Tuesday, December 05, 2006

Resepi Sardin Roll

Resepi ni kakak aku yang bagi. Senang di sediakan dan sedap rasanya.

Sardin 'Roll'

Bahan-bahan:
1 buku roti sandwich
1 tin sardin
10 biji lada kering - di tumbuk lumat
3 biji bawang merah - di tumbuk halus
3 biji bawang putih - di tumbuk halus
sedikit air asam jawa
garam dan serbuk perasa secukup rasa
sedikit bancuhan tepung gandum- untuk melekatkan roti
3 biji telur - untuk dicelupkan roti yang telah diisikan inti sardin.
minyak masak - untuk mengoreng.

Cara-cara:
Roti di kukus dan dileperkan. Biarkan.

Cara membuat inti sardin:
Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi dalam kuali.
Apabila sudah garing, masukkan sardin dan air asam jawa.
Masukkan garam dan serbuk perasa. Rasakan.
Biarkan mereneh sebentar. Hancurkan isi sardin tadi.
Angkat dan sejukkan.

Cara membuat sardin roll:
Ambil roti yang telah di leperkan tadi.
Kemudian, letakkan inti di hujung roti.
Dan di hujung yang satu lagi, sapukan dengan sedikit bancuhan tepung gandum.
Kemudian, gulung roti tersebut.
Ulang sampai roti habis.

Cara menggoreng sardin roll:
Panaskan minyak ke dalam kuali.
Sementara menunggu minyak panas, pecahkan telur ke dalam bekas.
Masukkan garam ke dalam telur dan pukul sehingga kembang.
Ambil roti yang telah digulung tadi dan celupkan ke dalam telur tadi.
Apabila minyak telah betul-betul panas, bolehlah digoreng roti tadi.
Angkat apabila roti menjadi warna kuning keemasan.
Toskan minyaknya.

2 comments:

MUZRI said...

sedap nya sardin nihh... lapar rasa. nak kena try nih..

koleksi cerpen & novel
www.penulisan2u.blogspot.com

koleksi horoskop, petua, tip, firasat, rahsia personaliti
www.istimewa2u.blogspot.com

aznanie said...

yer.. memang best.. nak buat pun senang. Cepat dan sedap... cubala..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...