Sunday, April 15, 2012

Sinopsis Novel 'Bisikan Rindu - Mimie Afinie'

Hari ni nak buat sinopsis novel Bisikan Rindu karya Mimie Afinie .. dah beli lama dah novel ni .. tahun 2004 .. dah baca berulang kali jugak .. baru ari ni nak buat sinopsisnya .. hehe .. bukan apa .. malam tadi belek-belek rak buku ... tengok sampul novel ni dah terkoyak sikit .. bukak balik sampulnya .. sampulkan dengan sampul yang baru .. bila dah dipegang .. baca la sikit .. lama-lama abis satu novel .. hehe .. so .. disebabkan masih ingat jalan ceritanya .. aku buat lah sinopsisnya sikit kat sini .. jom layan sinopsis novel Bisikan Rindu ni ...

" Ada getar di dalam dada bila kau menyeru namaku "

Sinopsis oleh : aznanie

Bersama Shahrul, hatinya tiada debaran. Namun, pandang pertamanya pada jejaka bernama Ikhwan telah menghuru harakan perasaannya. Renungan Ikhwan yang tajam menusuk ke jantung hatinya. Sahlah dia jatuh cinta pandang pertama.

Nur Dina Iman! Nama dan wajah itu melekat di ingatannya. Ikhwan jadi mamar sendiri. Hatinya ingin memiliki gadis itu. Tidak pernah dia merasakan gelodak hati yang sedemikian. Mentelah ibunya, Hajah Rokiah selalu mendesaknya supaya menamatkan zaman bujangnya memandangkan umurnya yang semakin meningkat itu.

Gelodak perasaan yang semakin hari semakin membara akhirnya terluah jua. Baik Ikhwan mahupun Dina, masing-masing mempunyai perasaan yang serupa. Ikhwan bersyukur cintanya berbalas. Gembira menyulam kasih dengan harapan cinta sampai ke hujungnya.

Namun, dugaan datang tanpa diduga. Kerana salah sangka, segalanya musnah. Dina yang terburu-buru membuat keputusan atau Ikhwan yang terlalu cepat berprasangka. Akhirnya, Dina mengalah. Perginya bukan melarikan diri tapi mencari kedamaian diri.

Bila permasalahan terungkai, Ikhwan menyalahkan dirinya kerana tidak menyiasat dengan lebih terperinci. Kerana tindakannya itu dia kehilangan Dina. Dia menyesal dan berusaha menjernihkan keadaan. Tapi bagi Dina hati yang tersiat bukan mudah dipulihkan dengan kata maaf. Namun, demi cinta yang masih membara di hati hubungan mereka dapat dipulihkan.

Setelah bahagia mulai memekar, dugaan muncul kembali. Ikhwan mengalami kemalangan yang membuatnya lumpuh di kaki. Kerana tertekan dengan keadaan fizikalnya, Ikhwan bertindak memutuskan hubungannya dengan Dina. Terbiarlah Dina menanggung sengsara keseorangan.

Suatu kejadian menimpa, Dina nyaris menjadi mangsa kerakusan nafsu Dr.Johan. Mujur Ikhwan cepat datang membantu. Sejak kejadian itu, hubungan Ikhwan dan Dina pulih semula. Ikhwan juga telah sembuh setelah menjalani rawatan pada kakinya. Mereka disatukan dalam suasana yang cukup meriah. Dan mereka berdoa semoga cinta mereka akan kekal bahagia tanpa ada dugaan yang menimpa. Tamat ... 

Penulis : Mimie Afinie
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5

Mimie Afinie

* Jalan cite yang menarik .. penuh dengan perasaan .. banyak betul dugaan dan cabaran yang menimpa pasangan Dina dan Ikhwan ni ... salah sangkalah .. tekanan perasaanlah ... macam-macam ... tapi biasalah happy ending ... akhirnya bersatu jugak ... layankan jek la .. hehe

1 comments:

Anonymous said...

Sis disebabkan sis dah baca banyak novel mesti sis boleh ingat tajuk2 buku melalui jalan cerita je kan/

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...