Bahan-bahan yang diperlukan adalah saputangan, reben, manik bola berantai, bunga reben besar, bunga reben kecik, net organza dan getah gelang.
Memula, lipat saputangan segi empat panjang seperti gambar di atas. Pastikan jahitan ditepi saputangan tersorok didalam lipatan saputangan.
Di atas saputangan yang telah dilipat tadi diletakkan net organza. Potong net organza mengikut ukuran panjang saputangan yang berlipat tadi seperti gambar di atas.
Bentukkan saputangan tadi seperti bentuk kipas seperti gambar di atas.
Setelah dibentuk, ikatkan ia dengan menggunakan getah gelang dahulu. Ini supaya bentuk kipasnya tak lari semasa proses mengikat hujung saputangan dengan menggunakan reben nanti.
Coverlah getah gelang tadi dengan menggunakan reben. Ikat dengan kuat. Tidak perlu lebihkan reben. Cenderahati ini tidak memerlukan juntaian reben untuk hiasannya.
Kemudian, lekatkan reben yang telah dibentuk diatas saputangan bentuk kipas tadi. Lekatkan pula manik bola berantai di atasnya. Seterusnya, lekatkan bunga reben besar di tengah-tengah manik bola berantai tadi. Akhir sekali, lekatkan bunga reben kecik disekeliling bunga reben besar tadi. Dah pun siap ... ringkas dan mudah bukan ...
Cenderahati saputangan kipas cover net organza yang telah siap dibentuk ...
Cenderahati Saputangan Kipas Cover Net Organza .. dah packing dalam kotak ..
*Next projek Bunga Telur ...
1 comments:
amik booking x? bpe rm u 100 unit.
Post a Comment