Sunday, April 03, 2011

Cerekarama 'Iktikad Ahad'


May Lay seorang wanita yang tertipu dengan pujuk rayu seorang lelaki bernama Robert. May Lay dilarikan oleh Robert dari keluarganya untuk dijadikan pelacur. Dan duit hasil itu diambilnya. May Lay yang percayakan Robert hanya menurut sahaja. Hinggalah satu hari dia sedar yang dirinya hanya menjadi alat untuk Robert mendapatkan wang sahaja. May Lay berhasrat untuk meninggalkan Robert tetapi setelah dirinya didapati mengandung, dia cuba merayu agar Robert mengahwininya. Namun Robert semakin berang apabila mendapat tahu yang May Lay mengandung dan menyuruh May Lay menggugurkan kandungannya itu. Tanpa belas kasihan, Robert memukul May Lay sehingga lebam seluruh muka dan mulutnya berdarah.

Saturday, April 02, 2011

Sinopsis Novel 'Senafas Rindu'

" Meskipun berjauhan aku sentiasa dapat merasai getaran gemuruh di hatimu "

Sinopsis oleh : Aznanie

Tegarkah dia berdepan dengan kenyataan andai diri masih dihimpit kenangan lalu? Ke mana jua langkahnya dibawa, kisah duka yang pernah terpalit itu, amat sukar diluputkan daripada ingatan. Tanpa kata-kata perpisahan, Shafika kabur daripada pandangan mata. Lantaran itu, jiwa Fariz terus lumpuh tak keruan.

Cenderahati Perkahwinan Saputangan Buluh

Akhirnya, siap jugak cenderahati tempahan pelanggan aku ni .. berhari-hari mengerjakannya .. haha .. siap yang ni, bukan bermakna buleh rilek yer .. no .. no .. no .. ader lagik satu cenderahati yang perlu disiapkan .. cenderahati sabun butterfly pulak ... nak kena siapkan sebelum bulan depan .. cause awal bulan 5 dah nak kena hantar .. huhu ..

Friday, April 01, 2011

Teman Mak Gi Klinik

Pagi tadi teman mak gi klinik swasta kat Bandar Penawar ... badan mak kena gatal-gatal .. cam tumbuh ruam yang berair .. gatal-gatal tu tumbuh kat kawasan badan yang berlipat .. yer ler .. mak tu sedikit gempal orangnya .. jadi banyak ler tempat-tempat yang berlipat yang senang berpeluh .. bila peluh terkempam kat bawah lipatan kulit tu .. tumbuh ler ruam .. yang mak tak tahan tu .. dah la gatal .. pedih pulak tu .. yer ler .. dah mak garu tempat yang gatal tu .. melecet ler dia .. tu yang pedih .. pulak tu mak selalu ke tanah .. tanam bunga la .. tanam sayur la .. siram pokok bunga la .. buat batas tanam sayur la ..macam-macam aktiviti yang buleh menyebabkan badan mak berpeluh .. sian mak .. macam-macam penyakit .. minggu lepas pun teman mak gi klinik ni jugak .. bisul tumbuh kat ketiak .. dah pecah dah bisulnya .. gatal-gatal pulak .. hisssyy .. tak siap-siap penyakit mak ni .. haha ..

Yakinlah Aku Menjemput Mu - Kangen Band



Yakinlah Aku Menjemput Mu - Kangen Band
Teringat selalu wajah kekasih ku
Saat ku menuai lagu
Coba engkau dengarkan
Ku tuaikan nada
Lirik lagu sederhana
Ku ceritakan kisah tentang kita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...