Sian Aisy .. kena selsema ngan batuk .. badan pun dah mula panas .. tapi tetap lasak .. huhu .. tak reti duduk diam langsung .. ada jek benda yang nak buatnya .. yang buat dia nampak cam orang sakit cuma mata dia .. kuyu jek .. suruh tidur tak nak ..
En.suami bawak Aisy gi Klinik Homeopathy .. Aisy nih jenis susah nak makan ubat hospital .. kalau ubat dari klinik Homeopathy nih .. laju jek dia makan .. kadang-kadang tu tak sampai time makan ubat dia dah sibuk tanya mana ubat dia .. hehe ..
Dr.Misron sedang merawat Aisy ...
Dr. Misron kata ramai hari nih datang klinik sebab sakit yang sama cam Aisy .. musim panas nih .. cuaca kering ... badan pun kering jugak .. kena banyak minum air masak .. jauhkan minum minuman berais dulu ... Aisy angguk-angguk .. hehe .. buleh tahan paham .. hehe ..Begitu khusyuk Aisy melihat Dr.Misron menulis kat buku rawatan dia .. hehe ..
Selepas mengucapkan terima kasih kat Doktor Misron .. aku ngan Aisy pun balik .. Aisy tak sabo-sabo nak makan ubat dia .. mentang-mentang la ubat dia rasa manis cam gula-gula .. tak sabo-sabo ..hissssssyyy ..
Aisy tunjukkan ubat selsema dan batuk dia .. ala sian mata kuyu jek ..
Ubat selsema dan batuk Aisy .. 4 bijik sekali makan .. 3 jam sekali ... makan yang nombor 1 dulu .. habis yang nombor 1 kalau tak baik jugak baru makan yang nombor 2 ... kalau ubat yang nombor 1 belum habis tapi dah tak demam .. tak yah sambung makan ubat tu .. biarkan jek ..
0 comments:
Post a Comment