Tuesday, April 24, 2012

Sinopsis Novel 'Pasrah Kasih - Mazia Harris'

Cetakan pertama novel Pasrah Kasih ni tahun 2005 ... lama dah duk dalam rak buku aku .. hehe .. bila mood nak membaca datang baru lah di bongkar isi perut rak tu ... biasalah kan ... membaca ni perlukan mood jugak .. masa pun penting jugak .. selalu tak de masa .. sibuk dengan tugasan seharian .. curi-curi jugak masa kalau mood nak membaca tu datang .. hehe .. jadi, jom layan sinopsis novel Pasrah kasih ni ...

" Ku tahu segala angan dan impian adalah baja untuk pohon kasih kita "

Sinopsis oleh : aznanie

Niatnya hanya satu. Ingin mengubah nasib keluarganya. Sebab itu dia berhijrah ke Malaysia. Zuliyanti tidak menduga akan terjebak dalam kemelut yang menuntut pengorbanan besar darinya. Pertemuan dengan Saiful membuatnya lupa siapa dirinya. Layanan Saiful yang memang berniat untuk mengodanya telah menjerumuskannya ke dalam anganan yang tanpa sedar telah menghanyutkanya ke dunia realiti.

Saiful yang sengaja bermain dengan api. Tahu dirinya mempunyai isteri yang setia dan anak-anak yang menuntut perhatiannya namun gelora di hatinya tak bisa dibendung. Tertawan hatinya dengan keletah gadis manis bernama Zuliyanti dan tanpa sedar dirinya hanyut dalam arus nafsu yang sentiasa mengoda. Tersedar perbuatannya sudah tersasar jauh dari landasan agama, Saiful ingin menjadikan hubungannya bersama Zuliyanti halal di sisi agama. Terpaksalah Saiful dan Zuliyanti bermain sorok-sorok dengan isterinya, Karmila.

Zuliyanti yang menyamar sebagai pembantu rumah di rumah Saiful dengan niat untuk mengambil hati dan memahami isi hati Karmila. Saiful kasihan pada Zuliyanti yang terpaksa berkorban deminya namun apakan dayanya. Mahu berterus terang dia takut pada penerimaan Karmila meskipun dia tahu Karmila merupakan isteri yang lemah lembut perwatakannya.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Rahsia yang di simpan Saiful terbongkar jua. Karmila akhirnya mengetahui apa yang sedang berlaku dalam rumahtangganya. Sakit hatinya ditipu Saiful namun apakan dayanya. Mahu tak mahu dia merelakan dirinya bermadu atas rasa sayangnya pada Saiful. Saiful terharu dengan pengorbanan Karmila Dia berjanji akan menjadi suami yang bertanggungjawab kepada kedua isterinya dan ayah yang baik untuk anak-anaknya. Tamat ...

Penulis : Mazia Harris
Terbitan : Alaf 21
Point : 3/5
Mazia Harris

* Novel ni mengisahkan kehidupan seorang gadis dari Indonesia yang mahu mencari perkerjaan di Malaysia ... pastu jumpa dengan seorang lelaki yang dah berkahwin .. pastu jatuh cinta dengan si lelaki .. si lelaki tu ajak dia kawin senyap-senyap tanpa pengetahuan isteri dia ... pastu bawak isteri baru jumpa isteri tua cakap pembantu rumah ... gituuuu intipati novel ni ... tapi serius cakap novel ni mengajak kita berbahasa indonesia bila kebanyakkan dialeknya berbahasa seberang ... hehe .. tak caya .. try la baca novel Pasrah Kasih ni ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...