Wednesday, January 25, 2012

Resepi Mee Sup Sayur

Mee sup sayur ni permintaan dari en.suami .. dia tak selera nak makan nasi semalam .. dia mintak buatkan mee sup sayur ... sebenarnya tak pernah buat .. biasanya buat sup sayur makan ngan nasi jek .. ari ni wat kelainan .. masak sup sayur tapi masukkan mee kuning dalam sup tu .. en.suami tak suka banyak sangat sayur dalam sup tu .. just letak sayur sawi ngan fish ball sikit sudah ... senang nak buatnya ... jom layan resepi mee sup sayur ni ...

Mee Sup Sayur
Bahan-bahan :
Mee kuning - dibersihkan (buang kapur dalam mee tu)
Bawang merah - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Fish ball - dibelah dua
Sayur sawi - di potong-potong
Kiub pati ayam
Telur
Garam dan ajinomoto - secukup rasa

Cara membuatnya :
Tumiskan bahan tumbuk dengan sedikit minyak
Bila dah garing, masukkan air
Tunggu air menggelegak, baru masukkan batang sawi
Masukkan sekali kiub pati ayam dan fish ball
Masukkan garam dan ajinomoto
Kacau dan masukkan telur
Biarkan seketika
Masukkan mee kuning
Kacau-kacaukan ia
Bila mee kuning nampak kembang sedikit masukkan daun sawi
Biarkan seketika, jangan lama-lama nanti layu pulak daun sawi tu
Angkat dan hidangkan
Dah siap .. mudah kan ...

3 comments:

Anonymous said...

Knp kuah nmpk cair????

tentang aku said...

salam ...
sepatutnya letak bancuhan tepung jagung untuk bagi pekat kuah tapi disebabkan incik suami tak suka pekat2 kuahnya .. jadi saya tak letak bancuhan tepung jagung tu .. dia nak rasa kuah sayur tu original .. jadi .. sekiranya suka kuah pekat2 letaklah bancuhan tepung jagung yer

gerhana luka said...

salam kenal,simple je resepi ni senang nak buat rupanya, selalu saya buat sup tulang makan ngan mee kuning

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...