Filem 'CINTA'
Para Pelakon:
Rahim Razali ... Cikgu Elyas
Fatimah Abu Bakar ... Rubiah
Eizlan Yusof ... Azlan
Fasha Sandha ... Azura
Nanu Baharuddin ... Dyan
Que Haidar ... Dhani
Rashidi Ishak ... Harris
Rita Rudaini ... Airin
Mohd Pierre Andre ... Taufiq
Sharifah Amani ... Arianna
Baizura Kahar ...
Nasrizal Ngasri ...
Tony Eusoff ...
Vanida Imran ...
Sinopsis oleh : aznanie
'Cinta' mengisahkan tentang jalinan cinta berbagai konflik. Di mana semuanya saling berkait dan berlatar kota metropolitan Kuala Lumpur.
Kisah cinta Rubiah dan Cikgu Elyas:
Rubiah seorang peniaga gerai makanan di tapak bekas kedai jam Chong. Mereka bertemu apabila Cikgu Elyas ingin membaiki jam tangannya yang rosak. Bermula dari situlah mereka mula rapat tetapi malangnya Cikgu Elyas mengidap penyakit iaitu sejenis penyakit hilang memori tetapi kejadian masa silam dia dapat mengingatinya. Rubiah di beritahu penyakit Cikgu Elyas itu melalui cucu Cikgu Elyas, iaitu Amen setelah Rubiah sendiri mengesaki ada sesuatu yang tidak kena dengan Cikgu Elyas. Dan di atas ketulusan dan keluhuran hati Rubiah, dia sanggup menjaga dan menemani Cikgu Elyas sehingga ke akhir hayatnya.
Kisah cinta Harris dan isterinya, Airin:
Harris merupakan seorang suami dan bapa yang penyayang. Mencintai isterinya, Airin sepenuh hati dan berusaha membahagiakan keluarganya. Namun malangnya, mahligai yang disangka harmoni rupanya hanya anganannya sahaja. Kecewa jiwanya bila isterinya memberitahu bahawa isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Sedihnya hati mengenangkan anak yang terpaksa melalui kesedihan perpisahan antara mereka. Namun, Harris cekalkan hati dan bersama ketabahan hatinya, dia dapat melalui semua itu.
Kisah cinta Azlan dan Azura:
Azlan seorang penerbit majalah yang banyak menghasilkan majalah. Azura pula seorang jurujual di MPH bookstore. Mereka bertemu apabila Azlan mengunjungi kedai buku tersebut untuk melihat majalahnya yang dijual di situ. Berlaku sedikit pertengkaran antara mereka. Dan dengan tidak sengaja Azura telah mengkritik majalah tersebut tanpa mengetahui bahawa Azlan adalah penerbit majalah tersebut.
Azlan memandang serius pada kritikan Azura itu dan meminta Azura menilai majalah terbaru yang bakal dikeluarkan syarikatnya. Dan disitulah mereka mula rapat dan seterusnya menjalinkan hubungan. Namun malangnya, Azlan menafikan hubungan mereka apabila diajukan wartawan. Baginya, cinta tidak perlu dihebohkan pada dunia. Cukuplah antara mereka sahaja yang tahu.
Tapi Azura tidak dapat menerima perlakuan Azlan itu. Dia mengambil keputusan menjauhkan diri dari Azlan.
Azlan akhirnya mengakui kesilapan diri dan berusaha mengejar Azura yang dalam perjalanan ke kampungnya. Dan akhirnya dia melamar Azura di khayak ramai dan diterima.
Kisah cinta Dyan dan adiknya, Dhani:
Dyan, berusaha menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang kakak, namun dalam pada itu dia terlupa bahawa adiknya juga ada kemahuan diri sendiri. Hasratnya hanya mahu memastikan adiknya hidup senang dan terbela. tapi keinginan adiknya lain. Dia bahagia dengan apa yang dilakukannnya sekarang.
Mereka sering bertengkar apabila bertemu. Dan sehinggalah Dhani, disahlan menghidap penyakit kegagalan buah pinggang. Dan kakaknya Dyan berjanji akan melindungi dan menjaganya. Akhirnya, dia mendermakan buah pinggangnya kepada Dhani, walaupun mengorbankan nyawanya sendiri. Itulah pengorbanan seorang kakak kepada adiknya.
Kisah cinta Taufiq dan Arianna:
Arianna seorang gadis yang baru datang ke Kuala Lumpur kerana mencari teman lelakinya. Apabila sampai di alamat tempat teman lelaki nya berkerja dia diberitahu teman lelakinya telah berhenti berkerja.
Arianna kebuntuan. Dia tidak punyai sesiapa di Kuala Lumpur. Semasa dalam perjalanan, begnya diragut.
Dia mengambil keputusan untuk mengiklankan pencariannya di dalam akhbar. Di situlah dia bertemu dengan Taufiq.
Dan Taufiq dengan rela hati membantunya. Memberikannya tempat tinggal, memberikan pakaian dan makanan kepadanya.
Akhirnya, Arianna bertemu semula dengan teman lelakinya tetapi teman lelakinya tidak mengendahkannya. Arianna berasa kecewa. dan mengambil keputusan untuk pulang ke Johor.
Tanpa diketahuinya, rupanya dirinya mengandung. Dan tanpa diduga terjadi sesuatu yang mengakibatkan kegugurannya.
Arianna bertegas untuk pulang ke kampung halamannya. Dan semasa menunggu kenderaan, teman lelakinya muncul dan merayu untuk kembali kepadanya. Rupa-rupanya teman lelakinya telah di minta berbuat demikian oleh Taufiq. Dan akhirnya Arianna sedar siapa yang lebih dia perlukan.
0 comments:
Post a Comment