Wednesday, November 09, 2011

Masak Lemak Pucuk Paku, Sambal Belacan Dan Ikan Pari Bakar

Lauk untuk tengahari ni ... sebenarnya tak rancang pun nak masak lauk pauk ni ... rancang dari umah nak beli ikan cencaru .. nak bakar ikan cencaru .. pastu wat air asam .. makan ngan ulam timun jek ... tapi kat gerai ikan depan umah aku ni tak de pulak ikan cencaru ... ari ni turn ikan beso-beso ... ikan kecik-kecik tak de stok ... huhu .. nampak ikan pari .. macam segar lagi .. daging masih pejal ... boleh lah .. ikan pari pun ikan pari lah .. haha .. gi gerai sayur pulak ... nampak pucuk paku .. wah .. favorite tu pucuk paku ... apa lagi .. sambar le seikat .. leh masak lemak pucuk paku ari ni ... maka, jadilah lauk masak lemak pucuk paku, sambal belacan dan ikan pari bako ... sedaappp .. bertambah-tambah anak-anak makan ...
Masak Lemak Pucuk Paku
Bahan-bahan :
Pucuk paku - disiang dan dibersihkan
Bawang merah - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Sedikit ikan bilis - disiang dan ditumbuk
Garam, ajinomoto secukup rasa
Santan - dari 1 biji kelapa
Sedikit serbuk kunyit

Cara membuatnya :
Masukkan sedikit air ke dalam periuk
Masukkan jugak sayur pucuk paku dan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk itu
Biarkan mereneh seketika
Masukkan santan dan dikacau
Masukkan serbuk kunyit, garam dan ajinomoto
Biarkan menggelegak seketika
Tutup api dan hidangkan

Sambal Belacan
Bahan-bahan :
Belacan - dibakar
Cili padi
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Buah tomato

Cara membuatnya :
Tumbuk belacan, cili padi, gula,garam dan ajinomoto hingga lumat
Setelah semua bahan hancur lumat, masukkan buah tomato yang dihiris
Lenyekkan buah tomato menggunakan anak lesung
Keluarkan sambal belacan dari lesung dan hidangkan

Ikan Pari Bakar
Bahan-bahan :
Ikan Pari - dibuang perut dan dibersihkan
Asam jawa
Garam
Daun pisang

Cara membuatnya :
Ikan pari yang telah dibersihkan, dilumur dengan asam jawa dan garam
Panaskan kuali leper
Letakkan daun pisang di atas kuali leper
Letak ikan pari di atas daun pisang
Biarkan ikan masak sambil dibalik-balikkan
Setelah kedua-dua belah ikan nampak keputihan, angkat dan hidangkan

2 comments:

miss chillax said...

u hv been tagged
http://misschillax.blogspot.com/2011/11/tralalalalaoh-oh-anda-di-tagged-1.html

aznanie said...

thanks sudi tagged ..
thanks sudi singgah blog akak

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...