" Hati ku berbunga setelah dihinggapi kumbang kasih mu!"
Sinopsis oleh : aznanie
Lea Haryani mempunyai kisah hidup yang memeritkan. Dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan kedua orang tuanya bukanlah kemahuannya. Namun itu takdirnya. Setelah ibunya meninggal dunia, kakak ibunya, Mak Long Sutinah lah yang memeliharanya sehingga dewasa.
Mak Longnya melayan dirinya seperti hamba. Kata cacian dan makian sering dilemparkan kepadanya. Ada saja perbuatannya yang tidak disenangi. Malahan, Mak Longnya selalu mengungkit asal usul keturuanannya sehinggakan Lea Haryani berasa rendah diri dan tiada keyakinan untuk berhadapan dengan masyarakat.
Berkat usaha gigihnya, Lea Haryani berjaya melanjutkan pelajarannya hingga ke menara gading. Di sebabkan sikapnya yang dingin dia digelar 'stone cool' oleh rakan sekelasnya. Itu semua tidak menjadi kudis padanya. Rakannya hanya seorang iaitu Suziyan. Itupun disebabkan mereka sebilik. Sukar mendekati gadis bernama Lea Haryani.
Emir Safwan, rakan sekelas Lea Haryani, ingin meminta bantuannya untuk belajar bersamanya memandangkan Lea Haryani adalah pelajar terbaik dalam kelasnya. Berbagai cara digunakan oleh Emir Safwan untuk menarik perhatian Lea Haryani, namun tidak diendahkan oleh Lea Haryani. Tapi akhirnya, Lea Haryani terpaksa beralah apabila Profesor Halim turut masuk campur.
Disebabkan selalu bersama, timbul perasaan aneh dalam diri Emir Safwan. Tak pernah dia merasakan perasaan sebegitu. Diluahkan perasaannya pada gadis itu tapi hasratnya di tolak sebelum sempat di yakini gadis itu. Tanpa segan silu, Lea Haryani menceritakan siapa dirinya yang sebenar. Emir Safwan yang terkedu dengan berita itu hanya mampu memdiamkan diri. Lea Haryani yakin Emir Safwan tidak akan menganggunya lagi selepas ini setelah mengetahui siapa dia.
Tapi sangkaan Lea Haryani ternyata melesat. Emir Safwan tetap dengan pendiriannya. Mahukan salam kasihnya disambut Lea Haryani. Akhirnya, Lea Haryani mengalah jua. Di sambut huluran kasih Emir Safwan tetapi dengan syarat, perhubungan mereka tidak akan menganggu pembelajarannya. Emir Safwan bersetuju dengan syarat itu.
Pada mulanya, segalanya berjalan lancar tetapi lama-kelamaan Emir Safwan mulai bosan dengan sikap Lea Haryani yang pada pandangannya tidak menendahkan dirinya. Lea Haryani asyik berulit dengan buku-buku sahaja. Di ajak ke kelab atau pub semuanya ditolak. Emir Safwan mula membanding-bandingkan Lea Haryani dengan teman wanita kawan-kawanya yang lain. Lea Haryani bengang dengan sikap Emir Safwan. Mereka selalu berbalah tentang perkara itu. Sehingga lah suatu kejadian di mana Emir Safwan telah terlepas kata menghinanya, mengungkit asal usul keturunannya. Lea Haryani tidak dapat menerima penghinaan itu. Lalu terus dia memutuskan hubungan mereka walau dalam hatinya perasaan cintanya mulai memekar untuk jejaka itu.
Lea Haryani sedar siapa dirinya untuk bergandingan dengan Emir Safwan. Mentelah ibu Emir Safwan ada pilihannya sendiri iaitu Syamen, anak Datin Jawaher. Pernah juga Lea Haryani menyuruh Emir Safwan mengikut kata ibunya, namun Emir Safwan berkeras untuk mencintai dirinya tapi akhirnya percintaan mereka kecundang jua.
Mak Long Sutinah tidak dapat menerima kenyataan yang anak gadisnya sendiri membuat onar. Bila anaknya didapati mengalami keguguran di dalam bilik air rumahnya, dunia Mak Long Sutinahnya gelap. Dia malu dengan Lea Haryani. Di caci gadis itu semahunya tanpa sedar ALLAH membalikkan perbuatan adiknya itu kepadanya. Dia sungguh malu. Pada Lea Haryani dia memohon keampunan dan kemaafan di atas segala perbutaannya dulu. Dengan hati yang luhur tanpa dendam, Lea Haryani memaafkan Mak Longnya. Padanya Mak Longnya adalah seperti ibunya sendiri, darah dagingnya juga. Bak kata pepatah air dicincang tak kan putus. Begitulah hubungan mereka.
Sesekali terbit jua rasa rindunya pada jejaka itu namun segalanya hanya kenangan silam yang indah. Lea Haryani tidak mahu menangis lagi walau masih berbaki rasa kasihnya pada jejaka itu. Dia berharap suatu hari nanti hatinya terbuka untuk menerima cinta dari insan lain.
Mak Long Sutinah sudah mulai mempertikaikan tentang jodohnya. Dengan ugutan Mak Longnya mahu menerima sesiapa sahaja yang masuk meminang dirinya setelah dua kali pinangan untuknya di tolak. Lea Haryani jadi serba salah. Dan Mak Longnya betul-betul mengotakan kata-katanya apabila Mak Longnya bersetuju menerima lamaran seorang jejaka bernama Wan. Di sangka kawannya yang bernama Wan Kamarul yang melamarnya tetapi ternyata ianya meleset sama sekali.
Perasaan ingin tahu siapakah Wan yang melamarnya membawanya bertemu sekali lagi dengan Emir Safwan. Rupanya Emir Safwan lah yang menjadi tunangannya. Emir Safwan ternyata tidak melupakan janjinya. Janji untuk menunggu Lea Haryani kembali kepadanya. Perkembangan Lea Haryani sentiasa diikuti. Tidak tega membiarkan cinta hatinya itu pergi dari hidupnya.
Lea Haryani terharu melihat kesungguhan Emir Safwan untuk memiliki cintanya. Sesungguhnya di akui dirinya juga masih mencintai Emir Safwan sepenuh hatinya. Dan di atas rasa cinta itulah dia rela menepis egonya demi sebuah perhubungan suci.
" Cinta saya pada awak, bagaikan pelangi! Indah dengan warnanya. Kita sentiasa mengharap agar panas sampai ke petang tapi kadangkala gerimis melanda di tengah hari. Biarpun demikian, pelangi tidak pernah lupa untuk menjelmakan dirinya setiap kali gerimis mengundang. Begitulah cinta saya pada awak Mir. Biarpun terluka tapi cinta saya tetap ada untuk awak. Sampai bila-bila! "
Tamat ...
Penulis : Nia Azalea
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5
* Novel yang mengundang bermacam-macam emosi ... suka .. sedih .. geram .. marah .. semua ada ... tapi adatlah novel kan .. semua macam tu ... kalau baca novel tak de emosi tak syok lah .. baca surat khabar pun ada emosi inikan pulak baca novel .. hehe ..
1 comments:
Tumpang tanya, cik ada tau mana atau sesiapa yg boleh jualkan novel ini Saya try cari merata-rata, tapi tak jumpa. Teringin sangat nak baca
Post a Comment