Friday, November 18, 2016

Keladi Goreng Cicah Sambal Kicap

Malam semalam punya cerita ... gorengkan keladi buat kunyah-kunyah malam ... mood makan nasi dah hilang ... hahaha ... gigih la mama dia ni mengopek keladi ... tak banyak mana pun 2 biji je .. keladi panjang ... habis licin dikerjakan en.suami dan anak-anak ... perhhh hantu keladi rupanya .. hahaha

Keladi Goreng Cicah Sambal Kicap

 Keladi Goreng
Bahan-bahan:
2 biji keladi - kupas kulitnya dan hiris sederhana tebal
2 ulas bawang putih -tumbuk
1/2 kilo tepung gandum
1 sudu kecil serbuk kunyit / pewarna kuning
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:
  • Satukan semua bahan dalam mangkuk kecuali keladi
  • Gaul sebati
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bancuhan menjadi seperti bancuhan lempeng 
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Celupkan keladi ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng dalam minyak yang telah panas
  • Ulang sehingga keladi habis
Sambal Kicap
Bahan-bahan:
5 biji lada cili padi
1 ulas bawang putih
5 sudu besar kicap lemak manis (saya guna jenama Jalen)
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit air

Cara membuatnya:
  • Tumbuk lada cili api bersama bawang putih
  • Masukkan jugak garam, gula dan serbuk perasa
  • Tumbuk hingga lumat semua bahan
  • Keluarkan ke dalam mangkuk
  • Masukkan kicap dan gaul rata
  • Tuangkan sedikit air masak ke dalamnya
  • Siap 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...