrin yang di jayakan oleh Zul Yahya benar-benar berkesan dan kena dengan diri dia ... bersahaja dan selamba memang kepakaran Zul Yahya ... dibantu oleh Lisdawati sebagai Zainab, isteri kepada Bahrin ... yang paling lawak watak Fiz Fairuz la ... dengan terenjut-renjut tangan ... memek muka yang memang mengundang lucu kami anak beranak ... hehe ... jadi, jom layan sinopsis cerekarama 'Bahrin Tangkai Jering' ni ....

Monday, September 24, 2012

Makan kenduri Lagiiiii!!!

Hehe .. bulan ni memang bulan orang blok mak aku kahwin .... awal bulan ari tu jiran sebelah umah mak buat kenduri bertunang ... minggu ni pulak kenduri kahwin ... orang blok jugak ... selang 4 buah rumah dari umah mak ... aku datang makan jek la .. huhu ... belum masa nya kot duk merewang kat dapur bersama orang blok yang lain ... hehe ... alasan ...

 Selamat pengantin baru buat Norimah dan pasangannya ... semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat ... amin ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...