Saturday, June 15, 2013

Sinopsis Panggung Sabtu 'Main Aisa Hi Hoon'

Khusyuk nengok panggung sabtu tadi ... cite hindustan sempena hari bapa yang jatuh pada hari ni ... tajuk citenya Main Aisa Hi Hoon ... kisah mengenai seorang bapa yang mahu mempertahankan hak penjagaan ke atas anaknya ... bapa tu pulak tak le sesempurna orang lain ... kurang sikit dari segi pemikirannya ... tapi dia penuh dengan kasih sayang ... dia tak le kaya ... tapi semua orang suka pada dia ... sikapnya yang lurus dan pandai mengambil hati semua orang membuatkan dirinya disenangi oleh masyarakat di pekan kecil itu ... haaa .. itu intro jek ... jom la layan sinopsis nya ...



Sinopsis oleh : aznanie


Maya seorang gadis anak orang kaya. Dia lari dari ayahnya yang kaya raya kerana tidak mendapat perhatian dan kasih sayang. Dibawah jagaan Neel, dirinya sangat bahagia. Neel mencurahkan segenap perhatian dan kasih sayangnya pada Maya.

Selepas melahirkan seorang bayi perempuan, Maya menghilangkan diri. Meninggalkan Neel bersama bayinya.  Dia takut bahagia yang dia rasai itu hilang suatu hari nanti, jadi Maya buat keputusan untuk meninggalkan Neel.

Neel terpaksa menerima hakikat yang Maya telah meninggalkan dirinya dan anak mereka. Neel memelihara Gungun dengan penuh kasih sayang. Memandangkan Neel tidak berapa normal orangnya, dia dibantu oleh bos tempat dia bekerja dan Ritu. Kawan-kawan serupa dirinya juga banyak membantunya.

Setelah Gungun berusia 7 tahun, muncul seorang lelaki kaya yang memperkenalkan dirinya sebagai ayah Maya dan mahu mengambil Gungun dari Neel. Neel tidak mahu memberi Gungun dan ayah Maya yang kaya itu terpaksa mendapatkan bantuan dari mahkamah untuk mendapatkan Gungun.

Neel mulai berasa gusar dan takut kalau-kalau Gungun dibawa dari dirinya. Dia mencari peguam untuk membantu dirinya. Dia disuruh berjumpa dengan seorang peguam bernama  Nitti Khanna tetapi malangnya peguam itu tidak berminat dengan kes Neel. Neel kecewa dan berserah saja pada keadaan.

Perbicaraan dijalankan. Peguam ayah Maya berjaya membuatkan Gungun berada di bawah pengawasan mahkamah dengan membuktikan yang Neel tidak berupaya memberikan penjagaan yang sempurna ke atas  Gungun sehingga Gungun pernah melarikan diri dari rumahnya.

Neel mulai merindui Gungun. Dia tidak dapat tidur malam dan asyik pergi ke tempat Gungun tinggal sahaja iaitu di sebuah gereja. Suatu hari sewaktu Neel tertidur bersama Gungun di kerusi di hadapan Gereja dirinya tertangkap oleh penjaga Gereja itu. Dalam perjalanan pulang, dia terjumpa dengan seorang budak lelaki yang sedang menangis. Setelah memujuk budak lelaki itu, Neel membawa budak lelaki yang dikenali sebagai Rahul itu pulang ke rumahnya dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Rahul adalah anak kepada peguam Nitti Khanna. Setelah diterangkan segalanya, Nitti tersentuh dengan peribadi Neel dan bersetuju membantu Neel tanpa mengenakan sebarang bayaran. Sejak itu dia mulai mendekati anaknya, Rahul dan hubungannya dengan anaknya itu kembali erat. Dia amat berterima kasih pada Neel yang telah menyedarkan dirinya bertapa pentingnya kasih sayang dalam sebuah keluarga.

Perbicaraan diteruskan. Peguam masing-masing giat membuktikan siapa yang lebih layak untuk mendapatkan hal penjagaan ke atas Gungun. Akhirnya, Neel dipanggil ke kandang saksi. Peguam ayah Maya bersungguh-sungguh mempersoalkan kelayakan Neel sebagai ayah kepada Gungun. Neel yang tertekan menceritakan tentang dirinya yang tidak normal itu. Setelah mendengar kupasan dari kedua-dua peguam akhirnya hakim memerintahkan Gungun kembali kepada Neel. Ini kerana Neel dan Nitti telah sah menjadi suami isteri. Walaupun Neel tidak normal seperti orang biasa tetapi Nitti adalah seorang yang normal. Ayah Maya berasa sangat kecewa tapi terpaksa menerima hakikat itu.

Neel sangat bahagia dengan keluarga barunya. Bersama isteri dan dua orang anaknya, Gungun dan Rahul. Ayah Maya datang untuk meminta maaf atas perbuatannya. Neel tidak mahu melihat ayah Maya bersedih dan bersedia memaafkan dan setuju jika ayah Maya mahu melihat Gungun selalu. Tamat ...

Para pelakon :
Ajay Devgan sebagai Neel
Sushmita Sen sebagai Nitti 
Esha Deol sebagai Maya

* Best ... touching ... kasih sayang yang melimpah ruah dari seorang ayah kepada anaknya ... pengorbanan seorang ayah membesarkan anak seorang diri ... berusaha untuk memastikan anaknya terus berada di sampingnya ... akhirnya happy ending ... besttt ... tak sangka ending dia cam tu ... sukee Nitti kahwin ngan Neel ... hehe ... layan jek la yerrr ... 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...