Monday, April 30, 2012

Resepi Rojak Asma

En.suami suka makan rojak asma ... dia panggil rojak apam ... kalau letak mee dipanggil rojak mee .. padahal sama jek bahan dan kuahnya ... hehe .. jadi, jom layan resepi rojak asma ..

Rojak Asma

Bahan-bahan :
Bahan cucur :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh gula
  • 1/4 sudu teh garam
  • 125 ml air
Bahan-bahan kuah :
  • 300 gram keledek
  • 1.5 liter air
  • 1 sudu besar asam jawa - bancuh dengan 75 ml air
  • 3 biji bawang merah - cincang halus
  • 10 tangkai lada kering - direbus dan diblend
  • 1/3 sudu teh garam
  • 3 sudu besar gula
  • 20 gram kacang tanah - di goreng dan dikisar halus
  • 1/2 sudu teh kicap masak hitam
  • 1/2 sudu besar cuka
  • 1/3 cawan minyak masak
Cara membuat cucur :
  • Campurkan semua bahan kecuali telur 
  • Gaulkan hingga sebati
  • Perap bancuhan tepung tadi selama 1 jam 
  • Masukkan telur dan kacau rata
  • Panaskan minyak 
  • Goreng apam sehingga kekuningan
 Cara membuat kuah :
  • Rebus keledek hingga empuk 
  • Setelah keledek empuk, kisar dengan air hingga lumat
  • Panaskan minyak masak dalam periuk
  • Tumiskan bawang dan lada kisar hingga garing
  • Masukkan keledek yang dikisar dan kacau rata
  • Masukkan garam, gula dan bancuhan asam jawa
  • Kacau selalu di atas api perlahan
  • Masukkan kacang tanah, kicap hitam dan cuka
  • Masak sampai terbit minyak
  • Rasalah masin manis kuahnya
  • Angkat dan hidangkan
Bahan sampingan :
  • Taughe - dibuang ekor dan topi dan dicelur
  • Telur - direbus 
  • Tauhu - digoreng
  • Fish cake - digoreng
  • Timun - dipotong memanjang
  • Kentang - direbus 
  • Tempe - digoreng
  • Sengkuang - di potong memanjang
  • Lada besar - dipotong bulat
  • Daun salad - di potong kecil

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...