Tuesday, September 11, 2012

Miss Octopus - Episod Akhir

Malam tadi tengok cite Miss Octopus kat tv3 ... memula rasa pelik sebab ditayangkan malam isnin ... kebiasaannya kan malam ahad  ... rupanya final episod ni memang sengaja di tayangkan ari isnin untuk 2 episod sekali ... oooo itu macam kaaa ... haha ... dapat ler tengok ending cite nih .. padahal tak follow sangat ... ada gak episod yang tertinggal-tinggal ... hehe ... so ... jom layan sinopsis Miss Octopus episod akhir ni ....



Sinopsis oleh : aznanie

Senin bertemu dengan Hakim. Senin memberitahu Hakim tentang perasaan Asmira terhadapnya. Hakim yang kebingungan akhirnya memahami hakikat sebenar. Dia mulai yakin yang Asmira jugak mencintainya. Hakim mulai mencari jalan untuk mendekati Asmira semula tetapi Asmira jual mahal. Hakim meminta pertolongan Khaty.

Suzie mengetahui tentang persengketaan di antara Asmira dengan Oktober. Dia mengambil kesempatan di atas kejadian itu. Dia sengaja mengarahkan orang suruhannya meletakkan cinta yang kononya di tulis oleh Asmira yang ditujukan khas untuk Dr.Shah Reza. Oktober yang terjumpa surat itu mulai berang.

Hakim menemui Asmira di fakultinya. Asmira memberi alasan yang dia ada kelas dan tidak dapat berjumpa dengan Hakim. Tetapi Hakim sanggup menunggu sehingga Asmira habis kelas. Sewaktu duduk menunggu, Hakim terlihat Suzie bersama kawan-kawannya. Hakim nampak Suzie menaip sesuatu pada hp seorang budak suruhannya yang sekelas dengan Asmira. Sewaktu mendekati Hakim, Suzie memberitahunya yang sekejap lagi bakal ada drama akan berlaku. Hakim tidak kuasa melawan kerenah Suzie itu.

Oktober sakit hati dan bengang dengan Asmira. Penemuan surat cinta itu semakin membuatkan dirinya tergugat. Kerana terlalu mengikut kata hati yang sedang marah, Oktober telah membaca surat cinta Asmira itu di hadapan kelas. Asmira berasa sangat malu pada kawan-kawannya. Tindakan Oktober itu di rasakan sudah melampaui batas. Walaupun surat itu bukan di tulis olehnya, namun perasaan malu itu tetap ada. Dia bersumpah akan memalukan Oktober pulak.

Dr.Shah Reza pergi ke rumah Asmira. Bermacam-macam kata tuduhan yang dilemparkan terhadap Asmira. Dia juga menyatakan yang Asmira bukanlah taste nya. Budak kecik yang masih mentah. Asmira bengang mendengar tuduhan itu.

Asmira ke pejabat Oktober. Dia mahu mencari sesuatu yang buleh memalukan Oktober. Kebetulan tiada sesiapa dia situ. Sedang dia tercari-cari sesuatu tiba-tiba dia ternampak diari berwarna pink. Diari itu diberi oleh Dr.Iman iaitu doktor kaunseling Oktober. Dr.Iman menyuruh Oktober mencurahkan rasa hatinya pada diari itu. Asmira membaca dengan penuh minat. Dia membawa keluar diari itu dan membuat 50 helai salinan diari itu. Khaty dan Senin tidak bersetuju dengan tindakan Asmira itu. Mereka mahukan Asmira membatalkan niatnya itu kerana ia satu kesalahan menyebarkan diari seseorang tetapi Asmira berkeras untuk menyebarkan jugak demi menebus malunya.

Oktober bertemu dengan Dr.Iman. Dia menceritakan kejadian yang berlaku di kelasnya. Dia mulai menyesali tindakannya membaca surat Asmira di hadapan semua pelajarnya. Dia menyesal membuat Asmira malu. Dr.Iman menasihati Oktober supaya meminta maaf kepada Asmira.

Asmira mengedarkan salinan diari Oktober dengan perasaan gembira. Dia tidak sabar untuk melihat reaksi Oktober apabila mendapat tahu rahsianya sudah tersebar di satu Universiti itu. Oktober bertemu dengan Asmira. Dia meminta Asmira memaafkan dirinya dan sekaligus membuatkan Asmira serba salah. Asmira mulai menyedari kesilapan dirinya. Tetapi apakan daya, salinan itu telah pun habis disebarkan. Senin dan Khaty memberi idea untuk mencari semula salinan diari itu. Walaupun nampak seperti mustahil, mereka lakukan jugak. Mereka dibantu oleh Hakim yang sedia membantu demi cintanya pada Asmira. Asmira terharu dengan pengakuan Hakim itu. Sedang mereka tercari-cari salinan kedua terakhir tiba-tiba nama Asmira di panggil ke pejabat Dekan. Asmira mulai menggelabah. Hakim menenangkan Asmira dan dengan perasaan takut Asmira pergi jugak ke pejabat Dekan.


Di situ, Prof Hamdan, Oktober dan Dr.Shah Reza telah sedia menunggunya. Dr. Shah Reza mulai berang dengan perlakuan Asmira itu. Terjadi perang mulut antara Dr. Shah Reza dengan Asmira yang memang tidak tahan telinga apabila di kutuk begitu. Oktober memandang Asmira dengan kagum melihat kepetahan Asmira menjawab setiap tuduhan dari Dr.Shah Reza. Bila tiba turn Oktober pulak yang di hentam oleh Dr. Shah Reza, perang mulut jadi lebih kecoh. Dan apabila Dr.Shah Reza memanggil Oktober dengan panggilan Andalusia, sebijik penumbuk hinggap di hidung Dr. Shah Reza sehingga berdarah hidungnya. Asmira yang tidak percaya yang Dr.Shah Reza sanggup berkata begitu terhadap Oktober dan bersetuju dengan tindakan Oktober menumbuk Dr. Shah Reza itu.

Sejak itu Oktober mulai berbaik-baik dengan Asmira. Walaupun Asmira telah melakukan sesuatu yang memalukan dirinya dia masih buleh memaafkan Asmira. Oktober mahu bertemu dengan Dr.Iman tetapi tempat Dr.Iman telah digantikan dengan Dr. Nurain. Mahu tidak mahu Oktober terpaksa menceritakan masalahnya kepada Dr. Nurain. Dan sewaktu perjalanan pulang, Oktober kemalangan. Kakinya patah dan terpaksa duduk di rumah saja. Dia memberitahu Prof.Hamdan yang dia mahu berhenti kerja kerana malu dengan pelajarnya yang telah membaca diari peribadinya itu. Prof.Hamdan tidak berdaya untuk memujuk Oktober.

Di rumahnya, Oktober mulai menilai perasaannya. Dia mulai sedar yang dia sudah jatuh cinta pada Dr.Iman. Tetapi dia terlewat menyedarinya. Setelah Dr.Iman meninggalkannya baru dia tersedar akan perasaannya. Dia mulai menyesali nasibnya. Ibunya kasihan terhadap Oktober. Ibunya bertemu dengan Prof.Hamdan untuk meminta bantuan mencari Dr.Iman.

Oktober berang apabila mengetahu yang ibunya menerima pinangan bagi pihaknya. Dia memberontak yang dia hanya mahukan Dr.Iman bukan lelaki lain. Dan tidak di sangka Dr.Iman berdiri di belakangnya. Bila Dr.Iman menyatakan perasaannya, Oktober terus rebah. Rupanya Oktober terlalu gembira hingga tidak dapat mengawal dirinya. Akhirnya, Oktober pun disatukan bersama Dr.Iman.Masing-masing bahagia dengan pasangan masing-masing. Asmira bersama Hakim, Khaty bersama Senin dan ibu Oktober bersama Prof.Hamdan. Tamat ...

Para pelakon :
Rozita Che Wan sebagai Oktober
Nadia Daly sebagai Asmira
Fahrin Ahmad sebagai Shah Reza
Ucop Wilca sebagai Prof.Hamdan

* Best gile cite nih .. tersangat best sebenarnya .. hehe ... enjoy jek .. sebab cite ni santai ... anak-anak pun suka tengok ... malam tadi sebenarnya nak buat kek batik tempahan pelanggan tapi disebabkan cite Miss Octopus ni ... haaaaa ... subuh-subuh aku baru wat kek-kek itu ... hahaha ... sabo jek la ... suka ngan ending dia ... akhirnya Oktober kahwin ngan Dr.Iman ... dah agak dah ... hehe ... suke jugak Khaty ngan Senin ... cam sepadan ... hahaha ... padan muka Shah Reza tu kena tumbuk ngan Oktober ... perasan hensem sangat .. tapi memang hensem pun .. hehe .. kerana kehenseman Shah Reza tu lah yang menjadi punca segala masalah ... itu kata Oktober ... hahaha ... lawak kannnnn ... layannnnn 

2 comments:

Anum Shukri said...

jarang tengok citer ni...

tentang aku said...

salam anum shukri ...

akak pun jarang tengok cite ni .. kadang2 ada yg tertinggal episodnya sebab tu buat episod akhir jek .. hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...