Tuesday, October 25, 2016

Kurmak Telur

Ketandusan idea nak masak apa .. hehe .. last-last capai telur .. rebus dan jadi lah kurmak telur .. bolehlah janji kenyang perut .. hehe .. sedap tau kurmak telur ni .. makan ngan pulut perrhh sedap ... tapi kami  makan ngan nasi putih jek .. sedap jugak

Kurmak Telur Versi Kering

Bahan-bahan:
3 biji telur rebus
1/2 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang puith - ketuk
1 biji lada cili padi - ketuk
Rempah penumis 
3 sudu sedang serbuk kurmak - jadikan pes
3 sudu besar susu cair
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:
  • Tumis bawang besar, bawang putih, lada cili padi dan rempah penumis hingga garing
  • Masukkan pes kurmak dan biarkan mereneh hingga pecah minyak
  • Masukkan telur dan sedikit air
  • Masukkan susu cair dan biarkan mereneh sebentar
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  • Gaul sebati
  • Angkat dan hidangkan
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...