Wednesday, October 26, 2016

Nasi Goreng Ikan Bilis

Sarapan pagi ... nasi putih ada dalam periuk .. malam tadi punya balance ... sooo ... pagi ni kita goreng-goreng la ... buat sarapan anak-anak gi sekolah ... aisy bawak bekal ... ayen memang tak la nak bawak bekal ... dah bujang .. segan la nak bawak bekal ... dulu masa sekolah rendah hari-hari bawak bekal .. sampai buntu nak buatkan apa untuk bekal dia sekolah ... hehe ...

Nasi Goreng Ikan Bilis

Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi putih
1/2 biji bawang besar - tumbuk
1/2 genggam ikan bilis - siang dan tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
2 biji lada cili padi - tumbuk
Garam dan serbuk perasa secukupnya
1 biji telur mata 

Cara membuatnya:
  • Tumis bahan tumbuk hingga garing kekuningan
  • Masukkan nasi putih dan gaul sebati
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa 
  • Gaul dan biarkan sebentar
  • Angkat dan hidangkan
  • Letakkan telur mata di atas nasi goreng tadi 

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...