Kerepek Pisang
Bahan-Bahan :
- Pisang nipah atau tanduk (yg dah agak tua tapi lum masak)
- Garam dan gula (dilarut dalam air suam)
- Serbuk kunyit
- Minyak untuk menggoreng kerepek pisang
- Kupas kulit pisang dan bersihkan
- Panaskan minyak dalam kuali
- Masukkan serbuk kunyit dalam minyak supaya kerepek pisang nampak kekuningan
- Bila minyak dah cukup panas, sagat pisang terus ke dalam kuali (kalau sagat siap-siap, nanti kerepek pisangnya melekat antara satu sama lain)
- Masukkan 1 atau 2 sudu bancuhan garam dan gula tadi ke dalam kuali yang mengandungi kerepek pisang tadi (ia akan menghasilkan bunyi berdesir dan memercikkan minyak - jauhkan dari kanak-kanak semasa proses memasak)
- Goreng kerepek pisang tadi hingga masak
- Angkat dan sejukkan, baru boleh di simpan dalam balang kedap udara
0 comments:
Post a Comment