Saturday, February 05, 2011

Sixth Sense - Menyesal (LIRIK and AUDIO)



Hari ni lagu ni asik terdengar-dengar je kat telinga aku... huhu...
Lagu ni OST untuk cerita kat tv3 tu... apa yer tajuknya ... lupa la.. huhu

Menyesal – Sixth Sense

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

Aku cuti ...setengah hari... gi makan kenduri...

Hehe... Hari ni aku cuti setengah hari sebab gi majlis kenduri doa selamat kat umah mentua adik ipar aku yang no.2...kat Gomes..
Semasa aku tiba, acara belum bermula ... jadi, kami iaitu aku, adik ipar yg no.3, kakak aku, anak-anak aku, anak-anak sedara aku, abang ipar aku dihidangkan dengan makan tengahari. Disebabkan kami sampai agak lewat jadi, makanannya sudah hampir kehabisan. Jadi kami makan le apa yang tinggal aje iaitu asam pedas ikan mayung, sayur lemak pisang dan ikan masin kembung.
Acara yang dijangka bermula selepas zohor ditangguhkan kerana tetamu lambat datang kerana menghadiri majlis perkahwinan. Jadi, acara hanya bermula sekitar jam 3.00 petang. Acara dilaksankan oleh tetamu wanita.
Selesai bacaan, tetamu dijamu dengan makanan yang telah dihidangkan oleh pihak tuan rumah.
Menunya ialah mee sphageti berkuah laksa Johor bersama ulam-ulaman dan kuih-muih.
Sedap ... masing-masing makan bertambah. Anak-anak ku yang kebiasaannya tidak begitu mengemari laksa Johor pun makan sampai licin ... hehe...
Terima kasih yer biras ku lela sekeluarga kerana sudi mengundang aku makan hari ini.
Terima kasih juga untuk cenderahati yang diberikan.

Balai tempat makan...

Friday, February 04, 2011

Resepi Daging Bakar

Resepi ni aku dapat dari internet tapi aku modified sikit untuk mendapat rasa yang aku inginkan... hasilnya sungguh nyum...nyum...

Daging Bakar Cicah Air Asam
Bahan-bahannya :
Daging - 1kg

Bahan Perap Daging:
3 ulas - Bawang putih - Diketuk kasar
1 peket - knorr pasti sedap (serbuk)
Secukup rasa - garam

Bahan untuk Air Asam:
15 biji - Lada kecik (cili padi) -dipotong halus
3 ulas - Bawang merah -dipotong halus
Sedikit belacan - dibakar
Sedikit air asam jawa
Secukup rasa garam
Secukup rasa ajinomoto
Secukup rasa gula
1 bijik - Buah tomato - dipotong dadu(ikut suka)

Cara-cara membuatnya (Daging Bakar):
1. Dagimg dipotong kecik-kecik.
2. Perap daging bersama bahan perap selama setengah jam. Nak lama pun tak mengapa.
3. Setelah daging sebati dengan perasanya. Bolehlah dibakar menggunakan kuali leper.

Cara-cara membuat (Air Asam):
1. Satukan semua bahan di dalam satu bekas.
2. Gaulkan hingga sebati.

Dah pun siap Daging Bakar cicah Air Asam. Ni salah satu lauk kesukaan suami ku... hehe

Thursday, February 03, 2011

Sinopsis Novel 'Kau Yang Satu'

Novel 'Kau Yang Satu' ini di karang oleh Nia Azalea. Jalan cerita nya best... mudah difahami... dan plotnya tidak berbelit-belit.

Sinopsis oleh : aznanie

Kisah bermula apabila Datuk Mustaza ditimpa bencana di tengah lautan ketika memancing di Laut China Selatan. Dan diselamatkan oleh seorng nelayan bernama Sulaiman. Kerana ingin membalas budi hasrat menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina iaitu anak Sulaiman di laksanakan.

Tuesday, February 01, 2011

Korean Movie: My Little Bride

Sinopsis oleh : aznanie

Mengisahkan seorang remaja perempuan yg masih bersekolah yg disuruh oleh atuknya berkahwin dengan seorang lelaki yg merupakan cucu kepada kawan baik atuknya itu. Alasannya ialah sudah berjanji dengan mendiang kawannya itu untuk menyatukan anak-anak mereka tetapi malangnya anak-anak mereka lelaki jadi, secara automatiknya jatuh kepada cucunya pula.

Suh Boeun, menaruh hati dengan seorang pemain baseball disekolah nya iaitu, Jungwoo tetapi dipaksa berkawin dengan Sangmin.

Mereka tiada pilihan, dan terpaksa bersetuju apabila datuk Boeun menggunakan helah. Tetapi perkahwinan mereka dirahsiakan memandangkan Boeun masih bersekolah. Hanya guru besar dan rakan baik Boeun sahaja yg mengetahui rahsia ini.

Keluarga Boeun meminta supaya Sangmin tidak menyentuh Boeun kerana menggangap Boeun masih kecil dan masih bersekolah. Sangmin mempersetujui permintaan itu.

Mereka tinggal serumah tetapi berlainan bilik. Boeun masih beranggapan dia hanyalah seorang remaja yang belum bersuami dan menjalin hubungan dengan Jungwoo. Sangmin mengetahuinya apabila ternampak Boeun di kaca televisyen sedang memberi sokongan kepada Jungwoo yg sedang bermain baseball.

Dan tanpa diduga Sangmin ditawarkan menjadi guru di sekolah Boeun. Dan mengajar di dalam kelas Boeun. Disekolah itu seorang guru wanita yg sudah agak berumur meminati Sangmin.

Tanpa disangka, rahsia perkahwinan mereka diketahui oleh guru wanita itu apabila satu pergaduhan berlaku dan Sangmin dan Boeun ditahan polis. Guru wanita itu berasa kecewa dan marah dan melepaskan perasaannya kepada Boeun dengan menyuruh Boeun melukis di dinding pentas untuk hari persembahaan sekolahnya seorang diri.

Sangmin berasa kasihan pada isterinya. Jadi, Sangmin memanggil kawan-kawannya menolong Boeun tanpa pengetahuannya.

Pada masa yang sama, Boeun masih menjalin hubungan dengan Jungwoo dan rahsianya terbongkar apabila adik Boeun dengan tidak sengaja telah merakam video Boeun dan Jungwoo di kedai cd. Dan video itu dilihat oleh seluruh keluarga Boeun dan Sangmin.

Boeun berasa sedih dan malu dengan kejadian itu. Sangmin datang memujuknya. Sangmin bercerita kenangan semasa mereka kecil dahulu. Dan pada masa itu baru Boeun sedar bahawa Sangmin sentiasa ada disisinya setiap saat diperlukan.

Dan kawan Sangmin memberitahu Boeun bahawa Sangmin menolongnya menyiapkan lukisan pada dinding pentas di sekolahnya membuat Boeun terharu dan sedar bahawa dia sudah mula menyayangi suaminya itu.

Semasa hari pementasan sekolah Boeun, sekumpulan pelajar perempuan yg tidak menyukai Boeun telah merancang untuk memalukan Boeun tetapi Sangmin mempertahankan Boeun dan di atas pentas itu Boeun mengakui yang dia menyintai Sangmin. Sangmin sungguh terharu dan memeluk Boeun.

Para Pelakon:
Moon Geun Young as Suh Boeun
Kim Rae Won as Sangmin
Park Jin Woo as Jungwoo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...