Novel ni adalah novel kesukaan aku .. novel yang aku suka ulang baca ... best sangat jalan ceritanya .. tentang pengorbanan seorang lelaki unutk menyelamatkan keluarganya sehingga sanggup mengorbankan cintanya pada isterinya .. walau cinta mereka utuh namun tidak mampu melawan kehendak takdir ... seorang ayah yang sanggup melihat darah dagingnya sendiri menderita demi martabat keluarga .. haaaaa .. kan berat intipati kandungan ceritanya .. hehe .. jadi, jom layan sinopsis novel Sehangat Asmara ni ...
" Bibir tidak perlu berkata bila hati sudah mula bersuara "
Sinopsis oleh : aznanie
Cinta pandang pertama antara Kamilia Najwa dengan Zainal Arief membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Perkahwinan tanpa restu apabila ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka. Demi cinta mereka bersatu jua.
Namun kepulangan Zainal Arief ke tanahair tanpa kembali membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief.
Kamilia di bawa pulang oleh orang tuanya. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal Arief.
9 tahun sudah berlalu. Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan dari pengetahuan lelaki itu. Puas Kamilia bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal Arief.
Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu. Dia merasakan Zainal Arief merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya.
Zainal Arief melamarnya buat kali kedua. Buntu dan binggung fikirannya. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun, Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.
Mereka bersatu kembali. Namun dalam hati Kamilia masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali. Puas di tanya alasan Zainal Arief meninggalkannya dahulu, namun Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu. Diyakini Kamilia yang cintanya tidak pernah berubah dari dahulu hingga kini. Hanya Kamilia di hatinya dan ditambah dengan kehadiran Misya sebagai penguat kasih sayangnya pada wanita itu.
Akhirnya, kebenaran terungkai jua. Rupanya ayahnya sendiri yang membuat onar. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.
Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya meskipun ayahnya telah menyesal dengan perbuatannya dan mahukan Zainal Arief dan Kamilia bersatu semua. Dialah yang merancang pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya dan mencari Misya.
Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.
Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka. Tamat ...
Penulis : Aisya Sofea
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5
* Suka watak Zainal Arief ... sentiasa tenang dalam menangani kerenah Kamilia ... Kamilia pulak digambarkan sebagai wanita yang beremosi .. mungkin disebabkan dia pernah mengharungi kepayahan hidup ditinggalkan lelaki itu keseorangan .. itu yang membuatkan dirinya menaruh prasangka terhadap Zainal ... apa pun novel ni memang terbaekkk ... bestttt sesangat ..
26 comments:
baru ingat jalan cerita dia.. mase tgk promo drama ni, mmg sure ni adapt dr novel tp tak ingt mcm mne. heee thnx!
I love it too. suka teramat sangat ! aisya sofea are my role model tabik .
cm best je..mintak share sinopsis boleh..
akak mohon share sinopsis cerita ni yer
salam Cik Zaniff dan Kak ina kl (1) ...
boleh kalau nak share ... bagi la kredit kat blog saya yer .. hehe ...
thanks sudi singgah n komen kat sini yer ...
salam. kak aznanie..mohon share jugak..
salam zanariah saibi ...
boleh kalau nak share .. thanks sudi singgah blog akak yer ...
Thanks now i know the story...
salam ...
yg akak buat ni sinopsis berdasarkan novelnya .. kadang2 lari jln ceritanya dari drama ngan novel walaupun asasnya sama ... gituuu ....
thanks sebab sudi singgah blog akak dan komen di sini ...
mohon share yer akk...sy selalu duk usha novel ni tp xtergerak ati pun nak beli...bila dah tgk drama dlm tv baru sibuk nak cari sinopsis...hehe,...nak tahu jln citer... btw, thnx sharing & sy credit utk akk ok ^_^
thanx sharing
da layan sampai epi 10,tapi rasa x sbr nak tau jalan crita penuh.hehe.
lengkap sungguh cite ni
memang mulia hati zainal arief :)
Thanks for sinopsis..best cite ni..x sabar nk tgu next episod
Thanks for synopsis. .best cite ni x sabar nk tgu next episodes
Thanks for synopsis
.best cite ne x sabar nk tgu nexy episodes
tkasih kerana meminati hasil tulisan kak aisya. SA juga adalah sebuah novel yang telah membawa seribu pengertian buat ksya spanjang karier ksya dlm bidang penulisan. tkasih sekali lagi!!!
akhirnya~ dpt jua jumpe jln ceritanya!!!!! :D
suka novel ni juga...
entah berapa kali dah baca...
tapi,novel kita dah hilang..
kwn pinjam xbagi balik..
huhuhu
Sedih sgt cerita ni sbb menyentuh pengalaman peribadi....
Watak Zainal tidaklah sesempurna mana. Sebagai seorang lelaki Melayu Islam seharusnya dia lebih bijaksana apabila ingin menikahi seorang gadis. Tanpa meminta tangan si gadis dari waris nya, Zainal gagal menonjolkan peribadi yang sepatutnya ada pada orang yang memahami agama serta adab Melayu kita.
Thanks for sharing
Watak Zainal jelas menunjukkan yang jln terbaik utk mengelakkan maksiat dan menghalalkan sesuatu hubungan adalah brnikah. Sememangnya cinta mereka suci tapi terlarang. Mudah kita bagi komen tapi mereka yg menanggung je tau rasanya.
Ikhlas dr seorang insan yg kahwin tanpa restu keluarga juga
Suka jln ceritanye...best..credit buat penulis blog yg rajin wat sinopsis
I like it... berharap adi putra dan rita rudaini jadi jodoh terakhir dalam dunia nyata..
asslamualaikum
sy boleh minta alamat tempat download file ni tak
assalamualaikum
saye nak mintak situs tempat download filem sehangat asmara ni tak???
yg beri tahu infonya
assalamualaikum
dimana situs tempat download filem sehangat asmara ni ???
yg tau kasik info utimsyuziatman7@gmail.com
Post a Comment