" Akan ku rahsiakan rasa cintaku pada mu jauh di lubuk hati "
Sinopsis oleh : aznanie
Selaut kasih sayangnya tumpah pada jejaka yang bernama Harris itu. Namun bila Haris menyepikan diri tanpa sebarang berita, hatinya mulai meragui kesetiaan lelaki itu. Di sangka cinta lelaki itu sudah beralih arah. Dalam keraguan Hani Jalina menerima lamaran Amirul Naim iaitu jejaka yang dipilih ibu dan ayahnya..
Tanpa rasa cinta, mereka di satukan. Namun, bukan sukar membina rasa cintanya pada lelaki itu. Sifat Amirul Naim yang penyayang dan pandai mengambil hatinya membuatkan Hani jatuh kasih pada lelaki yang bergelar suami itu. Hari-hari yang berlalu begitu bahagia dengan kehadiran cahaya mata yang menguatkan lagi jalinan kasih antara mereka.
Namun takdir tak siapa menduga. Dalam keterujaan menimang cahaya mata kedua, suami yang disayanginya pergi menyahut panggilan ilahi. Meninggalkan Hani Jalina bersama anak-anak meneruskan kehidupan dalam kesunyian. Sayu hati tatkala terpandang wajah si kecil yang tidak sempat menatap wajah ayahnya. Namun hidup harus diteruskan jua. Bersama kepayahan, Hani Jalina mengalas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepada anak-anaknya.
Kemunculan Haris sedikit-sebanyak mengucar-kacirkan hidupnya. Haris datang menagih janji. Sedangkan Hani Jalina merasakan Haris berhak mendapat gadis yang lebih baik dari dirinya. Namun, kesungguhan Haris untuk bertapak di hatinya kembali amat menyentuh hatinya. Kesepian yang di tinggal arwah suaminya terisi dengan kehadiran Haris.
Kasihnya mulai bercambah untuk lelaki itu semula. Hubungan yang mendapat restu kedua-dua belah pihak akhirnya menyatukan mereka. Kisah cinta mereka berakhiran dengan bahagia yang berpanjangan.
Penulis : Anis Ayuni
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5
* Sukeeeee baca novel ni ... sukee watak Amirul Naim ... tapi sayangnya dia pergi untuk memberi laluan kepada cinta Hani dan Haris .. begitu lah percaturan hidup .. tak siapa menduga ... watak dia cool sangat .. tahu Hani ada pakwe lain masa diaorang dah bertunang tapi tetap tak marahkan Hani ... tetap cintakan Hani ... kesian jugak dengan Haris .. tapi tak pe .. akhirnya mereka bersatu jugak ... huhu ... bestttt sesangat ...
0 comments:
Post a Comment