Cerekarama malam tadi .. lakonan Eja .. watak ibu yang tak berapa nak berada nih macam tak berapa nak sesuai ngan Eja .. hehe .. pendapat aku le nih ... tapi lakonan si Eika Farhana sebagai Izzah tu .. memang best .. watak dia sebagai anak bongsu dalam family .. nampak le sifat manja, keras hatinya .. sampai mak dia tak berdaya nak larang dia kalau dia berkeras nak berjualan jugak .. hmm .. buleh tahan le jalan cite nya. Arahan Bade Hj Azmi nih .. jadi, jom layan cerekarama 'Sejadah Kaabah' ..
Sinopsis oleh : aznanie
Lijah, seorang ibu tunggal yang kematian suami. Membesarkan 3 orang anak dengan hasil jualan nasi lemak dan hasil mengambil upah menjahit baju. Ketabahannya dalam memberikan anak-anaknya pendidikan yang sempurna. Keperitan hidupnya turut dirasai anak bongsunya, Izzah. Izzah bergitu manja dengan Lijah. Ke mana Lijah pergi pasti Izzah menemaninya.
Lijah tidak mempunyai tapak untuk meniaga. Jadi, dia dan Izzah menjaja di kaki lima. Tetapi malang baginya apabila pihak DBKL memberikan amaran kepadanya supaya tidak lagik berniaga di situ. Jika Lijah masih ingin meniaga, pihak DBKL akan mengambil tindakan dengan mengita barangannya. Lijah yang ketakutan dengan ugutan DBKL itu terus berkemas dan pulang ke rumah.
Keesokan hari, apabila Lijah sampai di tempat dirinya selalu menjaja nasi lemaknya, dia mendapati ramai pihak DBKL di situ menjalankan tugas mereka. Lijah berlalu dari situ dan mencari kawasan lain untuk berniaga. Tetapi malangnya kawasan yang di pilihnya telah ada peniaga lain dan dia dianggap mencuri rezeki orang lain. Lijah putus asa. Dia tak mahu berniaga nasi lemak lagik.
Izzah memujuk Lijah meniaga lagik. Tapi Lijah enggan. Izzah memberi idea untuk menjaja nasi lemak ibunya dengan berbasikal dari rumah ke rumah. Pada mulanya Lijah keberatan tetapi setelah dipujuk oleh Izzah akhirnya Lijah bersetuju. Jualan nasi lemak mereka mendapat sambutan. Sekejap aje habis dijual Izzah. Izzah bersekolah pada sebelah petang. Jadi, dia menjaja nasi lemak pada sebelah pagi.
Di sekolah, Izzah sering diperli oleh kawan-kawannya kerana setiap hari makan nasi lemak yang mengandungi kolestrol yang tinggi. Tetapi Izzah buat tak tahu sahaja. Di dalam kelasnya, Izzah selalu keletihan dan menggantuk.
Cikgu Jamilah telah memberitahu pelajarnya bahawa ada peraduan menulis karangan bertemakan 'keluarga' peringkat kebangsaan. Pemenangnya akan menerima hadiah wang tunai sebanyak Rm 5000.00. Izzah tertarik dengan tawaran itu. Izzah berhasrat untuk menggunakan wang itu untuk menghantar ibunya, Lijah ke tanah suci mekah dan membelikan sejadah yang baru kerana sejadah yang lama dah lusuh benar.
Sejak itu, Izzah menjaja nasi lemak ibunya dengan berbasikal pada sebelah pagi dan menulis karangan pada sebelah malam. Izzah merahsiakan aktiviti nya itu dari pengetahuan ibu dan kakaknya, Yati.
Abang Izzah, Mail belajar di Universiti. Dia membuat kerja part time untuk mengurangkan beban Lijah. Duit gajinya digunakan untuk perbelanjaan dirinya di Universiti. Jadi, dia tidak perlu meminta-minta duit pada ibunya. Pada mulanya, Lijah marah bila mengetahui yang Mail bekerja part time. Dia bimbang kalau-kalau Mail alpa dengan pekerjaannya dan mengabaikan pelajarannya. Tetapi setelah diyakini Mail yang dirinya akan belajar bersungguh-sungguh, Lijah akhirnya mengalah.
Mail tidak menyetujui tindakan ibunya membenarkan Izzah berbasikal menjaja nasi lemak. Mail khuatir sekiranya Izzah ditimpa bahaya memandangkan Izzah masih kecil, perempuan pulak tu. Lijah menyuruh Mail melarang Izzah berjaja lagik kerana dirinya tidak mampu menasihati Izzah yang keras kepala itu.
Mail memberitahu Izzah yang Izzah tidak boleh keluar menjaja nasi lemak lagik keseorangan. Dia akan menemani Izzah berjaja pada setiap hujung minggu. Izzah bersetuju. Mereka berdua keluar berjaja berbasikal. Bila jualan telah habis dijual, mereka berdua menuju ke rumah mereka dengan melalui jalan besar yang bersimpang. Apabila sampai di persimpangan jalan, Mail pergi dulu tanpa perasaan pada Izzah yang asyik mengira duit hasil jualan nasi lemak. Bila Izzah menyedari yang Mail telah pergi, dia terus mengayuh basikalnya tanpa melihat kenderaan yang berada di hadapannya. Izzah di langgar oleh sebuah kereta MPV dan pemandu kenderaan itu melarikan diri setelah melanggar Izzah.
Mail yang menyedari keadaan itu meluru mendapatkan Izzah yang telah terlantar di tengah jalan. Mail mendapatkan pertolongan. Izzah dibawa ke hospital. Cikgu Jamilah melawat Izzah dan memberitahu Lijah bahawa Izzah telah memenangi peraduan menulis karangan. Izzah berjaya menjadi juara dalam peraduan itu.
Apabila Izzah sedar dari koma, Lijah memberitahu yang karangannya telah menjadi juara. Dan Izzah menyuruh ibunya pergi ke Mekah dengan menggunakan wang itu dan membeli sejadah baru. Lijah menyetujui permintaan Izzah itu. Akhirnya Izzah menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan Lijah.
Para Pelakon :
Eja sebagai Lijah
Eika Farhana sebagai Izzah
Hanis Kamal sebagai Mail
Norkhiriah sebagai Cikgu Jamilah
*Sad ending .. walaupun di akhir cerita ditunjukkan Lijah sembahyang menggunakan sejadah baru .. tapi Izzah dah tak de .. hmm .. pengorbanan seorang anak untuk melihat impian ibunya terlaksana. Walaupun tidak dinyatakan kepada ibunya tetapi hasratnya dapat dilaksanakan jugak. Tapi kan rasa cam tak berapa nak touching jek .. kenapa ek??? mungkin gandingan para pelakonnya kurang mantap kot .. entah lah .. ni pandangan aku je .. jangan marah la pulak yek .. hehe ..
0 comments:
Post a Comment