Friday, May 04, 2012

Sinopsis Novel 'Episod Cinta Belum Berakhir - Habibah Rahmat'

Novel ni dicetak pertama kalinya pada tahun 1994 .. masa ni aku baru abis SPM ... baru berjinak-jinak dengan dunia pekerjaan .. hehe ... beli novel ni dengan duit sendiri ... tak mahal mana pun novel ni .. Rm 9.90 jek ... tak de la tebal sangat ... cuma 252 muka surat jek ... baca 1 ari dah abis .. jalan cerita yang simple dan ringan ... tak perlu fikir-fikir sangat .. yang penting ada suka dan derita ... almost derita yang banyak sebenarnya .. hehe .. but ending dia .. best .. happy ending ... derita .. derita .. bahagia ... gituuuu lerrr .. hehe .. jadi, jom layan sinopsis novel Episod Cinta Belum Berakhir karya Habibah Rahmat ni ...

 " Cinta itu indah dimata, derita di hati "

Sinopsis oleh : aznanie

Intan Zakila amat mencintai Zacky Nizarman. Namun, percintaan mereka mendapat tentangan dari ibu Zacky, Datin Ramlah. Datin Ramlah sudah ada pilihannya sendiri iaitu Roshatika, sepupunya sendiri. Datin Ramlah tidak mahu harta kekayaan keluarganya jatuh ke tangan orang lain selain keluarganya sendiri.

Tapi bila Zacky berkeras untuk memperisterikan Intan, ibunya terpaksa menerima dengan syarat Zacky harus melanjutkan pelajaran ke oversea. Zacky terpaksa bersetuju dengan syarat itu. Mahu tak mahu, Intan juga terpaksa merestui pemergian kekasih hatinya itu. Di jelaskan juga sebarang surat menyurat mestilah melalui Datin Ramlah dengan tujuan untuk merapatkan hubungan Intan dengan Datin Ramlah.

Tapi semua itu adalah rancangan jahat Datin Ramlah dan Roshatika untuk memisahkan Intan dengan Zacky. Hanya setahun sahaja surat-surat Zacky sampai ke tangan Intan selepas itu tiada lagi. Dan Roshatika meniru tulisan tangan Zacky untuk menulis surat kepada Intan supaya melupakannya. Intan Zakila yang mempercayai surat itu dari Zacky terus mempercayainya.

Bertahun-tahun Intan Zakila menanggung rasa kecewa. Derita hatinya dikongsi bersama rakan baiknya, Shamira. Pada Shamira dilepaskan apa yang terbuku di hati. Sesungguhnya Shamira adalah seorang kawan yang boleh diharapkan. Shamira beri dia kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. Dengan sokongan dan dorongan dari Shamira, Intan bangkit dari kedukaan silam.

Kepulangan Zacky membangkit kembali luka lama. Zacky menuduhnya curang dan Intan jua begitu. Setelah di teliti duduk perkara sebenar, barulah Zacky tahu yang semua ini adalah rancangan ibu dan Roshatika. Zacky perlu yakinkan Intan yang mereka berdua adalah mangsa keadaan. Dirinya masih menyintai Intan dan dia tahu Intan jua masih mencintainya. Cuma Intan terlalu kecewa dengan apa yang terjadi.

Sukarnya meraih kepercayaan seorang wanita apabila parah dikecewakan. Intan berputus asa untuk kembali kepada Zacky mengenangkan sikap Datin Ramlah yang terang-terangan menolak dirinya. Dia merasakan dirinya tidak layak untuk Zacky. Puas dirayu dia tetap begitu. Zacky mulai putus asa.

Kerana termakan hasutan syaitan, Zacky menyentuh minuman haram itu. Dirinya tidak mampu menahan gelora kecewa kehilangan cinta Intan. Sehingga dirinya terlibat dengan kemalangan kerana memandu dalam keadaan mabuk. Sesal yang datang hanya terbuku di hati.

Datin Ramlah mulai sedar. Tiada guna memaksa Zacky menerima Roshatika sedangkan dalam diri Zacky penuh dengan cinta untuk Intan Zakila. Akhirnya, Datin Ramlah mengalah dan menerima Intan Zakila sebagai menantunya. Di buka peluang Zacky bertemu Intan. Dan cinta yang sememangnya masih utuh antara keduanya bersinar kembali. Tamat ...

Penulis : Habibah Rahmat
Terbitan : Creative Enterprise Sdn.Bhd
Point : 5/5

* Novel ni pun boleh di panggil novel air mata .. sedih .. menghayati penderitaan Intan Zakila ditinggal Zacky .. padahal masing-masing kena tipu dengan Datin Ramlah ... Zacky ingat Intan yang curang .. Intan ingat Zacky yang dah tak nakkan dia .. masing-masing merana .. hoho .. kesian mereka .. cinta antara 2 darjat la ni .. si kaya jatuh cinta dengan si miskin .. mak si kaya tak nak menantu si miskin ... gituuu ler intipati novel ni .. tapi cinta yang suci akan dapat mengalahkan kejahatan .. haaaa .. gituuu ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...