Monday, December 30, 2013

Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2014


Hari ni ... 30/12 .. jam 8.00 pagi ... bertempat di dewan sekolah kebangsaan ... hari pendaftaran untuk tahun 1 ... bawak anak sekali ... aisy dah pakai baju sekolah ... bawak beg dan peralatan menulis ... bawak pensel warna sekali ... ada aktiviti dalam kelas katanya ...


 
Abang Aisy pegang Zara sebelum beratur masuk kelas ... ensem abang aisy pakai uniform sekolah .... hehe

Sampai jek terus mendaftar ... serahkan semua dokumen yang diberi untuk pendaftaran ... ada lagi borang maklumat Pra Sekolah untuk diisi ... beratur panjang cam budak sekolah daaa ... hahaha ... aku tak beratur ... duduk jek tunggu barisan dah pendek baru pegi ... tak kuasa nak beratur sambil dukung si Zara ni ... ngan beg lagi ... tunggu jek sampai barisan jadi pendek ... orang terakhir pun tak apa lah ... kannnn .. hehehe

Barisan guru-guru menunggu ibu bapa mendaftar anak-anak tahun 1 sesi 2014 ... 

Bila murid dah di bawa masuk dalam kelas ... mak-maknya tunggu kat dewan tu ... ada taklimat mengenai perjalanan pembelajaran ... tentang pelaksanaan sistem pembelajaran baru ... KSSR/PBS .... tentang LINUS .... fuuhhh ... dengar jangan tak dengar yer ... hehe

Zara ketawa ceria dipegang oleh kawan mama yer ... sampai abis majlis yer ceria ... jangan ngaruk-ngaruk ... susah mama nak tumpukan perhatian nanti ... cewahhhh ... hehehe

Memula ucapan dari Guru Penolong Kanan HEM, En. Fauzi ... kenalkan diri .. mula berkhidmat pada tahun 1988 ... dah 3 tahun memegang jawatan GPK HEM kat sekolah kebangsaan ni ... beliau menyentuh tentang hari persekolahan ... cuti hari apa ... masuk kelas ... balik kelas ... dan tentang kedatangan ... isu kedatangan yang di anggap remeh oleh sesetangah ibu bapa katanya ... hari yang paling ramai budak ponteng sekolah ialah hari  isnin dan hari jumaat ... mengikut kajian tahun lepas .... jadi ... beliau tidak mahu peratusan murid ponteng meningkat tahun 2014 ni ... jika tidak hadir ... ibubapa harus memberitahu pihak sekolah pada hari itu juga supaya senang untuk di catat sebab musabab murid itu tidak dapat hadir ke sekolah ....

Lepas tu, guru SPBT pulak amik tempat .... Cikgu Suhaida ... beliau menekankan tentang bertapa pentingnya menjaga buku teks .... apa yang perlu dilakukan bila anak-anak sudah mendapat buku teks ... pertama ... tulis nama dan tahun pada ruangan yang disediakan di kulit buku ... kedua ... sampul buku teks itu dengan plastik lutsinar ... jika terdapat kerosakan kecil seperti kulit terkoyak atau muka surat tertanggal, sila betulkan ... tampal dengan solitip ... kalau dapat buku teks yang telah digunakan dan sampulnya dah terkoyak sila tanggalkan dan sampul dengan plastik lutsinar yang baru ... beliau memohon supaya ibubapa sama-sama menjaga dan memastikan buku teks dijaga dengan baik ... bukan menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya di bahu pihak sekolah sahaja ... teringat ayen dulu .. dari darjah 1 sampai darjah 4 .. tiap ujung tahun mesti kena ganti buku hilang ... mesti ada sebuah buku teks dia yang hilang .. pelik aku ... kalau kata tak tau jaga, dia kata dia letak dalam beg jek ... kot-kot ada tangan yang mengambil dengan niat nak bergurau ... last-last aku jugak yang kena mengganti ... kat kedai buku luar tak de jual buku teks sekolah ni ... payah nak cari ... yang senang bayar jek laaaaa .. harap-harap aisy nanti tak de la kejadian seperti ini ... hehe ...

Last sekali Guru Penolong Kanan 1 pulak berucap ... Cikgu Md Khir ... perkara pertama yang ditekankan ialah solat ... untuk mendapat minda dan otak yang cerdas ialah solat jangan tinggal ... jika wuduk tak putus ... badan jadi segar ... jiwa tenang ... senang nak masuk pelajaran ... beliau melahirkan rasa sedih apabila melihat hanya segelintir sahaja murid yang solat subuh sebelum datang ke sekolah .. jadi ... beliau merayu kepada ibubapa supaya mengutamakan solat pada anak-anak ....

Perkara kedua yang disentuh oleh GPK 1 itu ialah tentang sistem pembelajaran yang baru dilaksanakan ... iaitu sudah tiada peperiksaan penggal tetapi diganti dengan penilaian setiap hari ... setiap hari dilihat pencapaian murid-murid ... itu dipanggil sistem KSSR/PBS ... Kursus Penyebaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Dan Penilaian Berasakan Sekolah ... murid-murid dinilai berdasarkan Band .. Band 6 yang paling cemerlang ... pemarkahan Band ni akan diambil kira kertas-kertas ujian, sahsiah, akhlak, aktiviti dan modul yang dilakukan oleh murid sepanjang persekolahan dari tahun 1 hingga tahun 6 ... setiap matapelajaran dinilai mengikut band oleh guru matapelajaran tersebut dan guru besar akan mempuratakan setiap keputusan band-band yang diperolehi itu dan akan menentukan samada murid tersebut buleh maju atau turun kelas pada tahun berikutnya ... ini yang aku faham dari taklimat yang diucapkan oleh GPK1 tadi ... kena study lagi ni pasal KSSR dan PBS ni ... bagi faham betul-betul ... jangan main angguk jek bila dengar penerangan tadi ... hehehe ...

Perkara ketiga ... tentang LINUS .... singkatan dari perkataan LITERASI, NUMERASI dan SCREENING ... Literasi ialah untuk pemahaman atau penguasaan Bahasa Melayu ... Numerasi ialah pemahaman atau penguasaan dalam matapelajaran Matematik .... Screening ialah saringan ... ibu bapa tidak perlulah berasa gusar atau berputus asa apabila anak-anak ditempatkan dalam kumpulan LINUS ini ... kerana ianya satu program pemulihan untuk meningkatkan prestasi anak-anak kita ... supaya pihak sekolah dapat memberi lebih perhatian pada kumpulan ini dan menjarakkan jurang perbezaan prestasi antara murid ... jika prestasi murid semakin meningkat ... murid tersebut akan terkeluar dari kumpulan LINUS ini ...

Dengan berakhirnya ucapan dari GPK1 tadi ...  maka berakhirlah majlis pendaftaran dan taklimat untuk tahun 1 bagi tahun 2014 ini ... murid-murid pun dah beratur di tepi dewan menunggu balik ... tengok aisy terpingga-pingga cari mama ... padahal mama dekat jek ngan dia ... mama tengok jek dia .. dia leh tak nampak mama yang sebesar alam ni .... huhu ... aisy laaaaa ... 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...