Monday, May 16, 2011

Cenderahati Potpouri Gantung

Hari ni menyiapkan cenderahati tempahan Mimi dari Kota Tinggi .. cenderahati yang menjadi pilihannya adalah Cenderahati Potpouri Gantung .. tema kala hijau lumut .. cenderahati ni di tempah sempena majlis akikah dan cukur jambul ... jadi, tak banyak tempahannya .. hanya 100 pcs aje ..

Nak buat cenderahati potpouri gantung ni senang aje .. hehe .. memula tu sediakan bahan-bahannya iaitu potpouri, kain net, reben, bunga beso, hot glue, gun hot glue dan gunting. 

Gunting kain net sebesar yang dikehendaki .. pastu, letakkan potpouri di tengah-tengah kain net yang telah digunting tadi .. punjutkan potpouri tadi dengan kain net .. semasa memunjut kain net itu masukkan reben yang dipotong panjang di tengah-tengah punjutan kain net itu .. reben ini berfungsi sebagai tali gantungan cenderahati ini ... kemudian, ikat punjutan kain net itu dengan menggunakan reben yang berlainan warna dengan reben gantungan tadi .. aku gunakan reben warna hijau cair untuk tali gantungannya dan reben warna hijau lumut untuk mengikat punjutan kain net itu .. masa mengikat reben tu lebihkan sedikit untuk dia jadi seperti juluran reben ..


Setelah punjutan kain net itu diikat .. cantumkan reben yang telah dibentuk dengan menggunakan hot glue .. kemudian lekatkan bunga besar di atas reben tadi .. dah pun siap cenderahati potpouri gantung .. mudah dan simple kan .. 

Cenderahati Potpouri Gantung ..
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...