Monday, October 31, 2016

Sambal Tumis Kerang

Suka makan kerang .. anak-anak pun suka ... masak le apa pun .. kerang rebus ka kerang bakar ka kerang sambal ka semua suka makan ... hehe .. kalau masak kerang kena lebih 1 kg .. kalau tak harus tak cukup ... hantu kerang katanya .. hahaha

Sambal Tumis Kerang

Bahan-bahan:
1kg kerang - rebus dan ambil isinya
10 sudu besar lada blend
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih -ketuk
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:
  • Tumis bawang besar, bawang putih hingga garing
  • Masukkan lada blend
  • Kacau dan biarkan lada garing
  • Masukkan isi kerang dan kacau sebati
  • Masukkan sedikit air
  • Perasakan dengan garam, gula serbuk perasa
  • Kacau dan biarkan kuah mengering sedikit
  • Angkat dan hidangkan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...