Malam minggu keseorangan menonton cerekarama ... anak-anak kat umah atuk diaorang ... maklum le ... cuti sekolah ... tak nak duk kat umah langsung ... duk umah atuk diaorang ramai kawan ... sepupu-sepupu diaorang pun balik umah atuk ... riuh rendah umah ... baru 5 orang ... kalau kumpul semua ... mau roboh rumah atuk dia ... sampai nenek diaorang tak terlayan kerenah memasing .... hahaha ... sian my mum ...
Ok ... berbalik pada cerekarama malam tadi ... tajuknya Lara Qaseh ..... kisah mengenai seorang perempuan bernama Lara yang mempunyai teman lelaki yang bolehlah dikatakan alim. Si Lara ni ada kawan bernama Qaseh. Si Qaseh ni ada hati pulak kat teman lelaki si Lara ni. Lelaki yang menjadi rebutan antara dua wanita ni bernama Imran. Si Imran ni lurus orangnya. Dia tak terfikir pun yang si Qaseh ni ada hati kat dia. Apa aje yang Qaseh cakap semua dia percaya. Senang la si Qaseh menjalankan misi dia nak pisahkan Lara dengan Imran. Haaaaa ... itu intro citenya ... jom la layan sinopsis cerekarama Lara Qaseh ni ....
Sinopsis oleh : aznanie
Lara dan Imran sudah lama menjalin cinta. Keperihatinan yang ditunjukkan Imran dalam membantu Lara mendekatkan diri pada jalan yang diredhai amat menyentuh hatinya. Namun hubungan mereka di ganggu oleh kawan baik Lara, Qaseh. Qaseh dalam diam menyintai Imran. Bermacam-macam cara yang dilakukan oleh Qaseh untuk menarik perhatian Imran. Sehingga sanggup mempergunakan agama semata-mata untuk mencapai apa yang diingininya.
Perbuatan Qaseh itu langsung tidak dapat dihidu oleh Imran. Sangkanya Qaseh benar-benar mahu berubah dan mendalami ilmu agama. Walaupun perbuatannya itu mendatangkan luka di hati Lara. Lara tahu niat Qaseh tapi dia tidak mahu menyalahkan sesiapa. Padanya, Imran berbuat sesuatu yang baik tapi Qaseh yang mengawal keadaan.
Pada masa yang sama, ayah Lara semakin tenat. Lara dan ibunya menjaga ayahnya yang tidak boleh bergerak lagi. Hanya terlantar saja. Lara tanpa jemu membacakan surah yassin kepada ayahnya. Sehinggalah suatu hari ayahnya meninggal dunia. Lara sungguh sedih. Dia memberitahu Imran dan mengharapkan kedatangan Imran walaupun tidak dinyatakan secara terangan. Dan Imran berjanji akan menemuinya. Tetapi onar yang dibuat oleh Qaseh tidak tercapai akal si Imran. Akhirnya Imran tidak dapat menunaikan janjinya pada Lara. Begitu juga pada hari pengkebumian ayah Lara. Kelibat Imran langsung tidak kelihatan. Semuanya gara-gara Qaseh yang membuat bermacam-macam helah.
Pada hari Imran mahu bertemu dengan Lara untuk menjelaskan keadaan sebenarnya, Qaseh sengaja menunjukkan rasa simpati dan bersalahnya. Dengan sengaja memegang-megang tangan Imran. Perbuatan Qaseh itu di lihat oleh Lara. Dan Qaseh juga tahu yang Lara ada bersembunyi di balik tiang.
Lara mulai tawar hati pada Imran. Dia mahu melupakan Imran. Pada Dr. Hatta dijadikan sasaran. Dr. Hatta adalah doktor yang merawat ayah Lara. Kebaikan Dr. Hatta yang sentiasa ada di sisinya di saat dia di dalam kesedihan amat dihargainya.
Setahun berlalu, Lara berjaya menjadi seorang doktor. Dia ditugaskan di hospital yang sama dengan Dr. Hatta. Dr. Hatta ada juga menunjukkan minat pada Lara tetapi Lara hanya menganggapnya sebagai rakan setugas sahaja. Lara hanya menumpukan sepenuh tumpuannya kepada pesakitnya sahaja. Selain dari merawat, Lara rajin membacakan surah yassin kepada pesakitnya yang tidak sedarkan diri.
Qaseh mulai sedar akan kesilapannya. Dia sedar yang cinta tidak boleh dipaksa. Akhirnya dia membuat pengakuan pada Imran. Terkejut Imran dengan pengakuan Qaseh. Dia tidak menyangka yang Qaseh sanggup berbohong padanya. Mempermain-mainkan agama untuk kepentingan diri sendiri. Dan kerana sikap Qaseh itulah yang memisahkan dirinya dengan Lara.
Untuk menebus kesalahannya, Qaseh membawa Imran bertemu dengan Lara. Dia tahu di mana Lara berkerja. Tetapi di perjalanan, mereka di timpa kemalangan. Qaseh mengalami kecederan parah sehingga koma. Imran hanya mengalami kecederaan biasa sahaja. Mereka di rawat di hospital tempat Lara bekerja.
Pertemuan di antara Lara dan Imran tidak seperti yang diharapkan oleh Imran. Sikap Lara yang dingin dan berita yang disampaikan oleh Lara mengecewakan Imran. Lara menyatakan yang dia sudah bertunang dengan Dr. Hatta.
Setelah seminggu koma, akhirnya Qaseh tersedar. Dalam keadaan tidak sedarkan diri, dia terdengar suara orang membaca surah yassin. Dia bertanyakan pada doktor yang merawatnya iaitu Dr. Seri. Dr. Seri mengiyakan dan memberitahu yang selalu membacakan surah yassin kepadanya ialah Dr. Lara. Qaseh sempat bertanyakan tentang kesahihan pertunangan di antara Dr.Lara dengan Dr. Hatta. Sambil bergurau Dr. Seri memberitahu yang Dr. Hatta tu kepunyaannya dan kalau Dr. Hatta mahu bertunang mestilah dengan dirinya.
Qaseh bergegas mencari Imran. Dia mesti memberitahu Imran perkara itu. Setelah bertemu dengan Imran, Qaseh menerangkan tentang perkara itu. Imran mencari Lara. Dia meluahkan perasaannya pada Lara. Hasratnya untuk menjalin kembali percintaan mereka yang terhalang dulu dan hasratnya untuk membahagiakan Lara. Lara tidak mahu menerima Imran. Padanya, hatinya sudah hancur untuk menerima lelaki seperti Imran. Lara menarik Dr. Hatta dan memberitahu yang dirinya akan bertunang dengan Dr. Hatta dan yakin Dr. Hatta adalah lelaki yang terbaik untuk dirinya. Lara berlalu meninggakan Imran dan Qaseh yang termanggu-manggu di situ. Tamat ....
Para pelakon :
Sara Ali sebagai Lara
Azlee Khairi sebagai Imran
Ramona Zamzam sebagai Qaseh
Keith Foo sebagai Dr. Hatta
* Cerita yang menarik walaupun jalan cerita agak membosankan ... hehe ... pelakon semua yang popular jugak la ... cuma nampak cam tak bermaya jek perjalanan ceritanya ... pengajaran tetap ada ... jangan mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi ... nak berubah mestilah ikhlas dan dilakukan dari hati ... bukan sebab nak pikat atau nak tunjuk baik pada orang ... jangan layan perempuan lain lebih-lebih bila awak tu dah ada mak we or pak we ... nanti tak pasal-pasal kena tinggal pulak ... sapa susah ... hahaha ... padan muka si Imran ... memanglah niatnya baik tapi caranya tak betul ... ramai lagi yang boleh bimbing si Qaseh ni kalau betul-betul dia nak berubah ... atau ajak sekali si Lara temankan Qaseh ... apa salahnya ... ni tak ... berdua ke hulu ke hilir .. mana tak si Lara ni frust ... akhirnya dapat ke Dr. Hatta jugak ... Dr. Hatta memang ada hati kat Lara tapi takut nak berterus-terang ... eleh .. Lara pun tau yang Dr. Hatta ada hati kat dia .. cuma dia pura-pura tak tau jek ... dia malas nak pikir sangat soal hati ni .. bila Imran datang balik cari dia ... barulah dia gelabah ... nasib baik Dr. Hatta setia di sisi ... boleh jadi penyelamat keadaan ... tak salahnya pilih Dr. Hatta ... orang kata pilihlah orang yang menyayangi kita walaupun kita tak berapa nak sayangkan dia ... sebab hanya orang yang menyayangi kita yang tahu menghargai diri kita dari orang yang kita sayang tapi tak sayangkan kita ... gituuuuuu ... hehe .. layan jek laaaaa ...
0 comments:
Post a Comment