Sunday, May 29, 2011

Cerekarama 'Tasbih Cinta Qadijah'

Sejak akhir-akhir ni TV3 asyik siarkan cerekarama yang penuh dengan pengajaran dan keinsafan. Bagus juga untuk dijadikan iktibar dalam meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. Jadi, jom layan cerekarama Tasbih Cinta Qadijah ...

Sinopsis oleh : aznanie

Qadijah, seorang wanita yang  di uji dengan berbagai dugaan hidup. Kekasihnya mati dibunuh oleh penjahat jalanan sehari sebelum mereka disatukan. Qadijah kecewa dan bersedih atas kematian kekasihnya itu. Hanya suara kekasihnya di telefon bimbit dan tasbih penguat semangatnya.

Setelah  kejadian itu, Qadijah menutup pintu hatinya untuk lelaki lain. Tetapi kesungguhan Afiq telah berjaya membuka pintu hatinya. Mereka berkahwin dan dikurniakan seorang cahayamata perempuan.

Kehidupan mereka bahagia sehinggalah Afiq diberhentikan kerja kerana menerima rasuah dalam pekerjaannya. Dia berusaha mencari pekerjaan lain tetapi tidak berjaya. Afiq putus asa. Imannya goyah. Dia mula mempersoalkan kewujudan Yang Maha Esa. Qadijah menenangkan dirinya. Menasihati Afiq supaya redha dan memperbanyakkan lagi usahanya. Afiq hanya menurut kata-kata Qadijah.

Tidak lama kemudian, Afiq diterima bekerja di sebuah syarikat. Walaupun gajinya tidak seperti dahulu, dia tetap bersyukur. Di situlah dia berjumpa dengan Ray. Ray mengajak dia bekerja dengannya sebagai pemungut hutang. Afiq yang pada mulanya ragu-ragu, akhirnya bersetuju dengan tawaran yang diberikan Ray.

Sebelum memulakan kerja yang dijanjikan, Ray membawa Afiq ke satu tempat. Ray menamakan tempat itu sebagai club peribadi khas untuk orang-orang yang terpilih sahaja. Afiq yang kebinggungan hanya menurut sahaja. Di situ, Afiq digoda oleh perempuan-perempuan cantik. Dia diberi minum minuman keras. Pada mulanya, Afiq menolak tetapi akhirnya dia hanyut dalam godaan itu. Ray tersenyum melihat Afiq yang semakin hanyut dalam melawan hawa nafsunya.

Setelah tersedar dari tidur, Afiq memarahi Ray. Dia berasa jijik dengan perlakuan Ray yang membawanya ke tempat itu. Dia merasakan dirinya seperti lelaki gigolo yang dibayar untuk memuaskan nafsu wanita-wanita kaya itu. Dia meninggalkan tempat itu dengan perasaan marah.

Keesokkan harinya, Qadijah menjumpai kesan lipstik di baju Afiq. Dia bertanya kepada Afiq tentang itu dan Afiq memberikan alasan yang lipstik itu terlekat sewaktu dia pergi ke club memunggut hutang. Dia juga memberitahu Qadijah dia sudah berhenti dari kerja memunggut hutang kerana merasakan tidak sesuai dengan kerja itu.

Sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja, dia terlanggar sebuah kereta. Pemandu kereta itu seorang perempuan bernama Ilyana. Ilyana menghantar Afiq ke klinik yang berdekatan. Dan selepas itu mereka pergi minum di sebuah kedai. Di situlah mulanya hubungan cinta mereka.

Afiq menjadi seorang suami yang curang kepada isterinya. Dia mula rimas dengan Qadijah yang dirasakannya tidak dapat membuat dirinya menikmati kehidupan dengan bebas.

Akhirnya, rahsia Afiq dapat di hidu oleh Qadijah. Setelah didesak oleh Qadijah, Afiq memberitahunya kedudukan yang sebenar. Qadijah berasa sungguh sedih. Dia bertindak berjumpa dengan Ilyana. Dalam perjalanan, dia berjumpa dengan Ray. Ray memberitahunya yang dirinya lebih cantik berbanding dengan Ilyana jika dia menanggalkan tudung yang dipakainya. Ray menghulurkan tanganya untuk bersalam dengan Qadijah tetapi tidak dihiraukan oleh Qadijah. Bila Qadijah menoleh kembali, Ray sudah hilang dari pandangannya.

Qadijah menyuruh Ilyana melupakan Afiq dan jangan menghubunginya lagi. Ilyana hanya ketawa mendengar permintaan Qadijah. Dirumah, Afiq menampar Qadijah apabila mendapat tahu Qadijah berjumpa dengan Ilyana. Afiq memberikan amaran akan membawa lari anak mereka kalau Qadijah berbuat apa-apa pada Ilyana.

Kawan baik Qadijah menyuruh Qadijah berjumpa bomoh untuk menyelamatkan rumahtangganya. Qadijah hanya menurut. Tetapi akhirnya dia sedar hanya pada Allah tempat mengadu dan meminta pertolongan. Dia redha andai rumahtangganya hancur jika itu yang ditakdir untuknya.

Afiq memberitahu Ilyana yang dia akan menceraikan Qadijah. Dia hendak kahwin dengan Ilyana tetapi Ilyana memberitahunya yang dia adalah isteri orang. Afiq berasa terkejut dengan pengakuan Ilyana itu. Rupa-rupanya Ilyana adalah salah seorang ahli club yang membayar lelaki supaya melayan nafsu mereka.

Afiq menghantar Qadijah balik ke rumah orang tua Qadijah dikampung. Di hadapan ibubapa Qadijah, Afiq melafaskan cerai pada Qadijah dan berlalu pergi. Qadijah mengejar Afiq dan secara tidak sengaja Afiq terlanggar Qadijah. Qadijah menghembuskan nafas terakhir akibat kejadian itu.

Afiq berjumpa dengan Ilyana meminta Ilyana mengahwininya. Tetapi Ilyana tidak mahu. Dia tidak mahu kehilangan suaminya yang kaya raya itu. Dia seronok dengan cara hidupnya sekarang. Malahan bukan seorang lelaki yang dibelanya. Ramai lagi. Afiq kecewa mendengar kata-kata Ilyana itu.

Afiq mulai sedar akan keterlanjuran diri. Dia mulai menginsafi dosa-dosa yang dilakukan. Dia balik ke kampung Qadijah untuk berjumpa dengan Qadijah tetapi malangnya Qadijah telah tiada. Penyesalan Afiq terlewat tiba. Afiq hilang arah. Dia hanya termenung sambil memegang tasbih pemberian Qadijah dulu. Tamat.

Para pelakon :
Jue Aziz sebagai Qadijah
Aqasa sebagai Afiq
Rebbeca Nur Islam sebagai Ilyana
* Best jugak jalan ceritanya ... touching abis .. Ray tu sebenarnya syaitan yang menyerupai manusia dalam usaha menyesatkan anak-anak adam di muka bumi ini ... yang tak kuat iman, pasti kecundang dengan hasutan dan ajakan syaitan ke lembah maksiat .. nauzubillah .. moga di tetapkan iman dan sentiasa mendapat petunjuk dari Allah S.W.T .. amin .. amin ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...