Wednesday, April 18, 2012

Sinopsis Novel 'Jangan Ada Dusta - Sri Diah'

" Setiamu dapat ku rasa dari pancaran mata mu "

Sinopsis oleh : aznanie

Sharifah Ezreen tidak menyangka lelaki yang amat dicintainya adalah abang kandungnya yang terpisah. 25 tahun terpisah dari abang-abang kandung dan ayahnya akibat perpisahan di antara ibu dan ayahnya. mencintai Adi Putera merupakan satu dosa. Cinta yang mekar harus di lupuskan dari hati mereka. Sukarnya menerima kenyataan, namun itu lah takdir yang tersirat untuk mereka.

Adi Putera berhajat untuk menyatukan kembali keluarga yang lama terpisah. Antara ibunya, Narimah dengan ayahnya, Dato' Syed Syamim masih ada ikatan. Ikatan suami isteri yang tidak tergugat walau 25 tahun tidak bersua.

Namun semua itu bukan mudah. Mentelah wujud tembok pemisah antara mereka. Datin Saerah dan Melissa ada di antara ayah dengan ibunya. Sifat Datin Saerah yang mementingkan harta benda dan kesombongan yang meninggi menyukarkan misi Adi Putera untuk mentemukan ibu dan ayahnya.

Melissa terpaut pada abang tirinya, Adi Fitri kembar kepada Adi Putera. Namun, cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Adi Fitri tidak pernah memandangnya lebih dari seorang adik. Melissa kecewa. Dalam diam, dia mulai menyayangi Budi Djauhari, jejaka yang dikenalinya di Jakarta. Namun, keluarga Budi tidak merestui hubungan mereka. Pilihan keluarga Budi ialah Lydia. Budi tidak menyintai Lydia. Dalam hatinya hanya ada Melissa.

Adi Fitri mulai merasakan kekosongan bila Hannis menutup pintu hati untuk menerimanya. Adi Fitri begitu menyenangi Hannis. Hannis lain dari wanita-wanita yang di kenali. Sifat Hannis yang lembut menawan hatinya. Dia harus mendapatkan kembali gadis itu walau dengan cara apa sekali pun. Dia nekad.

Dato' Syed Syamim mulai sedar. Narimah adalah isteri yang setia. Walau digantung tidak bertali dia tidak pernah menuntut apa-apa. Dia berasa amat bersalah kerana memisahkan anak dari ibunya. Mujur masih ada ruang untuknya perbetulkan keadaan. Hati Narimah di pujuk. Kemaafan di pinta. Dan hati Narimah bukanlah sekeras batu. Dato' Syed Syamim bersyukur dan berjanji akan membahagiakan Narimah walau tahu halangan dan tentangan dari Datin Saerah.

Suatu kejadian berlaku. Datin Saerah tersepak hamparan dan terjatuh. Doktor mengesahkan yang Datin Saerah lumpuh seumur hidupnya. Barulah Datin Saerah mulai sedar. Inilah hukuman diatas sikapnya dulu. Dia  mulai belajar menerima orang-orang disekelilingnya. Membuang rasa ego yang bersarang di hatinya. Belajar menerima madunya, Narimah dalam hidupnya. Menerima Hannis yang pernah dicaci dulu. Sesungguhnya masih ada sinar bahagia dalam hidupnya.

Perkahwinan Hannis dan Adi Fitri di adakan dengan suasana meriah sekali. Namun, Adi Putera menderita penyakit leukemia. Ezreen nekad mendermakan sum-sumnya pada orang yang paling disayanginya. Hanya dia yang layak untuk menyelamatkan abangnya itu. Hanya dia. Adi Putera berjanji akan mengahwini Ain Nadira setelah sembuh dari penyakitnya. Itu janjinya pada gadis itu.  Tamat ...

Penulis : Sri Diah
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5
 Novelis Sri Diah ..

*Novel ni banyak watak ... tak fokus pada satu watak jek ... cite tentang pergorbanan seorang isteri .. pengorbanan seorang abang .. pengorbanan seorang adik .. semua ada ... tapi kecewa sikit bila tau Adi Putera abang Ezreen .. kesian Ezreen .. dalam novel ni tak de pulak diceritakan Ezreen dapat pak we baru .. cuma diceritakan Adi Putera jek yang ada awek .. tak adil betul .. hahaha .. emo la pulak ...  

1 comments:

Sri Diah said...

Heheee... terima kasih sebab bagi komen positif - SD

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...