Friday, June 15, 2012

Melawat Baby Boy Di Hospital Kota Tinggi

 Pagi tadi, adik ipar aku, Nua telefon ajak amik adik aku, Tam dan baby boy kat Hospital Kota Tinggi ... doktor cakap dah buleh balik dah ... yahooo ... anak sedara baru ku dah buleh balik umah ... baby boy yang akan diberi nama Muhammad Luqman Harith Bin Saiful Anuar ni dilahirkan pada 14 Jun 2012 jam 5.45 petang dengan berat badannya 1.9 kg ... disebabkan berat badannya yang tidak sampai 2 kg itu maka baby di letakkan di dalam bilik pemerhatian ... sian Tam .. dah ler baru lepas bersalin, kena turun naik nak tengok anak dia ... dia duk kat wad bersalin tingkat 3 .. baby Luqman duk kat bilik pemerhatian kat tingkat 2 ... 3 jam sekali turun menyusukan baby Luqman ... sampai mengah-mengah dibuatnya ...

Kami sampai Hospital Kota Tinggi dalam kul 12.00 tengahari ... tu pun kami singgah Plaza Kota .. beli tungku herba dan set bersalin leesa formula ... aku yang suggestkan set bersalin ni .. sebab dulu masa bersalinkan Aisy aku guna produk bersalin dari leesa formula ni ... sangat puas hati dengan produk leesa formula ... eh .. promote leesa formula pulak .. haha ... memandangkan waktu melawat lum tiba iaitu pada jam 12.30 tengahari .. kami gi tempat berjualan makanan dan minuman ... aku beli kuah ngan air jek .. alas perut .. mak beli kacang kuda rebus dan air kotak laici ... Nua cuma beli air soya ... kami makan dan minum di situ sambil menunggu waktu melawat ...


Tepat kul 12.30 tengahari, kami terus jek naik ke tingkat 3 iaitu wad obstetrik iaitu wad sebelum dan selepas bersalin .. kalau pesakit tu belum tiba waktu bersalin tetapi menghadapi masalah seperti demam ker sakit perut ker kat sini jugak wadnya .. janji pesakit tu mengandung ... kami menuju ke bilik Tam yang terletak di hujung bangunan ... dalam bilik dia ada 3 orang termasuk dia ... seorang dah ada baby dekat ibunya .. seorang lagi wanita India .. Tam cakap dia tu menumpang katil sebab katil di bahagian atas sudah penuh ... dan termasuk Tam la ... borak-borak kejap dengan Tam .. aku suruh Nua gi tanya kul berapa leh balik .. Nua pergi lah kaunter jururawat kat luar tu ... bila masuk dia cakap leh keluar hospital selepas dapat keputusan baby Luqman dalam kul 3 lebih .. ayak ... cam mana ni??? kata tadi dah leh balik ... haiiii ... dah lari plan ni .. nak bukak kedai kul 2 ... kul berapa aku nak balik karang ni ... hmm ... dalam setengah jam jugak borak-borak .. pastu Tam ajak gi tengok baby Luqman kat tingkat 2 iaitu kat wad pediatrik .. wad kanak-kanak ler tu ...

Wad yang menempatkan baby Luqman ni namanya Wad Bunga Kenanga ... tertera di pintu hanya 2 orang pelawat dalam satu-satu masa ... dan hanya ibu bapa sahaja untuk bilik nursery .. bilik nursery ni menempatkan kanak-kanak yang mengalami demam kuning dan kanak-kanak yang tidak cukup bulan atau berat badan cam baby Luqman ni ... pada mulanya, aku cuak-cuak jugak nak masuk sebab dah tau peraturan hospital  tidak membenarkan pelawat masuk dalam bilik tu kecuali ibu bapa tapi Tam cakap tak apa .. masuk jek .. aku ngan mak pun masuk ler .. dapat ler tengok baby Luqman .. wah .. wah .. wah ... comeiii sesangat ler ... kecik jek ... padan ler dengan berat dia 1.9kg tu ... sempat ler snap pic guna hp .. hehe .. sedang leka-leka tengok baby Luqman kantoi pulak ada jururawat yang datang dan terus suruh kami keluar ... hahaha .. malu jugak beb kena halau tapi tu la risikonya kalau langgar peraturan .. kui kui kui ...

Muhammad Luqman Harith Bin Saiful Anuar ... nyenyak tidur ... tak perasan mak sedara dia datang tengok dia ... 
 Fokus baby Luqman dekat sikit ... baru nampak bentuk-bentuk wajah dia yang comeiiii tu ... kannnn 

Tam memandang penuh kasih anak kesayangannya .. ewahhh ... kasihnya ibu .. membawa ke syurga ... wahhhh ... sempat nyanyi pulak ... haha ... 

Pasangan ibu dan ayah muda bersama anak kesayangan mereka ... si ayah dah tak sabar nak mengomol baby Luqman .. kat hospital takut kena marah .. tunggu balik umah lerr kata dia .. hehe ... abislah baby Luqman balik karang ... ramai yang beratur nak menggomol dia .. hehe ...

Mak duduk menunggu kat luar Wad Kenanga selepas kena keluar dari bilik baby Luqman ... menunggu Nua dan Tam keluar dari bilik baby Luqman ... masa tu pun dah pukul 1.58 minit petang ... dah nak abis waktu melawat ... aku nak balik lagi ni ... Nua cakap anto aku sampai hentian bas jek .. aku balik naik teksi ... waaaaa ... sampai atiiiii kamu ... hehe ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...