Monday, April 08, 2013

Adussss .. Sakitnya Tangan!!!

Tajuk jek dah mengambarkan kesakitan ... haha ... sebenarnya dah dekat berminggu-minggu sakit kat sendi pergelangan tangan aku ni ... tak leh menggengam dengan kuat ... kat pergelangan tangan kanan pulak tu ... tangan yang banyak buat kerja ... sebenarnya tangan yang digunakan untuk memegang tetikus ... hahaha ... aku rasa sakitnya datang masa aku lepas main game masak-masak ... terlalu excited menyediakan makanan .. hahaha ... lepas habis waktu kerja ... tengah lepak-lepak ngan anak-anak .. baru terperasan pergelangan tangan cam berat jek ... tapi tak de tanda kemerahan atau lebam atau membengkak ... bila di tekan baru rasa sakitnya ... kenapa yerrr??? otot pergelangan tangan aku koyak ker???? atau sendi yang kejang ... agaknya sebab aku lama sangat diposisi yang sama tak???? entah ler ...

Rasa sakitnya kat pergelangan tangan ... maksudnya di atas lekuk bawah buku lali pergelangan tangan ... bila ditekan atau mengenggam baru rasa sakit ... tak de kesan lebam atau bengkak (abaikan aje tangan aku yang tak gebusss ni .. hehe) 

Nak gi klinik wat check up .. rasa malas ... sebab 17hb 4 ni nak gi klinik lagi .. check up pregnancy aku ni ... check up biasa jek ... tak jumpa doktor pun .. just sesi bertemu misi ... amik timbangan berat n check yang biasa-biasa jek ... agaknya kalau di biarkan jek ... rasa-rasa elok sendiri tak yer??? tak menganggu kandungan aku kann???? hehe ... tak kan ler kot ... kat pergelangan tangan jek .. bukan dalam perut kannn ... hahaha ...

Aku cari jugak kat carian google ... kot-kot ada penyelesaian atau panduan atau petua untuk menghilangkan atau mengurangkan rasa sakit kat pergelangan tangan aku ni .. tapi tak tau ler ... cam sama tapi betul ker???? meh kita tengok info yang aku dapat ni ...

Penyakit Sendi Dan Urat Saraf atau Arthritis.
Penyakit ini kebiasaannya menyerang dikalangan mereka yang dah berusia.  Penyakit ini mendatangkan kesakitan (terutama sendi-sendi utama), kemerahan ,bengkak dan kekejangan sendi.

Tanda-tanda arthritis:
Sakit sendi  terutama jari-jari, pergelangan tangan, kaki, sendi lutut berbunyi, lenguh dan sakit  bahu, pangkal leher dan belakang.

Rheumatoid Arthritis lebih sinonim dengan kaum wanita:
Menyebabkan kekejangan sendi-sendi jari, pergelangan tangan dan kaki.  Lazimnya menyerang pada waktu pagi.

Sumber dari : blog TERATAK BUNDA

Ok ... info yang lagi satu ni cam kena jek kannnn .. haaaa ... betul la ni kannn .. rupanya ada  kaitan dengan faktor berbadan dua la .. pregnant ler tu ... oooo ... baru ku tahu ... kena tunggu lagi 4 bulan ler ni baru hilang sakitnya ... maksudnya sampai aku melahirkan ... gituuuu ... wah ... wah .. lama tu ... sabo jek la kannn .. haha ... layan jek la info tentang kekejangan sendi ni ye ... manalah tau dapat membantu korang pulak kannn ...

CTS bermaksud gejala sakit dan kebas pada tangan serta jari ibu, jari telunjuk dan jari tengah disebabkan urat saraf median yang melalui terowong dalam pergelangan tangan terhimpit dan tidak berfungsi dengan baik. Apa saja keadaan yang menyebabkan pembengkakan tisu atau perubahan pada kedudukan tisu dalam terowong pergelangan tangan akan menyebabkan saraf median terhimpit dan mengganggu fungsinya.


Dalam kebanyakan kes, penyebab CTS tidak diketahui tetapi keadaan yang biasa dikaitkan dengan CTS ialah obesiti, mengandung, hypothyroidism (aktiviti kelenjar tiroid yang kurang daripada normal), artritis, kencing manis dan trauma.

Radang pada urat tendon berikutan kerja berulang seperti menaip juga boleh menyebabkan terjadinya CTS.

CTS boleh jadi bersifat sementara dan boleh sembuh sepenuhnya atau boleh menjadi lebih teruk dan kekal. Apabila penyakit itu menjadi lebih teruk, pesakit boleh mendapat gejala seperti rasa terbakar, kekejangan dan tangan lemah disebabkan oleh otot tangan mengecut. Kehilangan kekuatan tangan untuk memegang dan rasa sakit yang mencucuk dalam lengan menyukarkan seseorang yang mendapat CTS untuk bekerja dan melakukan kerja rumah.

Individu yang mempunyai pekerjaan yang membuatkan gejala CTS bertambah teruk perlu melakukan perubahan kepada cara kerja mereka, contohnya papan kekunci komputer dan ketinggian kerusi perlu diselaraskan untuk keselesaan optimum.

Masalah atau penyakit dasar perlu dirawat secara individu. Obesiti perlu dirawat dengan pengurangan berat badan. Bengkak pergelangan tangan yang disebabkan oleh mengandung akan menghilang selepas bayi dilahirkan. Beberapa ubat biasa diguna bagi merawat CTS iaitu Vitamin B6 (pyridoxine) dilaporkan mampu melegakan gejala CTS. Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) turut mengurangkan radang dan sakit. Kesan sampingan NSAIDs termasuk gangguan pada sistem usus dan perut. Ubat ini perlu diambil bersama makanan. Corticosteroids boleh diberi melalui oral atau secara suntikan ke dalam bahagian yang terbabit. Kebanyakan pesakit CTS merasa lega atau gembira selepas rawatan secara konservatif dan ubat-ubatan. Dalam kes tertentu tekanan yang kronik terhadap saraf median boleh menyebabkan kebas dan tangan lemah yang berkekalan. Untuk mengelak kesan yang serius daripada urat saraf dan otot terbabit, rawatan secara pembedahan mesti dipilih.

Sumber dari : hmetro

4 comments:

Nik Azimah Awg Hamat said...

saya pun mengalami masalah yang sama macam puan.
kena p buat fisioterapi...

SET KESIHATAN SENDI

suhailey said...

selalu CTS ni banyak berlaku pada tukang jahit..kesan dari aktiviti gunting baju kot

Unknown said...

Sy rse sy pon mengalami msalah penyakit cts niy jri2 skit kebas tangan skit kple skit blakg dada mencucuk2 sendi skit skli2

jus infiniti jutawan herbs said...

Salam sejahtera..saya pengeluar herba warisan yang telah dirumus khas bagi tujuan penyembuhan penyakit yg mampu memusnahkan pelbagai jenis kanser seperti ; ✅Kanser Usus ✅Kanser Payudara ✅Kanser Lymphoma dan lain-lain lagi. Turut mampu mengubati penyakit lain seperti ; ✅Batu Karang ✅Batu Hempedu ✅Saraf
Parkinson ✅Gout ✅Resdung ✅Demam Campak ✅Denggi dan lain-lain lagi
Proses penyembuhan juga perawatan secara semulajadi ini tanpa menyakitkan atau merosakkan buah pinggang.
✔Keberkesan JUS INFINITI sudah terbukti dan saya menjaminkan kelebihan produk ini akan membuatkan pengguna terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh.Sama-sama kita merawat dan seterusnya mencegah apa saja penyakit yang dihadapi dari terus merebak ke tahap yang lebih kritikal. Insyaallah ,JUS INFINITI turut membantu melambatkan penyakit terus merebak dengan cepat lantas mampu merawat sehingga sembuh, mudah-mudahan.
✔Hutan belantara kita tersembunyi 1 juta rahsia.Hanya ramuan herba terpilih sahaja yang terkandung di dalam JUS INFINITI ini, ✔JUS INFINITI amat mujarab jika diamalkan dengan betul dan konsisten. Jangan dibiarkan penyakit yang ditanggung dalam diri kita tanpa berusaha merawatnya. ✔Ramai yang sudah berjaya sembuh dengan produk JUS INFINITI ini .Ia terbukti dengan testimoni pelbagai jenis penyakit yang sudah sembuh dengan penggunaan yang betul dan konsisten. ✔JUS INFINITI ini juga boleh dijadikan makanan tambahan yang selamat diambil oleh sesiapa yang ingin menjaga kesihatan dan pencegahan awal pelbagai jenis penyakit.
✔Insyaallah sama-sama kita berikhtiar. ✔Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut serta jika ingin meminta pandangan, perkongsian serta maklumat tentang JUS INFINITI ,sila hubungi sy :
✅Encik Mohd Zuhairi 0174687570 (Whats App ,Call,SmS ) ✅HARGA 1BOTOL: RM180 ✅NAMA SYARIKAT: JUTAWAN HERBS ✅NO. PENDAFTARAN SYARIKAT: PG 0346818-W ✅NAMA PEMILIK : MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN 0174687570 (WHASTAPP,SMS&CALL)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...