Sunday, October 20, 2013

Sinopsis Cerekarama Ciptaan Terindah

 
 Cerekarama Ciptaan Terindah ... di tayangkan di tv 3 malam tadi ... terkejut tengok perubahan waktu ... biasanya ditayangkan kul 10 malam ... malam tadi awal pulak ditayangkan ... nasib baik sempat menontonnya ... hehe

Sinopsis oleh : aznanie

Nurul Syifa dilahirkan dengan keadaan rupa paras yang hodoh. Mukanya berparut dibahagian tepi mata.

Nurul Syifa sebenarnya anak kepada Datin Laili tetapi disebabkan rupanya yang cacat itu, Datin Laili tidak mahukannya. Dia menukar anaknya dengan anak Leha dan Rashid. Sebagai syarat pertukaran Datin Laili menolong meringankan hukuman yang dijatuhkan ke atas Rashid. Leha bersetuju tetapi dia mahu tinggal di situ sebagai pembantu rumah untuk dekat dengan anaknya.

Datin Laili mempunyai seorang anak lelaki bernama Mukhriz. Sejak kecil Mukriz sudah di hantar belajar ke luar negara.

Datin Laili menganggap Nurul Syifa seperti musuh. Dia begitu bencikan Nurul Syifa. Ada sahaja perbuatan Nurul Syifa yang tidak disenanginya.

Dayana, anak tukarannya itu sangat disayanginya. Dayana membesar menjadi seorang gadis yang cantik tetapi sikapnya sama dengan Datin Laili. Sombong dan bongkak. Dayana jugak sering membuli Nurul Syifa.
Hubungan antara Mukriz dan Nurul Syifa semakin mesra. Itu menimbulkan perasan kurang senang Datin Laili. Dia takut jika Mukriz jatuh cinta pada Nurul Syifa. Dayana juga tidak menyenangi hubungan itu. Padanya Nurul Syifa tidak layak bergandingan dengan abangnya.

Leha menyuruh Nurul Syifa tinggal di tempat lain. Dia terpaksa berbuat begitu setelah di paksa oleh Datin Laili.

Mukriz marah apabila mendapat tahu yang Nurul Syifa telah pergi dari rumahnya. Dia memujuk Nurul Syifa pulang tetapi Nurul Syifa tidak mahu. Dia tidak mahu memburukan lagi keadaan.

Rashid sudah dibebaskan dari penjara. Dia meminta wang dari Datin Laili. Jika Datin Laili enggan memberinya wang dia akan memberi tahu Dato tentang pertukaran anak yang dilakukan oleh Datin Laili dahulu.

Datin Laili menyuruh Rashid membunuh Nurul Syifa. Rashid bersetuju tetapi setelah dia melihat Nurul Syifa, hatinya tersentuh dan tidak sampai hati untuk meneruskan niatnya.

Mukriz mengajak Nurul Syifa kahwin dengannya. Pada mulanya Nurul Syifa tidak mahu tetapi bersetuju setelah dipujuk oleh Mukriz.

Datin Laili terkejut apabila Mukriz memberitahu yang dia sudah bernikah dengan Nurul Syifa di sempadan. Rashid datang dan memberitahu perbuatan Datin Laili. Datin Laili tidak mengaku dan menuduh Rashid gila. Leha jugak turut mengiyakan kata-kata Rashid. Datin Laili tetap berkeras tidak mahu mengaku.

Mukriz terpaksa menerima kenyaatan yang dirinya adalah abang kandung Nurul Syifa. Mukriz tidak mahu tinggal di situ dan akan ke London. Dia meminta Nurul Syifa menjaga Datin Laili.

8 bulan kemudian ....

Nurul Syifa membawakan makanan untuk seorang wanita yang tinggal di bawah jambatan dengan keadaan yang tidak terurus. Wanita itu sedang tidur sambil memegang anak patung. Wanita itu adalah Datin Laili yang mengalami ganguan mental setelah semua rahsianya terbongkar. Tamat ....

Para pelakon :
Emma Embung sebagai Nurul Syifa
Liza Abdullah sebagai Datin Laili
Arash Muhamad sebagai Dato Aziz
Amar Asyraf sebagai Mukriz
Tasha Shilla sebagai Dayana

* cite sedih ... pengakhirannya kureng ... kalau si datin tu insaf ke menyesal ngan perbuatan dia ker kan bagus sikit ... ni dia jadi tak siuman .. duduk kat bawah jambatan lagi ... kan dia tu datin kaya ... hmm ... kot la dato ceraikan dia ... pastu dia merempat kat bawah jambatan ... gituuu kott ... apa pun cite ni penuh dengan pengajaran .... layannnn

4 comments:

Anonymous said...

nak tnye, nurul syifa tu mengandung ke masa ending cite tu?? nmpak x jelas.. ending dia x cukup power la...sayang...

Islam Nur said...

aah memang sedih...kenape penamat die macm tu....

Islam Nur said...

memang sedih...kenape penamt die mcm tu...rase cam nk nangis je mase tgk sbb diorang takleh bsame...

Anonymous said...

Salam.. kalau x silap saya... mssa nurul syifa melawat perempuan bawah jambatan tuh 8 bulan kemudian.. dia nampak mcm pregnant. Mohon pencerahan.. tq

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...