Tuesday, April 10, 2012

Resepi Sate

Paling suka makan sate .. lagi-lagi yang dagingnya lembut dan berasa rempahnya ... perapan memainkan peranan penting ... lagi lama di perap .. lagi sedap daging satenya .. daging pun akan jadi lebih lembut ... sekali suap jek dah habis sebatang ... fuhhh .. sate yang macam ni lah yang menjadikan selera nak makan sate asyik datang dan datang dan datang .. hehe .. jadi, kat sini aku nak kongsikan resepi sate yang memang sedap lah .. aku dapat resepi ni dari carian di google ... dah pernah try .. tapi aku tak cucuk kat lidi .. tak de dapurnya .. jadi aku goreng jek lah dalam kuali ... jom layan resepi sate ni ...


Sate Daging/Ayam

Bahan-Bahan sate :
  • 400 gram daging/ayam (tanpa tulang) - dipotong kecik
  • 1/2 sudu teh garam
  • 40 gram gula
  • lidi sate - direndam dengan air
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 batang serai -dititik utk merenjis sate
Bahan dikisar :
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 biji buah keras
  • 1 cm lengkuas
  • 1/2 sudu besar ketumbar - disangai
  • 1/2 sudu teh jintan manis - disangai
  • 1/2 sudu teh jintan putih - disangai
  • 2 sudu besar air asam jawa sederhana pekat
  • 4 sudu besar santan ( ganti dgn susu cair pun boleh)
  • 1 batang serai
Cara Membuat Sate :
  • Perap daging/ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam ( lebih elok diperap semalaman)
  • Cucuk daging/ayam pada lidi sate
  • Lebihan bahan perap dicampur dengan 3 sudu besar minyak masak dan renjis gunakan serai yang telah dititik semasa proses pembakaran sate.

Kuah Kacang Sate

Bahan-Bahan Kuah Kacang :
  • 300 gram kacang tanah - disangai
  • 100 gram gula pasir
  • 150 gram gula merah
  • 40 gram asam jawa
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 cawan minyak masak
Bahan Kisar :
  • 2 biji buah keras
  • 1 sudu besar ketumbar biji - disangai
  • 1 sudu kecil jintan putih - disangai
  • 1 susu kecil jintan manis - disangai
  • 2 hiris lengkuas
  • 2 hiris halia muda
  • 20 tangkai lada kering - direbus
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 7 batang serai - dihiris
  • 20 gram udang kering
Cara Membuat :
  • Satukan gula merah dan asam jawa - diramas dengan air yang cukup untuk mendapatkan 500 gram air asam jawa
  • Bancuh kacang tanah kisar
  • Satukan semua bahan dan gaul rata
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga garing
  • Masukkan gula, garam, ajinomoto dan serbuk kunyit dan gaul rata
  • Masukkan bancuhan gula merah, air asam jawa dan kacang tanah tadi ke dalam bahan tumis
  • Masak atas api yang sederhana hingga keluar minyaknya

2 comments:

Anonymous said...

macam mana nak buat daging nya lembut dan tidak keras seperti getah tayar..

Unknown said...

sedap makan satay ni. tapi risau takut berat naik.. lepas makan biasa makan minyak ikan je nak kasi bakar semua lemak2
satay tu... hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...