Tuesday, November 08, 2011

Udang Rebus Berserai Dan Ikan Sebelah Goreng

Ini lauk makan tengahari hari ni ... menghabiskan stok udang dalam peti ais ... hehe ... ari ni kerja pagi jadi tak de masa nak masak yang susah-susah ... just rebus udang dan goreng ikan jek ... makan dengan sambal air asam ... tu jek ... buleh la .. sedap jugak .. haha ...
Udang Rebus Berserai
Bahan-bahan :
Udang - dibersihkan dan dibuang hujung kepalanya
Bawang merah - dihiris
Serai - diketuk
Garam, ajinomoto - secukup rasa

Cara membuatnya :
Rebus udang hingga menggelegak
Buang airnya
Masukkan air yang baru dan rebus semula
Masukkan bawang hiris, serai, garam dan ajinomoto
Kacau sehingga semua bahan sebati
Biarkan mereneh seketika
Tutup api dan hidangkan

Ikan Sebelah Goreng
Bahan-bahan :
Ikan sebelah - disiang dan dibersihkan
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya :
Lumurkan ikan sebelah dengan serbuk kunyit dan garam sehingga sebati
Panaskan minyak dalam kuali
Apabila minyak telah panas, masukkan ikan
Balik-balikkan ikan supaya masak rata dikedua-dua belah ikan
Bila ikan dah garing di kedua-dua belah, angkat dan hidangkan

Klik sini untuk resepi sambal air asam

2 comments:

afdhalila nur said...

kenapa buang air udang tu? bukan rasa udang tu manis n sedap ke ?

aznanie said...

salam afdhalila nur ...
memang ada orang tak buang air udang .. terua jek masukkan bahan .. mak akak pun masak cam tu .. tapi akak tak leh la air rebusan udang yang memula tu .. bau udang tu cam hanyir sangat .. kalau dibuang air yang memula tu .. kurang sikit bau udangnya .. tu cara akak masak .. lain orng lain caranya .. kannnn

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...