Friday, November 04, 2016

Mee Goreng

Mee goreng ni untuk makan tengahari ari ni ... jemu ahh makan nasi jek ari-ari .. sesekali tuko mood sikit .. ari cuti pulak tu .. anak-anak pun suka .. apalagi campak-campak bahan dalam kuali .. taraaa siap mee goreng ringkas mama .. hehe

Mee Goreng

Bahan-bahan:
1/2 kilo mee kuning - basuh dan toskan
3 hiris isi ayam - potong dadu
1 pokok sayur sawi - potong sederhana
1 genggam taughe - buang ekor
1 biji bawang besar - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
5 sudu besar lada blend
3 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil sos tomato
3 biji telur ayam 
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:
  • Tumis bahan tumbuk hingga garing kekuningan
  • Masukkan lada blend
  • Kacau dan biarkan lada garing
  • Masukkan isi ayam dan semua sos  dan kicap manis
  • Kacau rata dan biarkan seketika
  • Masukkan telur dan kacau sebati
  • Masukkan batang sawi dan gaul
  • Masukkan mee dan kacau sebati
  • Masukkan taughe dan daun sawi
  • Kacau lagi
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  • Angkat dan hidangkan
  • Taburkan daun sup dan bawang goreng serta hirisan timun dan limau kasturi 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...