Malam tadi tengok cite ni ngan Ayen .. Aisy tak de .. balik umah atuk dia .. tidur sana .. haha .. Ayen jelos sebab dia tak dapat tidur umah atuk dia sebab dia kena gi sekolah .. haha .. best jugak episod malam tadi ... Fauziah Gous yang jadi hantunya .. hantu cantik .. hehe .. jom layan sinopsis cite Terowong episod Cantik yang digarap oleh aku ..
Sinopsis oleh : aznanie
Kehadiran Nani tidak disedari rakan-rakan sepejabatnya. Memandangkan dia mempunyai wajah yang tidak cantik. Nani berjumpa dengan Tok Moh untuk memakai susuk supaya wajahnya nampak cantik. Tok Moh bersetuju dengan syarat Nani mesti mematuhi syarat dan pantang larang memakaian susuk ini. Dan Tok Moh meletakkan penjaga atau pendamping untuk menjaga Nani. Tetapi Nani mesti memberi pendamping itu darah apabila tiba bulan mengambang. Nani bersetuju.
Kecantikkan Nani mulai di sedari oleh teman-temannya yang lain. Kalau sebelum ini mereka hanya melihat Shida tetapi kini mereka sudah berpaling pada Nani. Membuatkan Shida menaruh perasaan marah pada Nani.
Yusri, seorang CEO syarikat tempat Nani bekerja mulai menaruh perasaan padanya. Tetapi Nani marah kerana Yusri memanggilnya hantu. Sebenarnya Yusri telah bermimpi yang mengeramkan dan rupa hantu dalam mimpinya itu serupa seperti Nani.
Shida bertanya samada Nani memakai susuk atau tidak. Nani menafikannya. Terjadi pergaduhan antara Shida dan Nani. Shida memberitahu Yusri yang Nani memakai susuk untuk kelihatan cantik dan ada pendamping tetapi Yusri tidak mempercayainya. Dia menuduh Shida cemburu kepada Nani kerana Yusri sukakan Nani. Shida bertekad untuk membuktikan kebenarannya kepada Yusri.
Shida mengajak seorang kawanya berjumpa Tok Moh. Dia bertanyakan tentang Nani. Tetapi Tok Moh memberitahu perempuan dalam gambar yang ditunjukkan itu sudah mati kerana kemalangan. Shida naik berang dan mahu pergi dari rumah itu. Sebelum Shida keluar, Tok Moh sempat berpesan, sekiranya memakai susuk jangan sekali-sekali makan daging yang dicucuk dengan lidi. Shida terdiam dan mendapat idea untuk mengenakan Nani.
Nani yang tidak berpuas hati dengan Shida terus berjumpa dengan Tok Moh. Dia mahu kecantikkannya bertambah sehingga semua orang hanya melihat dirinya sahaja. Tok Moh memberitahunya susuk tidak boleh dipakai terlalu banyak kerana akan mengakibatkan racun dalam badan. Nani tidak peduli kata-kata Tok Moh. Dia sanggup menanggung risikonya.
Setelah pulang dari berjumpa Tok Moh, Nani terkena keracunan makanan. Dia muntah-muntah dan tak selera makan. Shida berpura-pura baik dengannya. Dia membelikan Nani bubur yang dicampur dengan daging sate. Shida menyuruh Nani makan. Pada mulanya, Nani keberatan untuk makan tetapi setelah dipujuk oleh Shida, Nani pun makan. Tiba-tiba dia meraung kesakitan. Kulitnya bertukar menjadi kemerahan dan berkedut-kedut. Shida memanggil Yusri dan kawan lelakinya. Shida puas hati dapat membongkar rahsia Nani.
Nani yang tidak tahan di malukan oleh Shida terus keluar melarikan diri ke terowong hujung kampung. Yusri mengejarnya dan tanpa disengajakan Yusri telah terlanggar Nani. Nani terjatuh dan berlumuran darah. Nani mati di situ. Yusri yang menggelabah terus meninggalkan tempat itu tanpa memperdulikan Nani.
Yusri pergi ke rumah Nani. Dia meminta Nani menerimanya sebagai teman hidupnya. Nani berjanji akan menemaninya selama-lamanya tetapi dengan syarat. Yusri harus mengikutnya ke satu tempat. Yusri bersetuju.
Nani membawa Yusri ke terowong dan meminta Yusri memberi darahnya sebagai syarat untuk menjadi temannya. Pada mulanya Yusri keberatan tetapi akhirnya membenarkan darahnya diambil Nani. Tiba-tiba keluar dari tangan Yusri dan Yusri jatuh lalu mati. Roh Yusri keluar dari jasadnya dan melihat jasadnya terbaring berlumuran darah. Nani memberitahunya yang dia hanya mahu membalas dendam kerana Yusri telah membunuhnya dulu. Yusri yang tidak tahu kejadian itu terus meraung. Tamat ...
0 comments:
Post a Comment