" Rasa rindu itu tetap hadir selagi niat setia masih tersisip di hati "
Sinopsis oleh : aznanie
Cinta yang mendalam terhadap Luqman Hakim membuatkan Syafika sanggup mengharungi apa jua dugaan dan cabaran. Tentangan dari ibunya, Zaleha untuk mendirikan rumahtangga bersama Hakim di hadapi tanpa gentar. Ibunya mahu dia menghabiskan pengajiannya dahulu baru fikir tentang perkahwinan tetapi hasrat Hakim untuk mempersiterikannya secepat mungkin tidak dapat di tolak Syafika. Lalu ibunya membuang dirinya yang berkeras dengan niatnya untuk berkahwin.
Sedang enak di ulit bahagia, Luqman Hakim pergi menyahut panggilan yang ESA. Perginya tanpa meninggalkan sebarang pesan. Syafika nanar sendiri. Masih terasa-rasa belaian dan bisikan mesra Hakim di telinganya. Kini dirinya ditinggalkan keseorangan. Hatinya luluh mengenangkan nasibnya. Dan tanpa diduga, pemergian Hakim meninggalkan sesuatu untuk dikenangnya iaitu benih cinta mereka. Syafika mengandung. Syafika bersyukur sangat kerana di beri anugerah itu. Hanya itulah harta yang paling berharga yang ditinggalkan Hakim padanya.
Luqman Hadi tidak tidak tahu kenapa hatinya bergetar bila berhadapan dengan Syafika. Ada rindu yang mengebu bila tidak menatap wajah jelita itu. Adakah dirinya telah jatuh cinta pada adik iparnya itu. Dia tak pasti. Yang pasti hatinya rasa tenang menatap wajah Syafika. Namun dipendam segalanya dalam hati. Tidak berani untuk meluahkan. Bimbang penerimaan Syafika kelak. Dia menunggu-nunggu masa yang sesuai. Bila harinya dia tidak tahu.
Kelahiran Luqman Adam membuatkan hidup Syafika lebih bermakna. Wajah si kecil itu mirip dengan arwah Hakim. Itulah pengubat rindunya. Bila memeluk Adam terasa seperti suaminya ada disisinya. Kegembiraan ini dikongsi bersama ibu dan ayah mertuanya dan yang paling gembira dengan kehadiran Adam adalah Luqman Hadi. Di rasakan Adam seperti anaknya sendiri. Namun Syafika tidak berasa hairan kerana Luqman Adam adalah anak saudara Hadi jugak.
Pengakuan Luqman Hadi benar-benar mengejutkannya. Namun setelah diteliti dan diamati tiada penganti yang paling layak selain Hadi untuk menjaga dan melindungi dirinya serta anaknya, Adam. Biarpun Hadi merupakan abang iparnya. Tapi perasaan malu tetap ada. Dia mahu Hadi merahsiakan dahulu hubungan mereka. Dia tidak mahu orang mengata yang bukan-bukan tentang hubungan mereka. Lagipun dia masih belum pasti perasaannya sendiri. Cintanya hanya untuk Hakim. Sukar baginya melupakan Hakim. Dia berdoa semoga wujud perasaan cinta untuk Hadi sebelum dia mengambil keputusan untuk menjadi isteri lelaki itu.
Suatu kejadian yang hampir meragut maruahnya membuatkan Syafika mulai menjarakkan diri dari Hadi. Perlakuan Hadi yang di luar sedarnya itu telah mengecewakan Syafika. Tanggapannya pada Hadi mulai berubah. Syafika nekad melarikan diri dari Hadi. Ingin menenangkan perasaan dan gelora jiwanya.
Dalam pelarian, Syafika berjaya membantu Fazlin dari terus-terusan menjadi mangsa kerakusan nafsu serakah ayahnya sendiri. Fazlin tidak tahu pada siapa nak mengadu kerana ibunya sendiri tidak mahu mempercayainya. Ibunya terlalu percayakan ayahnya. Apabila Ramli diberkas pihak polis, barulah Maimun mempercayai kata-kata anaknya, Fazlin. Nak menyesal pun tak berguna. Fazlin yang terpaksa menanggung akibat kecuaian dirinya.
Setelah kejadian itu, Luqman Hadi memaksa Syafika pulang ke rumah. Syafika hanya menurut. Malas nak memanjangkan perkara itu. Namun yang sebenarnya dirinya sudah mulai belajar merindui lelaki itu. Rasa kekosongan bila berjauhan dengan Hadi membuatkan Syafika memaafkan perbuatan Hadi terhadapanya.
Lalu apabila telah yakin yang Syafika benar-benar telah memaafkannya, Hadi melamar Syafika buat kali kedua. Dan dengan rela hati Syafika menerima lamaran itu. Bukan kerana terpaksa atau kerana anaknya, Adam tetapi kerana dirinya sudah mulai menyayangi Hadi. Cintanya bersemi untuk jejaka itu.
Mereka disatukan dalam suasana yang sederhana tetapi meriah. Penerimaan Zaleha amat-amat mengembirakan hatinya. Zaleha telah berubah dan semakin mengambil berat akan kebajian anak-anaknya. Namun begitu, jauh di sudut hatinya, masih ada ruang di hatinya untuk arwah suaminya, Hakim. Tidak mungkin dapat dia lupakan semua kenangan indah bersama Hakim. Hadi dapat menerimanya kerana Hakim adalah adik kandung yang paling disayanginya. Mereka berharap rumahtangga mereka akan kekal bahagia untuk selamanya. Tamat ...
Penulis :Mimie Afinie
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5
* Baca nivel ni dalam masa 1 ari sahaja ... sampai kul 3 pagi baru abis ... hahaha ... jalan cerita yang sungguh menarik ... sedih sangat bila Hakim meninggal ... sian Syafika .. tengah berbulan madu pulak tu ... tepat-tepat di hari lahir Syafika .. hadiah yang tidak disangkanya ... baru 2 bulan kahwin .. Hakim dah pergi ... sedih sangat .. pastu tahu dia mengandung pulak tu ... memula susah dia nak terima kandungan dia tu tapi setelah di nasihatkan kakak dia, barulah dia kuat untuk menerima kenyataan ... pastu Hadi pulak masuk daun ... jatuh cinta dengan bekas adik ipar ... selain itu dia rasa bertanggungjawab membesarkan anak Hakim, Adam ... fuhhhh .. best .. banyak kejadian tragik dan suspen ... tak caya .. meh baca novel Masih Ada Rindu karya Mimie Afinie ni .. baca novel lebih best dari baca sinopsis ... hehe .. ya la ... sinopsis ni ringkasan jek .. baca novel baru real ... gituuuuu ....
2 comments:
u know what , i bru hbis bce novel ni. and yess!! novel ni buat i sedih lgi2 bila ika tu nme i. thanx review. i ingt x kn jmpe cover photo novel ni coz thun 2004 pnye. tpi story dia fresh! x mngmbrkn 2004
kalau ada sesiapa yang berminat nak jual novel ni, Masih Ada Rindu, boleh email saya kat aisyahamir94@gmail.com.. saya nak beli.. kalau harga asal pun x pe.. tq
Post a Comment