Novel ni aku beli dalam perjalanan balik dari KL tahun 2006 ... beli kat Hentian Rehat Dan Rawat Restoran Jejantas Ayer Keroh, Melaka ... ada gerai jual cenderahati ... ada jugak jual majalah dan novel-novel ... tengok sinopsis dari belakang buku cam menarik ... so, rembat la yang ni ... gaya bahasa ada iras-iras bahasa dari seberang yang di melayukan .. hehe .. nasib baik paham jalan cerita yang ingin disampaikan oleh penulis ... jadi, jom layan sinopsis novel Satu Percintaan Tanpa Beban karya Norhayati Rani ni ...
" Mereka telah memulakan satu percintaan yang boleh ditamatkan bila-bila masa "
Sinopsis oleh : aznanie
Rawani Ishak atau mesra dipanggil Rani adalah seorang gadis genius yang pintar. Seawal usia 20 tahun dia sudah menamatkan pengajian peringkat master. Perwatakannya yang periang dan ramah amat disenangi rakan-rakan sekuliahnya. Mewarisi gen yang pintar dari kedua ibu bapanya serta adik beradiknya yang lain juga pintar sepertinya.
Yizah, jejaka tampan yang punya serba serbi lengkap. Perwatakan menarik, macho dan dari keluarga yang kaya raya. Boleh di anggap jejaka idaman semua gadis. Namun dia tidak bongkak dengan apa yang dimilikinya. Berbudi perkeri luhur dan bersopan santun dengan semua orang termasuk pekerja bawahannya.
Walaupun menuntut di universiti sama, mereka tidak pernah bersua muka. Sekali bertemu, terpisah dan bertemu semula. Membuat Yizah terasa ada suatu tarikan pada gadis bernama Rani ini. Lalu dicadangkan supaya mereka memulakan sebuah percintaan yang tiada beban. Cinta yang boleh diputuskan bila-bila sahaja. Persetujuan Rani amat mengembirakan Yizah. Jadilah mereka pasangan kekasih yang amat ganjil dari kebiasaannya. Bertemu untuk mengisi masa lapang dan bermesra bersama buku-buku pelajaran. Amat membosankan bagi orang lain tapi tidak bagi mereka. Mereka merasakan itu adalah cara yang paling rasional untuk mendalami perasaan masing-masing.
Yizah seorang lelaki yang terikat dengan kerjaya dan kuliahnya. Menguruskan perniagaan keluarganya sambil menghabiskan pengajiannya. Masa baginya sangat terhad. Berlainan pula dengan Rani. Gadis ini mahu bebas. Mahu pergi mengembara melihat dunia. Dia mahu lari dari dunia belajar. Sudah penat dirinya menguliti buku-buku saban waktu. Justeru itu, Rani ke Perancis menjadi penterjemah bahasa kepada pelancong-pelancong. Habis kontraknya, dia ke China pula menjadi penterjemah untuk pelajar dari Perancis pula. Begitulah kehidupanya. Sepanjang masa berkelana itu tiada satu khabaran pun dikirim untuk Yizah walau dalam hati masih ada rasa rindu yang membara.
Takdir menemukan mereka kembali. Bertemu Yizah bagai satu mimpi buat Rani. Tanpa sedar Yizah juga merana sepertinya. Masing-masing merindu dalam diam. Namun tidak dinyatakan perasaan masing-masing. Yizah memberi jejak kepada Rani seandainya gadis ini mahu berkelana lagi.
Pertemuan seterusnya di Malaysia. Tanahair yang lama ditinggalkan. Rani terkejut melihat kepulangan Yizah semata-mata untuk bertemu dengannya walaupun hanya 4 jam diperuntukkan untuk melepaskan rindunya. Akhirnya masing-masing mengakui percintaan mereka bukanlah satu percintaan yang senang-senangnya boleh berpisah. Masing-masing punya perasaan cemburu dan iri hati. Rani merajuk lama gara-gara Yizah bergambar mesra dengan gadis jutawan di dada akhbar. Yizah juga cemburu melihat betapa mesranya Rani bergambaran bersama askar yang berpakaian tentera itu.
Sedar tak sedar sudah lapan tahun mereka menjalin percintaan begini. Usia Yizah sudah menjangkau 32 tahun. Keluarganya sudah mencarikan jodoh untuknya namun hatinya menunggu Rani. Rani yang sudah berusia 28 tahun juga merasakan begitu. Sudah saatnya dia memikirkan masa depannya. Namun dia mahu belum puas berterbangan bebas seperti burung di angkasa. Mahu menjelajah negara Rusia pula. Yizah yang begitu memahami Rani memberikan tempoh 2 tahun untuk Rani menyempurnakan segala keinginannya.
Selepas 2 tahun, akhirnya mereka berdua bersatu dalam ikatan perkahwinan. Rani bahagia kerana Yizah begitu memahami dirinya dan Yizah berharap Rani jugak cuba memahami dirinya. Menyulam bahagia hingga ke akhirnya. Tamat ...
Penulis : Norhayati Rani
Terbitan : Topic Enterprise Sdn.Bhd
Point : 3/5
* Memula baca cam tak minat .. tapi alang-alang dan baca .. baca jek la sampai habis ... pening jugak dengan gaya bahasa yang digunakan oleh penulisnya ... nasib baik faham jalan ceritanya .. buleh la wat sinopsisnya ... jalan cerita yang sangat simple .. sesungguhnya perasaan cinta itu bukan buleh di buat percubaan .. sekali dia melekat di hati susah untuk meninggalkannya tanpa bekas ... rindu, kecewa, marah, geram, iri hati .. semua tu perasaan dalam bercinta ... pengajarannya jangan pandang remeh pada percintaan .. sekali terkena panahan arjuna .. susah nak lepaskan diri .. hehe ... betul ker?????
0 comments:
Post a Comment