Monday, September 24, 2012

Resepi Rendang Ayam (Versi Tumis)

Hari ni masak rendang ayam ... resepi dari kawan baik aku, Fadilah Zakir ... dia dapat resepi ni dari mak mertua dia .... kira resepi turun temurun la nih ... hehe ... sedap sangat rendang ayam ni ... rasanya pun lain dari rendang yang tak ditumis ... tapi aku tak letak daun kunyit ngan daun limau purut sebab tak de ... puas mencari kat pasar tadi ... so ... kali ni aku tak letak le dedaunan itu ... lain kali buat pasti ku letak dedaunan itu ... jangan marah yer tok guru .... hehe ... jom layan resepi rendang ayam yang sedap nih ...


Rendang Ayam (Versi Tumis)

Bahan-Bahan :
  • Ayam 1 ekor (potong 20)
  • Serbuk kunyit (untuk mengaul ayam)
  • Garam (untuk mengaul ayam)
  • Minyak masak ( untuk mengoreng ayam)

Bahan Blend Halus :
  • 3 batang serai (hiris halus)
  • 1/2 sudu ketumbar, jintan
  • 4 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 20 biji lada cili padi
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
Bahan-Bahan lain :
  • 3 sudu serbuk rendang
  • 1 peket (kecik) kerisik
  • Pati santan (1 biji kelapa)
  • Daun kunyit - hiris halus
  • Daun limau purut- hiris halus
  • 3 keping asam keping (rendam dahulu)
  • Garam secukup rasa
  • Gula  secukup rasa
  • Ajinomoto secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Cara membuat :
  • Ayam di gaul dengan garam dan serbuk kunyit
  • Goreng ayam hingga garing
  • Ketepikan ayam goreng tadi
  • Dalam kuali, panaskan minyak masak
  • Anggaran minyak masak hendaklah sama banyak dengan bahan blend tadi
  • Setelah minyak betul-betul panas, barulah masukkan bahan yang diblend tadi
  • Tumis bahan blend hingga hampir garing
  • Masukkan serbuk rendang
  • Masukkan juga kerisik
  • Gaul rata 
  • Bila tumisan mulai pekat, masukkan pati santan
  • Gaul dan sentiasa di jaga tumisan sehingga pecah minyak
  • Gaul lagi dan masukkan asam keping 
  • Masukkan lebihan pati santan dan gaul rata
  • Masukkan ayam dan gaul lagi
  • Biarkan ayam mereneh bersama tumisan rendang
  • Masukkan daun kunyit dan daun limau purut
  • Gaul-gaulkan sekali-sekala
  • Bila kuah mulai memekat, angkat dan hidangkan
  • Siap rendang ayam yang sedap
  • Boleh di makan bersama ketupat atau nasi panas atau pulut kukus
 Ketupat segera yang telah di rebus ... panas lagi ... tak leh dipotong ... kena biar sejuk baru leh potong-potong ... hehe

Ini lah dia ... rendang ayam bersama ketupat segera ... sedap sangat ... mudah nak disediakan ... 1/2 jam dah siap masak ... besttttt ... hehe

2 comments:

sue aina said...

20 biji lada merah besar ke?. Cili padi pun 20 biji ke?. Tak guna cili kering ke?

Nanie Noraini said...

salam sue aina ...
tak guna lada kering .. guna cili padi ... baru terangkat kepedasan nya .. tapi kalau tak tahan pedas buleh adjust la jumlah lada tu kannn

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...