Monday, January 09, 2012

Resepi Sambal Hiris Telur Dan Ikan Bilis

Lauk hari ni .. memandangkan cuaca hujan sepanjang pagi tadi .. nak ke gerai ikan macam tak de mood jek .. mood nak berselubung dalam gebar jek .. pulak tu anak aku, Aisy tidur lagi .. apalagi join la .. haha .. tapi tak de la sampai tak masak .. karang si Ayen balik dari sekolah tak de la pulak makanan .. mengamuk dia nanti .. dah la penat balik sekolah .. tak de makanan pulak .. hehe .. dalam peti memang dah tak de lauk ... jadi, tengok kat rak bawang .. ada telur ngan ikan bilis .. teringat mak masak lauk ni masa aku kecik-kecik dulu ... so, aku kongsikan kat sini cara-cara nak wat sambal hiris telur dan ikan bilis ni ... semoga dapat di kongsi dan dimanfaatkan ilmunya ya ...

Sambal Hiris Telur Dan Ikan Bilis
Bahan-bahan :
Telur - dibuat telur dadar dan dihiris
Ikan bilis - di bersihkan dan digoreng garing
Bawang merah - dihiris
Bawang putih - diketuk
Lada cili padi - dihiris
Garam dan Ajinomoto secukup rasa

Cara membuat :
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan lada cili padi yang telah dihiris tadi
Tumis sehingga garing semua bahan
Masukkan telur dadar yang telah dihiris dan ikan bilis yang telah digoreng
Kacau rata
Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa
Kacau lagi
Angkat dan hidangkan

2 comments:

intan morsalin said...

sekali sekala mkn lauk simple cenggini mmg best...lawan ngan nasi panas..tuang kicap sket...perghhhh...menambah-nambah ler

aznanie said...

salam intan morsalin ..
akak setuju dengan intan .. hehe .. tadi pun anak akak makan betambah-tambah .. kalau lauk lain tak denya nak betambah cam gini kannn ...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...