Tuesday, October 18, 2016

Tempe Goreng Cicah Sambal Kicap

Tempe Goreng Ngan Sambal kicap 

Makan malam tadi ... bosan nak makan nasi .. siang dah makan nasi ... malam makan goreng-goreng ... tempe goreng celup tepung .. rangup dan sedap .. cicah pulak ngan sambal kicap .. lagi terangkat .. sangat sedap ... puas hati buat sendiri .. leh makan banyak mana nak ... hehehe

Jom layan resepi :

Tempe goreng
Bahan-bahan:
3 keping tempe - belah serong sederhana nipis
1 ulas bawang putih - ditumbuk
Suku mangkuk sederhana besar tepung gandum
Garam, serbuk kunyit dan serbuk perasa secukupnya
Air sejuk dari peti ais secukupnya

Cara membuatnya:
  • Satukan bawang putih, garam, serbuk kunyit, serbuk perasa dengan tepung gandum
  • Gaul rata
  • Masukkan air dan gaul  (tidak cair sangat dan tidak pekat sangat)
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Goreng hingga kekuningan
  • Angkat dan hidangkan

Sambal kicap
Bahan-bahan:
3 biji lada cili api
1 ulas bawang putih
4 sudu besar kicap manis
Garam, serbuk perasa dan gula secukupnya

Cara membuatnya:
  • Tumbuk lada cili api bersama bawang putih
  • Masukkan garam, gula dan serbuk perasa
  • Masukkan dalam mangkuk
  • Masukkan kicap manis dan sedikit air
  • Siap

2 comments:

adda syuhada said...

nasib baik dah kenyang..hehe

Haffizul Iskandar said...

wahh!! sedapnya!! lama tak makan tempe goreng! ish!

http://www.ceritaejoy.com/

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...