Cerekarama malam tadi ... kisah sedih ... kisah suka duka rumah tangga ... kisah seorang suami yang terpaksa menurut apajua kehendak isterinya ... kisah seorang wanita yang menghidap penyakit kanser .... berjuang melawan sakit dengan cara tersendiri ... haaa itu intro jek ... jom layan sinopsis cerekarama Sarah & Hajar ni ...
Sinopsis oleh : aznanie
Sarah adalah seorang doktor. Suaminya Ib, seorang penulis skrip. Sarah seorang yang mahu orang lain mendengar kata-katanya. Apa saja keputusannya harus dipatuhi. Apa saja katanya adalah keputusan muktamad. Kerana tidak mahu bergaduh, Ib ikutkan sahaja rentak Sarah. Dek kerana sikapnya itu, satu persatu rakan-rakannya menjauhkan diri darinya. Yang masih setia hanyalah Malia dan Jeff.
Hajar di sahkan menghidap penyakit kanser saraf tahap kritikal. Akibat sakitnya itu, dia menjual butik pengantin yang diusahakan selama ini. Hajar berfikiran positif. Dia tetap ceria walaupun tahu penyakit yang dihidapinya itu bakal meragut kehidupannya.
Sarah bertemu Hajar di hospital. Sarah tertarik dengan sikap Hajar yang ceria dan peramah miskipun tahu keadaan dirinya yang menghidap penyakit kronik. Sarah merasa simpati dan ingin menunaikan impian terakhir Hajar. Hajar menulis di dalam diarinya apa yang dihajatinya.
Hajat Hajar yang pertama adalah ingin menikmati makanan itali. Sarah sanggup memasakkan Hajar makanan itali itu. Bukan itu sahaja, Sarah jugak membawa anak burung kerana Hajar mahu bermain dengan anak burung.
Hajat Hajar yang ketiga merumitkan Sarah namun kata-kata Ib memberi idea padanya. Dia meminta Ib berlakon dan berpura-pura melafazkan kata cinta pada Hajar. Ib yang pada mulanya keberatan tetapi akhir bersetuju dengan permintaan Sarah.
Apabila terpandang Hajar, Ib terkejut. Rupanya Hajar adalah kekasih pertama Ib. Ib ingin membantu Hajar dan Sarah menyarankan supaya Ib mengahwini Hajar. Dan bersatulah Ib dan Hajar di kamar hospital itu dengan restu Sarah.
8 bulan kemudian ...
Hajar sudah dibenarkan pulang. Sarah dan Ib membawanya pulang ke rumah mereka. Sewaktu Ib membawa Hajar ke biliknya Sarah sudah merasakan kelainan dalam dirinya. Pada malam itu, sewaktu Ib masuk ke biliknya untuk tidur, Sarah menyuruhnya menemani Hajar. Ib terkejut dengan permintaan Sarah itu namun dia menurut sahaja. Setelah Ib keluar, Sarah berasa keseorangan dan sedih. Dia sebenarnya tidak mahu berkongsi kasih suaminya tetapi dia terpaksa menerima keadaan itu kerana semua itu terjadi kerana cadangan dan rancangannya.
Ib dan Hajar menghabiskan sepanjang malam dengan bercerita tentang diri masing-masing setelah mereka berpisah. Ib menyatakan kesyukurannya kerana dipertemukan kembali dengan Hajar. Dan bersyukur yang Hajar telah menjadi isterinya. Hajar sangat berterima kasih dengan Sarah dan berjanji akan sentiasa menjaga hati Sarah dan perhubungan mereka bertiga.
Kesihatan Hajar semakin pulih. Sel-sel kansernya sudah mulai hilang dari badannya. Sarah terkejut dengan perkembangan itu. Bagai tidak percaya. Kegembiraan jelas terpancar di wajah Ib dan Hajar sehingga terlupa Sarah memerhatikan mereka.
Malia dan Jef lebih menyenangi Hajar. Mereka boleh bergelak ketawa bersama kerana mereka semua sekepala. Ib juga sudah berubah menjadi seorang yang periang berbanding dulu yang selalu murung dan tertekan. Sarah memerhatikan kemesraan Hajar bersama Ib. Jugak kemesraan kawan-kawannya bersama Hajar. Hatinya digamit cemburu tetapi dia tidak mengakui apabila Malia menanyakan hal itu. Dia tidak mengakui kerana sikapnya yang selalu mahu menang itu dan tidak sedar sikapnya itu memakan dirinya sendiri.
Ib merancang membuka syarikat penerbitan sendiri. Rancangannya itu disokong oleh Hajar dan sanggup mengeluarkan wang simpanannya untuk dijadikan modal. Sarah mengamuk apabila mengetahui rancangan itu. Dia merasakan yang Ib telah membelakanginya. Sarah tidak berpuas hati dengan keadaan itu.
Hajar mulai syak yang Sarah tersinggung dengan dirinya. Tetapi Sarah menafikannya apabila Hajar bertanya tentang perkara itu. Sarah hanya memberitahu yang ada perkara yang tidak harus dibincangkan bertiga dan harus ada rahsia antara suami dan isteri tanpa melibatkan orang ketiga.
Suatu hari, Malia dan Jef mengajak Ib dan Hajar melakukan jungle tracking. Sarah yang tidak tahu akan rancangan mereka itu terkejut dan tersingung apabila Ib langsung tidak mengajaknya memandangkan Sarah tidak mengemari aktiviti lasak. Mereka pergi dengan perasaan gembira dan Hajar menceritakan perihal penyakit kanser. Mereka semua kagum dengan pengetahuan yang dimiliki Hajar.
Tanpa mereka sedari, Sarah mengekori mereka dari belakang. Walaupun tidak menyukai keadaan hutan yang penuh dengan nyamuk itu Sarah tetap mengekori mereka. Sehingga dia terpandang seekor ular dan menjerit kegelian. Dia berlari menuju ke arah suaminya. Mereka semua terkejut dengan kedatangan Sarah. Tiba-tiba Hajar berasa sakit kepala dan hampir terjatuh. Mujur Ib sempat menyambutnya. Sarah hanya memandang keadaan itu dengan perasaan cemburu.
Ib dan Hajar pulang dengan perasaan gembira. Sarah meluat dengan kegembiraan itu dan bertanya dengan perasaan tidak puas hati. Ib memberitahu yang Hajar sudah mengandung. Sarah terkejut dan memarahi Ib kerana tidak mahu berbincang dengan dirinya tentang perkara itu.
Terjadi pertengkaran antara mereka. Sarah yang sudah tidak tahan menanggung perasaan menghemburkan semua. Dia mahu Ib melepaskan dirinya memandangkan Ib sudah bahagia dengan Hajar dan bakal ada anak selepas ini. Dia menyatakan apa yang berlaku adalah salahnya dan dia mahu Ib menceraikan dirinya. Ib tidak mahu dan Sarah bertindak keluar dari rumah itu.
Ib mengekori Sarah dan masuk ke dalam kereta Sarah walaupun Sarah menegahnya. Ib tidak mahu menceraikan Sarah kerana dia mencintai Sarah sama seperti dia mencintai Hajar. Sarah tidak mahu mendengar kata Ib dan terus memecut keretanya dan tiba-tiba sebuah kenderaan merempuh keretanya.
Akibat dari kejadian itu Ib meninggal dunia. Sarah hanya cedera. Sarah meletakkan semua kesalahan di bahunya. Dia sedih kerana Ib sudah tidak ada lagi di sisinya. Hajar menenangkan Sarah dan berjanji akan menjaga Sarah dan mahu Sarah berjanji bersama-sama menjaga zuriat Ib. Sarah menangis mendengar kata-kata Hajar itu. Dia tahu semua itu terjadi kerana sikapnya yang pentingkan diri sendiri itu. Tamat ...
Para pelakon :
Umie Aida sebagai Sarah
Amyza Aznan sebagai Hajar
Azhan Rani sebagai Ib
* Ending sedih ... pengajaran untuk Sarah ... akhirnya dia kehilangan suami ... dan Hajar juga kehilangan suami ... sedih ... tapi sedih jugak tengok Sarah ... sapa tak sedih tengok suami bahagia dengan perempuan lain depan mata ... kalau tak nampak tu lain ler .. huhu .... tahu dengan nampak depan mata tu berbeza ok ... hehe ... dalam cite ni siapa heroin sebenarnya .... adakah cite ni nak highlight kisah Hajar yang menghidap penyakit kronik atau kisah Sarah yang dominan ... apapun Ib jugak yang untung .. dapat dua isteri ... sorang membuat dia murung dan sorang buat dia ceria ... dua-dua dia sayang ... tapi tak lama ... akhirnya Ib pergi tinggalkan kedua-duanya ... sedihhh ... layan ...
0 comments:
Post a Comment