Wednesday, May 30, 2012

Korean Drama 'Autumn In My Heart'


First time tengok cite Autumn In My Heart ni kat TV3 yang  telah di alih bahasa iaitu bahasa mandarin ... drama ni drama korea .. episod by episod .. memula cerita dah sedih amat ... keluarga bahagia yang tercalar bahagianya bila mengetahui anak perempuannya bukanlah anak kandungnya ... pertemuan dengan anak kandung menyebabkan anak yang di bela dari kecil terpisah ... perhubungan rapat antara adik beradik itu sukar di mengertikan .. dari perasaan sayang seorang adik bertukar menjadi sayang seorang kekasih ... namun bukan mudah untuk menerima begitu sahaja hubungan mereka tambahan si abang sudah mempunyai tunangan ... haaa .. cam tu la intipati drama ni ... jadi, jom layan sinopsis drama korea Autumn In My Heart yang digarap sinopsisnya oleh aku ...



Sinopsis oleh : aznanie

Eun Suh seorang gadis yang periang. Tinggal bersama seorang abang, Joon Suh dan kedua ibubapa yang sangat menyayanginya. Hubungannya dengan abangnya sangat rapat. Mereka berkongsi apa saja. Suka atau duka.

Di sekolah, Eun Suh dicemburui oleh seorang gadis bernama Shine Ai. Shine Ai menganggap Eun Suh bertuah kerana dirinya dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Kalau Eun Suh miskin tentu dia tidak bertuah seperti itu.

Suatu hari, Eun Suh dilanggar lori semasa pulang dari sekolah. Dia cedera dan dimasukkan ke hospital. Semasa di rawat di hospital, timbul konfik darah kedua orang tuanya dan abangnya tidak sama dengan darahnya. Setelah di siasat, terbukti Eun Suh bukanlah anak kandungnya. Anak kandung mereka telah tertukar dengan Eun Suh. Ibu dan bapanya ingin tahu siapa dan dimana anak kandung mereka yang sebenarnya.

Setelah mengetahui siapa anak kandungnya, mereka berjumpa dengan ibu yang menjaga anak kandung mereka. Anak kandung mereka ialah Shine Ai. Ibu kandung Shine Ai mahu anak kandungnya itu tinggal bersama mereka tetapi ibunya tidak membenarkannya. Mereka kecewa.

Tetapi dengan tidak di sengaja, Shine Ai mengetahui yang dirinya adalah anak kepada orang kaya iaitu ibu bapa Eun Suh. Dia bertindak pergi ke rumah ibubapa kandungnya dan ingin tinggal di situ. Kedua orang tuanya berasa sangat gembira dengan berita itu. Tetapi mereka terlupa yang Eun Suh tidak ada kaitan dengan mereka lagi. Kedatangan Shine Ai membuatkan Eun Suh terasing. Lebih-lebih lagi kata-kata Shine Ai seperti menyuruhnya keluar dari keluarga itu amat menyedihkannya.

Eun Suh mengambil keputusan untuk pergi kepada ibu kandungnya. Di sana dia tidak diterima oleh ibu kandungnya tetapi dia tetap berkeras untuk tinggal di situ. Setelah mendapat tahu kehilangan Eun Suh, ibu kandung Shine Ai bergegas ke rumah ibu kandung Eun Suh. Dia meminta supaya Eun Suh tinggal bersama keluarganya. Dia tidak mahu kehilangan Eun Suh dan juga Shine Ai. Tetapi Eun Suh sendiri menolak untuk kembali ke pangkuan keluarga itu kerana kasihankan ibu kandungnya yang bersendirian setelah di tinggal Shine Ai.
Ibu kandung Shine Ai tidak dapat menerima hakikat kehilangan Eun Suh. Dia jatuh sakit lalu ayah kandung Shine Ai membawa keluarganya berhijrah ke luar negara dengan harapan ibu kandung Shine Ai dapat melupakan Eun Suh dan akan segera pulih. Apabila Eun Suh mendapat tahu yang keluarga Shine Ai mahu pergi ke luar negara, dia mengejar kereta mereka dengan harapan dapat berjumpa seketika dengan abang dan ibubapanya sebelum mereka pergi tetapi nasib tidak menyebelahinya. Kereta mereka tidak berhenti dan tinggallah dia menangis meratapi pemergian orang-orang yang amat di sayanginya.
Berpuluh tahun sudah berlalu. Eun Suh sudah menjadi wanita dewasa yang cantik rupa parasnya tetapi dia tidak dapat pekerjaan yang baik kerana dia tidak berpelajaran tinggi. Ibunya tidak mampu untuk menyekolahkannya. Kehidupan mereka amat susah dan mereka selalu berpindah-randah kerana abangnya seorang samseng dan selalu bergaduh dan membuat masalah dengan penduduk setempat. Eun Suh bekerja sebagai operator di sebuah hotel ternama. Di situ dia berkenalan dengan seorang lelaki bernama Han Tae Suhk yang merupakan anak tuan punya hotel tempat Eun Suh bekerja tetapi Eun Suh tidak tahu identiti Tae Suhk sebenarnya.

Han Tae Suhk sudah menyukai Eun Suh sebelum mereka berjumpa lagi. Di sebabkan mahu merapatkan dirinya dengan wanita itu dia meminta Eun Suh ditukarkan ke bahagian pembantu rumah yang akan menguruskan semua urusan pengemasan di dalam biliknya. Pertukarannya menimbukan ketidaksenangan ketua bahagian maid itu. Tidak pernah sebelum ini perkara itu terjadi. Dari operator menjadi maid. Tetapi bila diberitahu yang itu adalah permintaan dari anak tokei hotel itu, maka terpaksalah dia menerimanya.

Pertukarannya amat tidak disenangi Eun Suh tetapi memandangkan dirinya amat memerlukan pekerjaan dia terpaksa menerima. Dan dia tidak tahu yang sebenarnya dia hanya diberi tugas untuk menjaga bilik Han Tae Suhk seorang sahaja.

Ketua bahagian maid memberi amaran kepada Eun Suh supaya menjadi tingkah lakunya di depan tetamu yang menginap di hotel mereka. Ini kerana ada sumber yang memberitahunya yang Eun Suh menyimbah air ke muka tetamu semasa di restoran. Dia tidak mahu orang menganggap pekerja di hotel itu mengurat semua tetamu. Eun Suh terkejut dan teringat insiden dia menyimbah air ke muka Tae Suhk kerana lelaki itu membohonginya dengan mengatakan jam tangannya hilang. Eun Suh terpaksa mencari di setiap beg-beg sampah di hotel itu.

Eun Suh kecewa dengan tindakan abangnya yang mahukan dia mengahwini lelaki tua yang kaya iaitu bos tempatnya bekerja. Eun Suh tidak mahu tetapi dipaksa oleh abangnya. Mujur Han Tae Suhk tiba dan menyelamatkannya. Eun Suh menceritakan keadaan kesusahan yang ditanggung oleh keluarganya sehinggakan dia menjadi galang ganti untuk melunaskan hutang tersebut. Han Tae Suhk bertanya tentang harga yang perlu dibayar untuk dia mendapatkan Eun Suhk seperti yang dilakukan oleh orang tua itu. Eun Suh marah dan bertindak menamparnya. Dia tidak mahu melihat Han Tae Suhk lagi dan terus berlalu meninggakan Han Tae Suhk keseorangan dalam kebingungan.
Dalam perjalanan pulang, dia terlihat Joon Suh. Hatinya kuat menyatakan yang itulah abangnya. Dia mengejar kereta Joon Suh hingga ke pantai. Di sana dia melihat abangnya sedang melukis di pasir pantai. sama keadaannya semasa mereka kecil-kecil dahulu. Dia berlari dan memeluk abangnya dari belakang. Han Tae Suhk yang melihat kejadian itu terkejut dan menyebut nama Eun Suh. Joon Suh terkejut dan bertanya kembali adakah benar dia Eun Suh adik yang dicari selama ini.

Pertemuan yang sungguh menyedihkan. Pada Han Tae Suhk dan tunangnya, Yumi diberitahu bahawa Eun Suh adalah sepupunya. Mereka bercerita tentang kehidupan masing-masing. Eun Suh gembira kerana dapat bertemu kembali dengan abangnya, Joon Suh dan diberitahu bahawa kedua ibubapanya akan pulang ke korea tidak lama lagi.

Eun Suh pulang ke rumah ibunya, tetapi abangnya memukulnya kerana dia melarikan diri. Ibunya menghalang dan menyuruh Eun Suh pergi dari rumah itu. Eun Suh yang telah diberhentikan kerja kerana kejadian di mana dia keluar dari bilik Han Tae Suhk dalam keadaan kusut masai. Ini kerana Han Tae Suhk mabuk dan ingin memperkosanya. Dia tidak tahu mana nak bermalam dan dia mengambil keputusan untuk pergi ke rumah abangnya tetapi tidak masuk dan hanya menunggu di luar rumah sehingga hari siang. Apabila Joon Suh membuka pintu pada keesokkan harinya terkejut melihat Eun Suh di situ tetapi tidak bertanya lanjut apabila ternampak kesan lebam di pipi adiknya itu. Walaupun diberitahu yang dia tidak melarikan diri dari rumah dan tidak dipukul abangnya yang samseng itu, Joon Suh hanya mendiamkan diri. Di bilik air, Eun Suh ternampak kesan lebam di pipinya, dan apabila keluar dari bilik air dia melihat ubat sapu di atas begnya, Tahulah dia yang Joon Suh telah ternampak kesan lebam itu.

Joon Suh membenarkan Eun Suh tinggal bersamanya. Yumi yang tidak  mengetahui yang Eun Suh tinggal bersama Joon Suh terperanjat pada mulanya, tetapi menerima dengan senang hati memandangkan Eun Suh adalah sepupu Joon Suh.

Kedatangan Eun Suh di rumah lama Joon Suh amat menyedihkannya. Dia teringat kenangan manis saat-saat dia tinggal di situ semasa kecil dahulu. Joon Suh yang faham akan perasaan Eun Suh bertindak menenangkannya. Kedatangan Shine Ai pada hari itu benar-benar tidak di duga. Dan pertemuan dengan Eun Suh juga meresahkannya. Dia tidak mahu kedatangan Eun Suh akan membuatkan dirinya terasing. Dia tidak mahu ibu dan ayahnya berjumpa dengan Eun Suh. Dia tahu ibunya sangat merindui Eun Suh. Dia juga tahu yang ibunya lebih menyayangi Eun Suh dari dirinya. Dia meminta Joon Suh jangan memberitahu ibu dan ayahnya tentang Eun Suh.

Eun Suh bertindak keluar dari rumah Joon Suh kerana merasakan kehadirannya akan menimbulkan ketegangan dalam keluarga Joon Suh tetapi dihalang oleh Joon Suh. Eun Suh diterima bekerja semula di hotel kerana pengaruh Han Tae Suhk tetapi ketua bahagian maid telah ditukar ke bahagian lain. Eun Suh mahu tinggal semula di dorm tetapi Shine Ai tidak meluluskan permintaannya itu. Dia tidak mahu Eun Suh rapat dengan Tae Suhk kerana dia mencintai Tae Suhk. Dia marah kerana Eun Suh dapat memiliki semua yang dia mahukan.

Pertemuan semula antara Joon Suh dan Eun Suh menerbitkan perasaan lain dalam diri mereka. Rasa sayang seorang adik bertukar menjadi rasa sayang seorang kekasih dan sikap mahu memiliki antara keduanya terserlah. Tapi Eun Suh tahu percintaan mereka ada halangannya. Joon Suh sudah bertunangan dengan Yumi.  Joon Suh pula telah meminta pertunangan antaranya dengan Yumi diputuskan. Dia memberitahu Yumi yang dia mencintai gadis lain. Yumi memberitahu Eun Suh yang Joon Suh mahu memutuskan pertunangan mereka. Dia merayu Eun Suh melepaskan Joon Suh kerana dia tahu yang Joon Suh mencintai Eun Suh. Eun Suh tidak mahu menimbulkan masalah lalu huluran kasih Tae Suhk di sambut. Meski tahu yang Eun Suh mencintai Joon Suh tapi Tae Suhk bekeras mahu menjadikan Eun Suh miliknya.

Tae Suhk bertemu ibu Eun Suh untuk meminta restu mengahwini Eun Suh. Ibu Eun Suh yang terkejut dengan permintaan Tae Suhk dan bersetuju jikalau Eun Suh bersetuju mengahwini Tae Suhk. Ibu Eun Suh bertemu dengan ibu Joon Suh. Dia meminta ibu Joon Suh mengambil Eun Suh menjadi anak angkat mereka. Dia bimbang akan penerimaan keluarga Tae Suhk bila melihat keadaan rumah dan dirinya. Ibu Joon Suh bersetuju. Apabila ibu Joon Suh mengumumkan perkara itu pada anak-anak mereka, Shine Ai tidak bersetuju. Dia memberitahu mereka semua yang Joon Suh mencintai Eun Suh. Eun Suh menafikan dengan mengatakan hanya dia yang mencintai Joon Suh tapi tidak Joon Suh. Tapi Joon Suh mengiyakan kenyataan itu. Ibu dan ayah Joon Suh amat terkejut dan menegaskan hubungan antara Joon Suh dan Eun Suh hanyalah hubungan adik beradik selamanya. Joon Suh yang tidak tahan dengan tekanan itu mengajak Eun Suh melarikan diri untuk seketika. Mereka berdua pergi ke sebuah rumah ladang yang pernah didiami keluarga Eun Suh semasa dia kecil dulu.

Tae Suhk nampak Eun Suh dan Joon Suh mengejar sebuah bas dan bertindak mengejar mereka tetapi tidak sempat apabila mereka berdua telah menaiki sebuah bas. Dia memberitahu ibu dan ayah Joon Suh akan perkara itu. Yumi jugak sepertinya, terkejut dengan tindakan Joon Suh dan Eun Suh itu. Tae Suhk pergi ke rumah Eun Suh, bertanya samada ibu Eun Suh tahu akan tempat yang memungkinkan mereka tuju. Ibu Eun Suh terkejut dengan berita itu. Abang Eun Suh yang samseng itu berjanji akan memberitahu Tae Suhk kalau dia mendapat maklumat di mana Eun Suh bersembunyi. Eun Suh menelefon ibunya untuk memberitahu keadaan dirinya. Dan abangnya telah mendengar perbualan antara ibunya dengan Eun Suh. Dia pergi bertemu Tae Suhk tetapi meminta wang sebelum memberitahu tempat persembunyian Joon Suh dan Eun Suh.

Tae Suhk membawa Joon Suh dan Eun Suh balik. Di rumah ibu Yumi sudah sedia menunggu. Dia mahu memutuskan pertunangan di antara Yumi dan Joon Suh tetapi Yumi tidak mahu. Dia rela mati dari putus tunang dengan Joon Suh. Selepas menghantar Joon Suh ke rumahnya, Tae Suhk menumbuk Joon Suh kerana marah pada perbuatan Joon Suh yang melukakan banyak orang tapi Joon Suh tidak melawan tindakan Tae Suhk tu dan memberitahu Tae Suhk yang dia tidak dapat menarik balik apa yang telah terjadi. Keputusannya untuk mengahwini Eun Suh bukan mainan. Dia tidak dapat membendung  perasaannya lagi.

Eun Suh dimarahi ibunya. Ibunya mahu Eun Suh kembali menjadi anak keluarga profesor itu dan berkahwin dengan Tae Suhk. Tapi Eun Suh menyatakan yang dia amat mencintai Joon Suh dan tak dapat nak menghapuskan perasaan itu. Ibunya meyakinnya bahawa apa yang dirasai oleh Eun Suh itu bukan cinta tapi perasaan rindu kerana lama tidak berjumpa dengan Joon Suh. Dia mahu Eun Suh mengahwini Tae Suhk dan hidup bahagia. Itu permintaannya sebagai seorang ibu. Eun Suh berasa serba salah dengan permintaan dari ibunya itu.

Eun Suh memulangkan semula rantai pemberian Tae Suhk. Dia sudah menyatakan yang dirinya tidak pernah mempunyai perasaan pada Tae Suhk. Tae Suhk kecewa. Benar-benar kecewa. Dia amat menyayangi Eun Suh. Dia merayu agar Eun Suh bertemu dengannya tetapi Eun Suh enggan dan akhirnya Tae Suhk mengalah dan berlalu dari situ. Eun Suh sedih melihat keadaan Tae Suhk tapi apakan daya hatinya milik Joon Suh. Satu-satunya lelaki menghuni hatinya dari dulu dan selamanya.

Penentangan keluarga Joon Suh amat ketara. Ibunya jatuh sakit akibat terlalu memikirkan perkara itu. Ayahnya mengajak Eun Suh pergi ke luar negara bersamanya. Dan di sana Eun Suh akan bertemu dengan lelaki lain dan mengahwininya. Tetapi Joon Suh yang terdengar akan perkara itu menentang. Berlaku bertengkaran antara keduanya sehingga ayahnya bertindak memutuskan hubungan mereka. Joon Suh dengan tegas menyatakan dia akan mengahwini Eun Suh samada ayah dan ibunya setuju atau pun tidak.

Akibat dari tekanan dan tidak dapat menerima hakikat dirinya ditinggalkan, Yumi nekad mengelar tangannya sendiri. Tapi dia dapat diselamatkan. Cuma tangannya sudah tidak kuat seperti dulu kerana kecederan yang teruk pada tangannya. Joon Suh rasa bersalah dengan kejadian yang menimpa Yumi itu. Eun Suh juga berasa sedih dengan keadaan Yumi. Sejak hari itu, Joon Suh banyak memberi tumpuan kepada Yumi. Eun Suh yang faham akan situasi itu hanya mendiamkan diri sahaja. Joon Suh serba salah pada Eun Suh. Dia berjanji akan bersama dengan Eun Suh pergi ke rumah ladang walaupun Eun Suh telah menyatakan yang mereka tidak seharusnya ke sana pada masa sekarang memandangkan keadaan Yumi yang masih sakit. Joon Suh bersungguh meyakinkan Eun Suh tiada apa yang menghalang dirinya dari pergi ke sana. Eun Suh hanya tersenyum dengar kata-kata Joon Suh itu sedangkan dalam hatinya sangsi dengan kata-kata Joon Suh itu.

Semasa dalam perjalanan mengambil Eun Suh, ibu Yumi menelefon Joon Suh memberitahu Yumi melarikan diri dari hospital. Joon Suh bergegas ke hospital. Dia teringat yang Yumi ada memberitahunya yang dia mahu ke pantai di mana Joon Suh melukis gambarnya buat kali pertama. Joon Suh yakin Yumi pasti ada di sana. Dan tepat sangkaan Joon Suh. Yumi sedang merenung laut. Tapi bila perasan yang Joon Suh sedang menghampirinya dia bertindak masuk ke dalam laut seolah-olah mahu melemaskan dirinya di situ. Joon Suh terus mengejar dan menghalang tindakan Yumi itu. Yumi meminta Joon Suh berjanji tidak meninggalkannya jika mahu dia membatalkan hasratnya itu. Joon Suh terpaksa berjanji untuk menyelamatkan nyawa Yumi.

Eun Suh menunggu kedatangan Joon Suh. Dia menunggu sehingga malam hari tetapi Joon Suh tidak datang jua. Joon Suh memberitahunya agar tidak menunggunya kerana dia tidak dapat pergi. Dia menyuruh Eun Suh pulang dan jangan menunggunya lagi. Eun Suh sedih kerana dia dapat merasakan Joon Suh makin jauh darinya. Dia tetap menunggu di situ meskipun tahu yang Joon Suh tak akan datang malam itu.

Eun Suh bertemu dengan Yumi. Yumi meminta maaf sebab tidak dapat melepaskan Joon Suh. Eun Suh menenangkan Yumi dengan menyatakan Joon Suh akan berada di sisi Yumi selamanya. Joon Suh meminta maaf pada Eun Suh kerana tidak dapat menunaikan janjinya tetapi Eun Suh dengan tenang menyatakan dia faham situasi Joon Suh dan meminta Joon Suh menjaga Yumi dengan baik. Maka berakhirlah percintaan yang penuh dengan rintangan dan halangan ini.

Eun Suh masih pergi kerja walaupun dia mengalami demam akibat terlalu lama di luar rumah dalam cuaca sejuk. Shine Ai memberitahu Tae Suhk yang Yumi mahu membunuh diri dan mahu lihat bagaimana Joon Suh mahu meneruskan rancangan untuk berkahwin dengan Eun Suh. Eun Suh jatuh pengsan setelah berjumpa Tae Suhk. Tae Suhk membawa Eun Suh ke hospital. Dia memberitahu Joon Suh akan keadaan Eun Suh tetapi Joon Suh tidak dapat menemui Eun Suh kerana Yumi memerlukan perhatian darinya. Tae Suhk marah tapi berikrar akan menjaga dan mengambil berat keadaan Eun Suh.

Tae Suhk berasa hairan kenapa Joon Suh tidak datang melihat Eun Suh semasa dia sakit. Setelah bertanya pada Eun Suh tahulah dia yang Joon Suh dan Eun Suh telah berpisah. Dia marah kerana pengorbanan Eun Suh sia-sia saja. Dia marah kerana Eun Suh tidak pernah memikirkan tentang dirinya dalam mengambil apa-apa tindakan.

Shine Ai memberitahu ibunya tentang hubungan Joon Suh dengan Eun Suh sudah putus dan ibunya sangat bimbang akan perasaan Eun Suh. Dia tahu Eun Suh pasti bersedih dan perkara itu telah membuatkan Shine Ai makan hati dengan ibunya. Dia merasakan ibunya tidak menyayangi dirinya.
Keputusan ujian yang dilakukan ke atas Eun Suh menunjukkan dia menghidap penyakit leukemia. Ayahnya juga menghidap penyakit yang sama sepertinya. Dia berasa amat sedih dengan berita itu. Dia bertanya tentang keadaan ayahnya sebelum dia mati kepada ibunya. Ibunya tidak mahu menceritakan apa-apa kepadanya.

Penyakitnya diketahui oleh Tae Suhk. Dia meminta Tae Suhk merahsiakan dari pengetahuan semua orang. Tae Suhk mahu Eun Suh dirawat di hospital dan dia akan menanggung segala kos rawatan. Eun Suh pada mulanya tidak bersetuju akhirnya mengalah jua. Kerana tidak tahan melihat penderitaan Eun Suh, Tae Suhk telah memberitahu ibu Eun Suh akan penyakit yang dihadapi Eun Suh. Ibunya terkejut dan barulah dia mengerti kenapa Eun Suh bersungguh  mahu tahu tentang keadaan ayahnya sebelum dia mati.

Ibu Eun Suh pergi berjumpa dengan ibu Joon Suh dan memberitahu mereka tentang penyakit Eun Suh dan meminta mereka menyelamatkan anaknya. Ibu Joon Suh yang terkejut terus menemui Eun Suh yang terlantar di hospital. Joon Suh adalah orang terakhir diberitahu tetapi dia tidak mahu menemui Eun Suh. Semua orang memujuknya agar berjumpa dengan Eun Suh yang sudah tenat termasuk Yumi tetapi dia tetap berkeras enggan menemui Eun Suh.
Tetapi akhirnya, Joon Suh pergi jua menemui Eun  Suh. Dia membawa Eun Suh pulang ke rumahnya. Dan mereka bersama menghabiskan masa yang singkat itu. Di pantai mereka bercerita dan sehingga Eun Suh menutup mata di atas dukungan Joon Suh. Joon Suh berasa sungguh sedih tetapi dapat menerima hakikat kehilangan Eun Suh.
Suasana sedih menyelubungi rumah Joon Suh. Ramai rakan taulan yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Eun Suh. Ibu Eun Suh dan ibu Joon Suh mengimbau kembali gambar-gambar dan kenangan semasa Eun Suh kecil-kecil. Abu mayat Eun Suh ditabur di lautan oleh Tae Suhk. Itu permintaan Eun Suh.
 Joon Suh pergi ke tempat-tempat di mana dia dan Eun Suh pernah bersama dahulu. Dia tiba di depan sekolah lamanya, di situ dia teringat saat Eun Suh di langgar lori. Dia pergi ke depan selekoh itu dan sebuah lori tiba di situ dan melanggarnya. Akhirnya, Joon Suh dapat bersama Eun Suh buat selamanya. Menemai Eun Suh di alam sana. Tamat ...

* Drama paling sedih yang pernah aku tengok .. dari episod pertama sampai akhir ... asik menangis jek .. nak abiskan satu drama mata aku dah bengkak ... hehe .. heroin ngan hero mati .. sad ending ... so .. so .. sad tapi terbaeekkkk .. hehe ... tengok sendiri baru puas hati dan puas nangis .. hehe ...


5 comments:

Anonymous said...

Baca ni pun dah nangis kak. :(

Cik Isma said...

menangis kot bace sipnosis yg akak tulis ni..nak tngok balik la citerrr tuu... :'(

Mekar said...

Salam.
Sya pun teringin nak tgk citer ni. Kat maadu.com ada, tapi malay subtitle dia tak selari dgn jln cerita. cam tak best tgk cam tu. Ingat kalu ada jual cd nak beli la. tp tak tau ada org jual lg ke sbb dah lama :-p

Unknown said...

ini tak macam sinopsis..hhi..macam cerpen...tapi best la cara penceritaan awak..

IDA SUZIANA said...

pagi nie..teringat cerita autumn in my heart...dia yang bawak saya ke blog awak nie....sinopsis awak nie terbaekkk...mampu buatkan saya menangis di pagi hari...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...