Tuesday, October 01, 2013

Sinopsis Filem 'Kampung SeMarah Padi'

Sejak tak bekerja ni, asik tengok tv aje ... maklum la .. ada anak kecik ni memang terbatas pergerakan .. Alasan ler tu ... Haha ... So ... Apa nak dibuat ... Tengok tv jek la .. Baru-baru ni tengok cite Kampung Semarah Padi ... Memang lawak citenya ... Kisah tentang penduduk kampung yang terkena sumpahan ... Sumpahan marah ... Semua penduduk kampung bercakap nada marah ... Meninggi suara .. Tengking menengking ... Haha ... Lawak ... Jom layan sinopsis filem Kampung Semarah Padi hasil karangan aku selepas menonton cite nya .. Huhu


Sinopsis oleh : aznanie

Kisah bermula apabila Musalmah yang sedang sarat mengandung terjumpa dengan sebiji buah cempedak. Memandangkan tiada orang di situ, Musalmah menyangkakan yang buah cempedak itu tiada tuannya. Dia mengambil buah cempedak itu dan memakannya. Perbuatannya itu dilihat oleh seorang penduduk kampung.
Penghulu Siak bengang dan berang apabila mendapati buah cempedaknya telah hilang. Penduduk kampung yang nampak Musalmah mengambil buah cempedak itu telah memberitahu kepada penghulu Siak..

Mereka berdua pergi menemui Musalmah. Penghulu Siak menjadi semakin marah apabila melihat Musalmah sedang menikmati buah cempedaknya dalam keadaan bersantai gembira. Penghulu Siak menuduh Musalmah mencuri buahnya.

Puas dirayu oleh Musalmah tetapi rayuannya tidak diendahkan oleh penghulu Siak. Baginya kesalahan mencuri yang dilakukan oleh Musalmah itu tidak boleh dimaafkan. Ketika hukuman mahu dijatuhkan, Musalmah berasa sakit untuk bersalin. Akhirnya Musalmah selamat melahirkan bayinya pada malam itu.
Hukuman yang dikenakan pada Musalmah adalah hukuman bunuh kerana mencuri sebiji buah cempedak kepunyaan Penghulu Siak. Sebelum hukuman dijalankan, Musalmah melafazkan sumpahan kepada penduduk kampung iaitu semua penduduk kampung akan menjadi pemarah.

Penghulu Siak mentertawakan Musalmah kerana bersumpah sebegitu. Padanya Musalmah adalah orang biasa yang tiada keistimewaannya. Mustahil Musalmah ada kuasa untuk menyumpah mereka semua. Tiba-tiba kilat menyambar mereka. Tetapi kemarahan penghulu Siak tidak dapat dibendung lagi. Hukuman pun dijalankan. Matilah Musalmah setelah ditikam dan anaknya dihanyutkan dalam perahu ke tengah lautan.
Keesokkan harinya, penduduk kampung mulai berubah. Masing-masing sudah menjadi pemarah. Mereka semua bercakap menggunakan suara yang tinggi dan menyumpah seranah sahaja.

20 tahun sudah berlalu ...

Penduduk kampung terjumpa seorang lelaki terdampar lemas di pantai mereka. Disebabkan pemuda itu bukanlah pemduduk kampung mereka, mereka menghantar pemuda itu ke rumah penghulu Siak.
Kasim tidak sedarkan diri selama 3 hari. Penghulu Siak beserta anak isterinya lah yang menjaga Kasim.
Kasim hairan melihat cara percakapan penghulu dan seluruh penduduk kampung itu. Dia bertanya kepada Penghulu Siak tentang perkara itu. Penghulu Siak menceritakannya kepada Kasim.

Kasim bertekad untuk membantu penduduk kampung. Dia mahu penduduk kampung kembali ke pada keadaan asal dahulu.

Dia meminta izin dari Pengulu Siak untuk membina sebuah sekolah menahan kemarahan. Pada mulanya penghulu tidak yakin dengan caranya, tetapi atas desakan isterinya, Mak Tanjung dan anaknya, Mariam, Penghulu Siak ikutkan sahaja.

Sudin tidak menyenangi kehadiran Kasim kerana dia melihat Kasim rapat dengan Mariam. Dia yang memang sukakan Mariam terasa hati apabila Mariam tidak melayannya dan asik berkepit dengan Kasim sahaja.
Sekolah Kasim mendapat sambutan penduduk kampung. Mereka suka cara Kasim mengajar. Cara Kasim terbukti berkesan apabila mereka semakin dapat mengawal amarah mereka.

Sudin makin bengang dengan Kasim. Dia menghasut Penghulu Siak dengan memfitnah Kasim melakukan perkara yang tidak senonoh dengan Mariam. Pada mulanya Penghulu Siak tidak mengendahkan hasutan Sudin itu tetapi lama-kelamaan penghulu Siak mula termakan dengan fitnah yang dibuat oleh Sudin.
Penghulu Siak bengang dan berang dengan Kasim. Dia menghalau Kasim dari rumahnya. Dan menghalang Kasim bertemu dengan Mariam.

Kasim akur dengan kemarahan Penghulu Siak itu. Tetapi dia meminta izin untuk terus meneruskan sekolahnya.

Tak cukup dengan itu, Sudin memfitnah Kasim menjadi orang minyak dan menakut-nakutkan penduduk kampung. Padahal dia lah yang menjadi orang minyak itu.

Sudin dan rakan-rakannya menghasut penghulu Siak supaya menghalau Kasim dari kampung mereka. Dan akhirnya Penghulu Siak bersetuju dan akur pada kata-kata fitnah Sudin itu.

Kasim tidak percaya yang Penghulu Siak termakan hasutan Sudin. Tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa. Sebelum dia pergi, Kasim sempat menerangkan siapa dirinya yang sebenarnya. Dia adalah anak Musalmah yang dihukum bunuh 20 tahun dahulu.

Sebelum Kasim beredar dari situ, dia bersumpah supaya penduduk kampung menjadi orang yang lembut. Penghulu siak mentertawakan Kasim dan menyuruhnya segera meninggalkan kampung tersebut.
Belum sempat Kasim melangkah, kilat menyambar dan penduduk kampung menjadi gempar.

Keesokan harinya, semua penduduk kampung Semarah padi telah bertukar dari pemarah kepada lembut dan bersopan santun.

Penghulu Siak berasa menyesal tetapi perkara sudah berlaku. Sudin mengakui yang dia memfitnah Kasim kerana cemburu pada Kasim yang dapat menawan hati Mariam. Tamat ....

Para Pelakon:
Beto Kushairy sebagai Kasim
Shira Ayub sebagai Mariam
Sabri Yunus sebagai Penghulu Siak
Sheila Mambo sebagai Mak Tanjung
Pekin Ibrahim sebagai Sudin
Melissa Saila sebagai Musalmah


* Best ... Jalan cite simple ... Mudah difahami ... Tak belit2 ... Lagu banyak ...cam cite muzikal plak ... Panjang2 plak tu lagunya ... Haha ... Layan aje la ... Seronok ... Rugi tak tengok taauuu ...

1 comments:

Unknown said...

Lain macam citer ni. Layaaaaannnn....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...