Sunday, June 10, 2012

Cerekarama 'Cinta Bola'

Biasalah malam minggu tengok cerekarama .. malam tadi balik kenduri doa selamat rumah biras ku, Lela .. masih awal .. baru kul 9 lebih dah balik ... sempat la follow cerekarama malam tadi yang bertajuk Cinta Bola ... maklum le .. tengah musim bola ni ... semuanya bola .. naik lemas aku sebab aku bukan hantu bola .. tapi layan sesikit bola tempatan adalah juga ... hehe ... cerekarama malam tadi mengisahkan tentang pemain bola jatuh cinta dengan seorang perempuan yang tak suka pada pemain bola .. bersusah payah dia nak pikat that girl .. akhirnya that girl cakap dia tak suka pemain bola sepak ... mamat tu sanggup tinggalkan bola sepak demi that girl .. tapi sebenarnya tak pun .. dia main gak bola sembunyi-sembunyi ... haha ... jadi, jom layan sinopsis cerekarama Cinta Bola ni ...



Sinopsis oleh : aznanie

Izwan pemain bola sepak yang cemerlang di kolejnya. Hatinya terpaut pada Wahida yang sopan dan lemah lembut. Tetapi huluran kasihnya tidak mendapat sambutan dari Wahida. Izwan tidak putus asa mencuba. Cuba dan cuba sehingga suatu hari dia seakan nak give up. Dia ingin tahu kenapa Wahida tidak mahu berkawan dengannya. Bila Wahida memberitahunya yang dia tidak suka pada pemain bola sepak. Izwan berfikir panjang. Bola sepak adalah sukan kegemarannya. Jiwanya sudah sebati dengan bola sepak.

Akhirnya, demi Wahida dia sanggup meninggalkan dunia bola sepaknya. Setelah mengetahui yang Izwan tidak lagi bermain bola sepak, Wahida bersetuju berkawan dengan Izwan. Mereka menjadi pasangan kekasih yang romantik. Perhubungan mereka di cemburui Wani yang memang menaruh hati pada Izwan. Sakit hatinya melihat kemesraan pasangan itu. Dia mulai mengatur rancangan untuk memisahkan mereka berdua.

Husni memujuk Izwan bermain semula. Dia tahu jiwa Izwan tidak boleh dipisahkan dengan bola sepak. Dia memberi cadangan supaya Izwan tidak memberitahu Wahida tentang itu. Main sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan Wahida. Akhirnya, Izwan termakan dengan pujukan Husni.

Rancangan Wani dimulakan dengan berpura-pura baik dengan Wahida. Wahida yang lurus tidak mengetahui niat jahat Wani itu. Setelah Wahida mulai mempercayainya, Wani mulai menghasut Izwan pula. Di beritahu yang Wahida bukanlah gadis baik. Semasa kereta Wahida rosak di malam hari, Wahida menelifon Wani meminta bantuannya, Wani menghantar seorang mekanik lelaki untuk menolongnya. Di waktu itu, Wani dan Izwan berada di belakang Wahida. Izwan melihat Wahida menaiki kereta lelaki itu. Wani menghasut Izwan yang lelaki itu adalah teman lelaki Wahida. Tak cukup dengan itu, perjumpaan Wahida bersama Razif, iaitu bakal bapa tirinya juga di ambil kesempatan oleh Wani. Sengaja dia mengupah seorang lelaki menelifon ibu Wahida, Asyikin supaya wanita itu meninggalkan mereka berdua sahaja di situ. Wani mengajak Izwan ke hotel itu dan memberitahu lelaki itu adalah teman lelaki Wahida juga. Izwan rasa kecewa dan bertindak memutuskan hubunganya dengan Wahida. Wahida yang tidak tahu punca perubahan Izwan telah mengekori Izwan dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat Izwan masih bermain bola sepak lagi. Dia kecewa dan geram. Dia merasakan Izwan mempermain-mainkan dia.

Yuni tidak puas hati dengan perlakuan Izwan. Dia terlihat Izwan berbual mesra dengan Wani. Dan hubungan Wani dengan Wahida juga sudah tidak serapat dulu. Yuni mengajak Wahida bersemuka dengan Wani dan meminta penjelasan di atas kejadian yang berlaku. Wani bersikap selamba sahaja. Bagai tidak bersalah langsung. Yuni geram dengan sikap Wani itu.

Yuni bersemuka dengan Izwan. Dia bertanya apa yang Wani dah momokkan Izwan sehingga Izwan begitu mempercayai kata-kata Wani. Yuni membawa Izwan bertemu dengan lelaki yang dikatakan Wani teman lelaki Wahida. Dan alangkah terkejutnya Izwan apabila mengetahui yang lelaki itu adalah bakal ayah tiri Wahida. Dia berjumpa dengan Wahida dan meminta maaf. Wahida yang pada mulanya tidak mahu memaafkan Izwan, berlembut hati akhirnya. Dia juga mengakui yang dia amat merindui lelaki itu. Dia tidak mahu Izwan menjadi pemain bola sepak kerana arwah ayahnya dulu meninggal semasa bermain bola sepak. Jadi dia tidak mahu kisah silam berulang kembali. Izwan memujuk Wahida. Bola sepak bukanlah penyebab kematian ayahnya. Kematian boleh berlaku di mana-mana sahaja dengan apa-apa faktor. Dia redha seandainya dia mati semasa bermain bola kerana itu adalah minatnya. Akhirnya Wahida setuju membenarkan Izwan bermain bola kembali. Tamat ...

Para pelakon :
Aidil Aziz sebagai Izwan
Eina Azman sebagai Wahida
Shawal sebagai Husni
Dayana sebagai Wani
Chomel Farhana sebagai Yuni
Liza Abdullah sebagai Asyikin
Rahim Jailani sebagai Razif

* Cerita lawak ...yang bawak watak Izwan tu rambut ngan muka ada iris pemain bola sepak yang kembar tu .. nama pun sama Aidil .. haha ...suke tengok cara Wahida ngan mak berkomunikasi .. nampak mesra sangat .. cara cakap cam berbual ngan kawan sebaya jek ... siap main ajuk-ajuk lagi .. haha ... tapi keseluruhan jalan cerita cam hambar jek ..mungkin pembawa watak kurang penghayatan ... pendapat aku ler ... jangan ler marah yerrr .. hehe ...

2 comments:

Anonymous said...

Nak cerite ni..Boleh? Boleh Bagi link? teringin nak tgk..huhu..Maklumlah..minat bola..

Wan Ikhwan said...

Assalamualaikum..Nak download citer ni kat mne ehh..Nk tgk..huhu..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...