Wednesday, July 09, 2014

Resepi Ayam Masak Kurmak

Ni lauk sahur kelmarin ... masak ayam kurma sebelum tidur .. panaskan jek waktu makan sahur ... mudah sungguh ... sedap pulak tu ... tak pedas sangat .. sesuai untuk bebudak ... dulu-dulu tak berapa gemar makan ayam kurmak ni ... tapi dah semakin berumur ni suka pulak .. hehe ... jom layan resepinya ...


Ayam Masak Kurmak

Bahan-bahan:
4 ketul ayam
2 sudu besar serbuk kurmak
1/2 peket rempah penumis (yg 0.50sen)
1 biji bawang besar (hiris)
2 labu bawang putih (ketuk)
3 biji lada cili merah (belah 2)
1/2 kotak santan
Serbuk perasa dan garam secukup rasa

Cara membuat:
Tumis bawang besar, bawang putih, lada cili merah dan rempah penumis hingga garing
Bancuh serbuk kurmak dengan air, dan masukkan dalam tumisan bawang tadi
Biarkan mereneh seketika
Bila minyak dah mulai keluar dari rempahan kurmak tu masukkan ayam
Gaul sebati
Masukkan air dan biarkan mereneh
Bila kuah mulai mengering, masukkan santan
Gaul sebati
Masukkan serbuk perasa dan garam secukup rasa
Gaul sebati
Bila minyak keluar dari kuah kurmak tu tandanya dah masak
Angkat dan hidangkan

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...