Sunday, May 27, 2012

Cerekarama 'Peluang Kedua'

Tengok cerekarama di malam minggu ... tak de memana .. ngadap tv jek la ... malam ni turn cerita kelakar ... minggu lepas dah cerita sedih ... memang kelaka gile la cite ni ... sampai riuh-rendah rumah ketawa tengok adegan-adegan yang mencuit hati .. dalam kelakar ada mesej yang ingin di sampaikan ... tentang sikap kaum lelaki yang suka lepas tanggungjawab mendidik anak pada isteri saja ... urusan rumahtangga semua di serahkan pada isteri ... yang dia tahu kerja untuk sara keluarga aje .. tu jek tanggungjawab sebagai suami ... yang isteri asik membebel tak puashati dengan sikap suami sedangkan suami buat dek jek .. hmm .. apa-apa, jom layan sinopsis cerekarama Peluang Kedua ni ...

Pelakon yang membintangi cerekarama Peluang Kedua

Sinopsis oleh : aznanie

Mengisahkan tentang pergolakan rumahtangga Halim dan Marina. 15 tahun melayari kehidupan bersama belum menjanjikan harmoni berpanjangan. Ketidakpuasan hati seorang isteri terhadap suaminya. Marina sanggup berkorban bila bertindak berhenti kerja demi menumpukan sepenuh perhatiannya pada tugasan rumahtangga dan urusan anak-anak. Tapi lama-kelamaan dia merasakan dirinya tidak dihargai. Geram dengan sikap Halim yang hanya meletakkan segala urusan rumahtangga dan mendidik anak-anak di atas bahunya seorang saja.

Halim seorang arkitek yang berjaya di syarikatnya. Berwibawa dalam membantu mengembangkan syarikatnya namun tidak di rumah. Padanya, tugasnya hanya mencari duit untuk menyara keluarganya. Yang lain-lain perkara semua di serahkan pada isterinya menguruskannya. Dia tidak pernah bertanya tentang perkembangan anak-anaknya di sekolah atau di rumah. Yang dia tahu anak-anaknya sihat dan cukup makan. Itu aje.

Suatu hari terjadi pergaduhan besar antara Halim dan Marina. Masing-masing dengan ego dan kekerasan hati masing-masing. Marina mengungkit semua perlakuan Halim yang dirasakan tidak adil pada dirinya. Halim pun tidak mahu mengaku kalah. Masing-masing bertegang urat.

Anak-anak yang mendengar pergaduhan dari bilik sebelah berasa sungguh sedih. Mereka sedih kerana ibu dan ayah mereka selalu bergaduh. Mereka berasa tidak tenteram. Mereka tidak tahu mahu mengadu pada siapa kerana Tok Ki dan Tok Wan mereka berada di Mekah. Disebabkan terlalu sedih mereka mengadu pada gambar Tok Ki dan Ton Wan mereka. Alangkah terkejutnya mereka bila mendengar suara Tok Ki dan Tok Wan mereka dari gambar itu. Mereka percaya yang gambar Tok Ki Dan Tok Wan boleh bercakap. Tok Ki memberitahu yang selepas ni ibu dan ayah mereka tidak akan bergaduh lagi kerana Tok Ki dah buat magik.

Keesokan harinya, Marina dan Halim terjaga dalam keadaan bertukar. Marina di dalam tubuh Halim. Halim di dalam tubuh Marina yang sarat mengandung. Mereka panik tetapi berlagak selamba di depan anak-anak mereka. Bermulalah pertukaran rutin harian mereka. Marina terpaksa ke pejabat kerana dia berada di dalam tubuh suaminya, Halim. Manakala Halim terpaksa menguruskan urusan di rumah dan urusan menjaga anak-anak.

Barulah Halim sedar yang tugas Marina di rumah bukanlah semudah yang disangkanya. Kepenatan dan keletihan di rasainya ditambah dengan keadaan perut yang memboyot. Marina juga sedar yang tugas Halim di pejabat menuntutnya memberi perhatian lebih ditambah dengan bos yang garang dan cerewet.

Anak-anak mereka sungguh gembira bila melihat ibu dan ayah mereka tidak bergaduh lagi. Ditambah mereka terlihat kemesraan ibu dan ayah mereka di dapur. Mereka segera memberi tahu pada Tok Ki dan Tok Wan mereka. Mereka semua berasa gembira dengan perubahan pasangan itu.

Setelah 2 hari kejadian pertukaran badan itu, akhirnya mereka kembali ke asalnya. Marina berasa gembira kerana dia tidak perlu ke pejabat lagi. Sungguh dia tidak mahu melakukan kerja-kerja Halim walaupun dia sudah mahir dengan selok belok tugasan suaminya itu. Halim jugak bersyukur kerana dapat kembali ke asal kerana dia kekok mahu melakukan tugasan isterinya. Tetapi walaupun begitu ianya suatu pengajaran buat mereka. Kemesraan yang dulunya hambar kini mulai mekar kembali. Sesungguhnya mereka diberi peluang kedua untuk merasai nikmat dan kebahagian berumahtangga.

Parti harijadi Rafe di sambut meriah tapi Rafe tidak gembira. Dia rindukan Tok Wan dan Tok Ki nya. Apabila semua jemputan sudah pulang, tidak disangka Tok Ki dan Tok Wan muncul. Rafe gembira kerana dapat bertemu dengan Tok Ki dan Tok Wan yang dirinduinya. Sedang mereka rancak berbual-bual, Marina terasa sakit untuk bersalin. Kelam kabut semua orang di buatnya.

Marina selamat melahirkan anak ketiga mereka. Halim sangat gembira. Marina juga. Bila Marina menyatakan yang anak itu adalah anaknya, Halim membalas dengan ungkapan 'anak kita'. Mereka saling berpandangan dan dari sinar mata dapat membayangkan kebahagian yang sedang mereka kecapi. Tamat ...

Para pelakon : 
Azhan Rani sebagai Halim
Yasmin Hani sebagai Marina

* Hahaha .. cerita yang sungguh lawak ... suka tengok aksi kelam kabut pasangan ni ... masa Marina yg dalam badan Halim tu kat pejabat yang paling kelaka rasanya ... tak tahu nak jawap soalan bos dia buat alasan sakit perut .. call suami dia .. masuk dalam tandas perempuan .. pastu masa nak solat .. siap pakai telekung kat surau perempuan .. hahaha ... sampai pengsan orang tengok dia keluar pakai telekung .. hahaha .. memang lawak gile ... pastu Halim jadi perempuan lembut gituu ... bila kawan Halim pegang-pegang dia .. lepas tu cakap kalau curang pun bukan isteri kat rumah tau pun .. saja suka-suka .. haaa .. kena penampar sebijik ... hahaha ... aduiii lawak ... hanya yang tengok cerekarama ni yang faham apa yang aku bebelkan ni .. kalau tak tengok mesti tak paham punya la ... hehe .. jadi kena tengok la cerekaramanya baru setuju dengan pendapat aku ni ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...